'You are the smile to my face and the beat to my heart'
Wajah anaknya direnung dengan penuh kasih sayangnya. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya dalam kesenangan. Jauh dari kesusahan. Segala kelengkapan anaknya itu dipenuhi. Namun, garis-garis kedutan yang terpancar di wajah wanita berusia lewat 40-an itu seakan-akan kesal dengan tindakannya dahulu.
"Ibu, kenapa ni termenung.. Ibu ada masalah ke?"soal anak muda itu mendekati ibunya yang kelihatan sungul dan termenung kosong sahaja.
Ubun-ubun anaknya itu diusap lembut, diciumnya tanpa menyinari linangan air mata sedang dititiskan sebutir demi sebutir.
"Tak ada apa, ibu okey."dagu ibu kudongakkan.
Tak. Ibu tipu. Ibu ada masalah. Dalam fikirannya mesti ada benda yang difikirnya. Aku kenal ibu. Jika tidak berkenaan ayah, mesti ada sebab-sebab yang lain. Ibu, mengapa sukar sangat untuk menceritakan segala yang terbuku di fikiran, Ibu? Aqil anak ibu. Aqil tak nak ibu sedih. Ibu adalah satu-satunya nyawa Aqil untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Rintih suara anak muda itu.
Ibu cuba membangunkan dirinya dari dudukan atas tunggul kayu mati itu. Aqil menghulurkan tangannya untuk membantu ibunya. Huluran tangan disambut dengan perasaan yang penuh berbunga-bunga. Menolong ibu merupakan suatu nikmat yang tidak mampu diungkapkan. Walaupun nilai pertolongan itu tidak senilai pengorbanan seorang ibu yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari dan terpaksa berhadapan dengan maut ketika melahirkan kit. Tanpa pengorbanan seorang ibu, tidak mampu untuk melihat dunia fana yang penuh dengan drama yang tersendiri.
"Ibu balik dulu ya? Aqil jangan lama-lama sangat di kebun Pak Samad ini. Berehatlah kalau dah tak larat. Semak-semak itu tebal sangat, Aqil. Berhati-hati, ya?"pesan ibu. Guni yang berada di sebelah wanita tua itu diambilnya lalu diletaknya di atas tempat duduk belakang basikal tua yang menunggu masa untuk menghentikan perkhidmatan kepada mereka sekeluarga mencari rezeki.
Ulasan
Catat Ulasan