Langkau ke kandungan utama

Novel : Melodi Cinta Kita [BAB 1]

"Aisyah Maizura..."meleret saja nama dipanggil. 
"Kau nak apa lagi dengan aku? Tidak cukupkah apa yang aku sudah berikan kepada kau sebentar tadi?"soal wanita itu dengan berangnya.
Putung rokok di mulut  jejaka itu dibuang bersahaja.
"Aku tidak pernah puas dengan kau. Selagi kau belum serahkan apa yang aku hendakkan selagi itulah aku akan selalu menggangu hidup kau." ujarnya. Dia mendekatkan diri denganku, semakin jauh aku cuba menjarakkan diri. Belum sempat aku menjauhkan jarak darinya, lenganku direntap kasar.
"Bongok! Lepaskan akulah, bodoh! Aku bukan hamba kau."lenganku cuba lepaskan dari genggaman tangannya itu, namun tidak berhasil.
"Aku takkan lepaskan sampai bila-bila."bisik Faisal dengan suara romantis.
"Gila! Kau memang gilalah jantan sial!!"

*****
"Kejar dia cepat.. kejar.. nanti terlepas"berpusu-pusu orang sedang berkejar-kejaran. Di telapak tangan dipegangnya sebilah parang, ada yang membawa sabit, tidak kurang jugak yang membawa penyapu.
Aqil Naufal bagaikan orang hilang punca. Kesana kesini orang terkejar-kejarnya dia. Bukan salah dia pun. Ya, dia akuinya. Bukan salahnya, itu semua fitnah semata-mata. Entah dari manalah datangnya kenyataan terserbut sehinggakan orang-orang kampung terkejar-kejarkan dia. Tapi kan, bukankah kalau kita teruskan berlari bermakna kita bersalah? Tidak Aqil, tidak. Kau tak bersalah, jadinya kau tak boleh teruskan melarikan diri daripada mereka ini. Lagi kau berlari, lagi bertambah syak dan kukuh kenyataan mereka terhadap kau itu.
'Saat ada masalah, selesaikanlah kerana orang yang lari dari  masalah akan bertemu dengan masalah berikutnya dimana jua dia berada'terngiang-ngiang kata-kata dari seseorang di cuping telinga Aqil. Dia menghentikan langkah lalu berundur ke belakang untuk menyelesaikan dengan bijak. Dia tak kisahkan sangat apa-apa tanggapan orang kampung mengenai kehidupan dia dan ibunya ini. Selama dia menetap disini, dia sudah lali sangat dengan kata-kata orang kampung.
"Haaa.. kau tengok situ Chop.  Dia dah tak laratlah tu. Budak bangsat itu tak layak tinggal di sini. Menyusahkan orang-orang kita aje aku tengok dia,"salah seorang daripada orang-orang kampung menunding jari kearah Aqil Naufal yang kelihatan sudah tidak bermaya dan berpatah balik ke arah mereka. 
"Cepat! cepat! nanti dia larikan diri pulak!"teriak Pak Usop atau lebih dikenali sebagai Chop dalam kalangan orang-orang kampung.
Aqil Naufal yang sememangnya tidak berdaya lagi, dia hanya mampu berdoa dan bertawakal sahaja mengenangkan nasibnya yang bakal tiba nanti. Bayangan wajah ibunya sedang bermain di benak fikirannya. Jika mereka mahu menangkap aku tanpa soal selidik, siapakah yang mahu membantu ibu ? Bagaimana nasib ibu? Ibu sudahlah sakit. Ya Allah, kau bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Aku sudah tidak terdaya menanggung kesedihan ibuku andai ia benar-benar berlaku.
"Haaa.. kau nak lari mana tu hah? Dah buat salah lepas tu nak larikan diri, ya? Ikut kami !"diheretnya Aqil dengan kasar. Pergelangan tangan yang diretap oleh salah seorang penduduk telah menghasilkan garis-garis merah.
"Ibu... maafkan Aqil. Ibu tunggu Aqil dirumah baik-baik, ya?  Sekejap lagi Aqil balik. Aqil sayang ibu. Sayang sangat."wajah tua itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Entah dari mana ibunya boleh berada disitu, dia sendiri tidak mengetahui. Mungkin orang-orang kampung yang membawanya bersama atau sebaliknya?
Air mata ibu menintis.
Ya Allah, berdosakah hamba-Mu ini kerana telah membuatkan ibuku menitiskan air mata? 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.