"Kau jangan nak tipu akulah. Jangan nak tuduh anak aku si Samad yang mencuri lembu di kandang?"jerkah lelaki berusia lewat 50-an itu.
Aqil Naufal sudah mengagak bahawa itu semua akan terjadi. Biarlah berbuih-buih mulutnya menerangkan cerita sebenar, namun itu semua tidak akan berjaya. Yalah, siapa sajalah yang mahu percayakan kata-katanya ini?
'Kenapa seringkali manusia yang tidak berharta ini ditindas?'
Manusia. Mudah sahaja diselebungi oleh harta. Apa-apa saja dapat dibeli biarpun dengan wang. Kalau beginilah keadaannya sampai bila golongan bawahan mahu berada sebaris? Bebas daripada segala tuduhan? Andai kata semua dibolot dan ditakluki oleh golongan atasan, mana hak golongan bawahan untuk hidup sebaris? Rasuah kian berleluasa. Kerana duit manusia buta. Kerana harta manusia sanggup bersengketa, bermusuh dan saling bunuh-membunuh. Mana perginya sikap kemanusiaan? Keadilan?
Seseorang yang sedari tadi hanya senyum sinis kepada Aqil akhirnya bersuara.
"Kita bawa saja mamat pencuri ini ke balai polis. Biar dia meringguk dalam penjara. Dasar orang miskin! Puihh!"diludahnya kearah muka Aqil Naufal tanpa rasa malu akan penduduk kampung yang berada di balai raya itu.
Bapak borek, anak rintik. Keluh Aqil.
"Kalau bau air liur tu wangi tak apalah juganya, ini tak dah setanding dengan bau air kumbahan. Berapa tahun dia tak gosok gigi aku pun tak tahulah. Nak kata bapaknya tak mampu beli, anak orang kaya. Ke spesies anak-anak orang kaya ini tak tahu nak gosok gigi dan jaga kebersihan diri? Takkanlah dia ni...."monolog hati Aqil Naufal sambil tangannya menyapu muka yang diludah oleh air liur Samad.
'Anak orang kaya semua dasar biadap! Tak ada adab!' sudah ditanam dalam hatinya.
"Tapi, bukan Aqil yang bersalah. Aqil tak tahu apa-apa. Buat apa pulalah Aqil nak curi lembu tok Chop tu? Kalau tok tak percaya boleh tanya ibu.."Aqil cuba bersuara menegak kebenaran kembali. Biar orang nak jatuhkan apa-apa spekulasi tapi kalau kita tak ada bersalah untuk apa mahu melatah? Lengan Usop atau dipanggilnya Tok Chop ditarik lembut oleh Aqil.
Dia lakukan ini demi Ibu. Ya, Ibu. Dia tak nak lihat ibu sedih sepertimana ayah lakukan kepada ibu tiga tahun lepas.
"Ya Allah, andai titisan air mata itu gugur kerana kelakuan aku maka turut gugur jualah segala 10 kebajikan yang aku pernah lakukan.Biarlah titisan air mata ibu itu kerana melihat kebahagiaan dan kejayaan aku saja" resah hati Aqil Naufal sebaik mengenangkan wajah ibunya bersama-sama titisan air mata tadi.
Aqil memerhati sahaja tingkah laku dua beranak itu. Masing-masing berbisik sambil melihat kearahnya. Gelak tawa kian kedengaran. Kuat sungguh bagai pontianak mengilai pun ada.
"Aku tak kesahlah syaitan apa yang kau nak terangkan kat aku. Apa yang pasti aku tetap anggap kau PENCURI! Lepas mencuri kau nak buat apa pulak? Merogol anak-anak dara dalam kampung ni?"jelingan maut dihadiahkan berserta kata-kata pedas.
Merogol? Ya Allah, tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak buat benda-benda terkutuk sebegitu.
"Pencuri!"
"Pencuri!"
"Pencuri!"
Bergema suara di balai raya itu. Rata-rata penduduk memanggilnya 'pencuri' .
"Aku tak curilah lembu tuu!!!"bentak Aqil Naufal dengan suara maksima. Terdiam sebentar. Masing-masing memandang kosong.
"Tipu! Tipu! Jangan percaya cakap pengemis macam dia. Ibu dan anak sama saja. Ada saja nak menyusahkan orang-orang kampung ini."sampuk suatu suara seakan menghasut penduduk kampung disitu.
*************
Aku tahu anak aku tak bersalah. Aqil Naufal seorang anak yang baik, taat pada perintah, seorang kesatria padaku. Dia tidak mengeluh dengan hidup susah. Dulu pun dia hampir-hampir menyatakan hasrat untuk berhenti sekolah kerana mahu membantunya dan suami untuk sara kehidupan seharian.
"Ya Allah, kau permudahkanlah hidup anakku ini. Kau kurniakanlah dia kebahagiaan dan kesenangan agar dia tidak lagi hidup dalam kesempitan, penindasan dan kehinaan sepertimana aku kehidupan aku 20 tahun yang lalu." direnungnya ke luar jendela dengan hati penuh kegusaran memikirkan anaknya, Aqil Naufal.
"Assalamualaikum!"
"Assalamualaikum
"Assalamualaikum!" salam diberi dari luar menyentak lamunan tuanya itu. Dijawabnya salam di dalam hati. Wanita tua itu mengangkat kasar punggungnya lalu membawa langkah .
Pintu rumah usang itu dikuaknya berhati-hati."
"Kau nak apa lagi datang ke rumah aku? Bukankah kau jijik dengan rumah aku yang macam reban ayam ni?" soal Puan Aminah kepada tetamu yang tidak diundang itu. Terbit juga dalam hatinya dengan perasaan takut. Takut dengan kemungkinan rahsia yang selama ini dirahsia-rahsiakan bakal terbongkar.
"Aku......."
Ulasan
Catat Ulasan