Langkau ke kandungan utama

Novel : Melodi Cinta Kita [BAB 4]


"Betina sial! Tak padan dengan miskin ada hati nak marah-marah aku. Kau ingat kau tu siapa? Dasar tak kenang budi!"dihempas kasar punggungnya ke sofa empuk berwarna merah hati itu. Lengan baju yang disingsingnya tadi dilipat lebih tinggi berserta lengan inner yang dipakainya tadi.
Hatinya panas mengenangkan perlakuan kembarnya tadi. Dia datang dengan niat yang baik tetapi disambut dengan kasar. 
Kembar yang dahulunya yang banyak membantu dalam segala hal. Kembar yang sering dijadikan sebagai mangsa buli. Ketika di bangku sekolah dahulu, aku selalu saja mengenakan dia. Biasalah, siapa suruh dia lembab sangat. Semua benda harapkan aku berikan  jalan penyelesaian tanpa dia berfikir sendiri. Mana perginya IQ bersambung-sambung apa entah? Hahaha, dasar kembar lembab! Bodoh!
"Bik!!! Bibik!!!!"laung Puan Aisyah Maizura dengan kuatnya. 
Aduh, mana pergi bibik ni. Pekak ke apa orang tua ni? Aku bayar gaji dia boleh pulak memekakkan telinga? Ni tak lain tak bukan dia membongkang tidurlah. Heiii, orang tua ni nak kena dengan aku. Bengang hatinya.
"Bikkkk!!! Bibikkkkkkkkkkk!!" bergema satu rumah dengan suara Puan Aisyah Maizura.
Dia bingkas bangun menuju ke suatu bilik yang letaknya berhampiran dengan stor. Bilik yang keluasannya kecil saja jika hendak dibandingkan dengan stor yang disediakan dalam rumah itu. Jika dikira-kira keluasan yang sedia ada, bilik itu hanyalah boleh mencakupi sebidang tilam nipis ,sebantal bantal, sehelai selimut berserta meja solek yang rendah.

**********
"Nyum.. nyum..."ayam goreng ditangan diratah dengan lahapnya. Sedap bukan kepalang. Ini diibaratkan sebagai rezeki dia pada pagi ini kerana dapat makan makanan yang sedap. Selalunya dia hanyalah boleh menjamah sisa makanan saja tapi hari ini? 
Ya Allah, aku bersyukur kehadrat-Mu diatas pemberian rezeki yang Engkau berikan kepadamu. Sesungguhnya, aku amatlah bersyukur dengan pemberian ini.
"Darling, where are you? I've been waiting you such a long period."ketulan ayam yang berada di pintu mulutnya terpaksa dihenti dan dikeluarkan. Didongak wajahnya seraya mencari punca suara itu.
Tidak berkedip-kedip matanya melihat gerangan si pemilik suara itu. Syafiq Kayle ? 
"Oh, baby.. I am here. Come and get me at here. Look baby, what's on table?"balasnya.
Kaki kerusi ditarik oleh Syafiq lalu melabuhkan punggungnya dengan kasar. Matanya masih tertatap pada susuk tubuh wanita bersebelahannya.
"Awww.. darling. You're so sweet. Macam tahu-tahu je baby tengah lapar. Actually, I am craving of you but it's okay... Kita isi perut dulu okey? Lepas tu kita enjoy sepuas-puasnya.."bisik suara garau itu yang mampu menggentarkan mana-mana wanita saja yang mendengarnya. Dicuit hidung wanita itu.
"Baby, darling suapkan okey?"manja wanita itu bersuara. Lengan baju disingsing hingga mencapai ke paras siku. Tangannya menggapai senduk lalu mencedokkan nasi ke pinggan. Dan kemudiannya, diikuti beberapa jenis lauk-pauk, tidak ketinggalan juga ayam goreng yang menjadi rahsia pengikat kasih sayang seseorang.
Orang kata kalau seseorang perempuan itu dalam keadaan tertekan dan frust menonggeng, adalah digalakkan untuk memakan ayam goreng. Betul ke?
"Aaaa.. buka mulut please baby, buka mulut. See, kapal terbang nak masuk dah ni"didekatkan suapan itu ke memasuki mulut jejaka pujaan hatinya.
Sesi suap menyuap sambil diselangi oleh gelak tawa pasangan itu memecah kesunyian suasana di dapur. Orang sedang bercinta usah diganggu. Kau ganggulah macam mana sekalipun jika mereka sedang dibuai mimpi-mimpi yang indah, kau tu diibaratkan papan lapis.
Papan lapis yang selapis-lapisnya. Kek lapis pandan Apollo sedap lagi kalau nak dibandingkan dengan kau. Papan lapis seperti kau untuk menunjukkan akan kehadiran kau dalam momen-momen terindah itu tidak dapat disedari. 
"A little bit more baby.. here it's. Kita habiskan sikit je lagi,"
Prangg!!
Gelas jatuh menyembah lantai. Percikkan jus oren mengenai wajah kedua-dua mereka. Dengan tergesa-gesanya digerakkan tubuhnya lalu menggapai tisu.
"Sorry, baby.. Darling takde niat nak tumpahkan jus baby.."mendatar suara itu meminta maaf atas kelalainnya. Wajah jejaka itu diusap dan dilap dengan penuh kasih sayang.
Mata mereka berdua bertautan bagai terkena panahan petir.
Wajah didekatkan sesama sendiri sebelum tangan wanita itu melekap di bahu Syafiq. Syafiq Kyle si jejaka pujaan hatinya yang tiada siapa boleh merebut darinya.
"I love you, baby.."bicaranya dengan penuh romantis. Semakin lama semakin dekat wajah dan hampir saja bibir mereka bertautan. Dipejam mata serapat-rapat yang mungkin. Namun, muncungan bibir makin kehadapan.
"Ahhhhhh.. ahhh.. panas, panas. Kenapa bibir baby panas sangat ni?"soalnya dengan mata yang masih dipejam.
Kehangatan bibir makin terasa. Panasnya peris air panas yang baru saja masak.
"Baby.. baby.. baby"ngomel seseorang.
"Baby kau! Sejak bila aku jadi baby kau haaa, orang tua tak sedar diri. Bangun kau sebelum aku tarik rambut kau yang dah beruban. Tak padan dengan diri dah tua bangka pun masih ada hati dengan siapa entah.. Sya... haa... Syafiq Kyle. Sedar dirilah sikit."ditarik kain yang menyelimuti tubuh wanita tua itu. Namun, masih tidak terkutik wanita tua itu dari alam mimpinya.
"Mak Mah, bangunnnnnnnnnnnn!!! bangun cepat sebelum saya pergi bunuh Syafiq Kyle.."ugut Puan Aisyah Maizura.
Seperti terkena renjatan elektrik, bingkas saja wanita tua itu bangun.
"Oh, no!!! jangan puan jangan.. Jangan bunuh cinta saya."
Dipandang sekeliling untuk mencari sesuatu. Hampanya, tidak jelas kelihatan.
'Takkanlah dalam bilik orang tua ni takde bakul sampah kot? hatchoiyyyyy, aku nak termuntah ni.'
Cinta hati, Syafiq Kyle. Apalah kau dah guna pakai sehinggakan orang tua tak sedar diri ni tergila-gilakan kau?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.