Langkau ke kandungan utama

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?


     







    CERPEN

ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?  



 “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.

      Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.

       “Hah !
6:50 minit pagi ? Alamak, aku dah  lambat ni. Nanti tak tentu  pasal namaku akan tercatit didalam buku rekod ‘Pelajar datang lewat ke sekolah’. Ohh,tidakkk!! Lebih baik aku bersiap segera.”alangkah  terkejutnya aku pada pagi itu. Inilah kali pertamanya aku datang lewat ke sekolah seumur hidup aku.

       Kelam-kabut aku pada pagi ini,nasib baiklah semalam aku sudah menyeterika pakaian seragam sekolahku dan  memasukkan buku ke dalam beg sekolahku mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jikalau aku tidak melakukan semua itu semalam, sudah pasti pagi ini aku lebih serabut.

      Aku turun ke bawah dengan tergesa-gesa . Maklumlah , dah terlambat hendak ke sekolah , kan ? Hampir sahaja aku terlanggar abangku yang sama arah denganku untuk turun ke bawah bagi menikmati sarapan bersama-sama ahli keluarga yang lain.

       Tapi , aku? Hendak sarapan  ke  tidak? Kalau  sarapan jugak mungkin aku akan bertambah lewat ke sekolah , tapi kalau aku tak mengambil sajian yang terpenting ini mungkin mamaku akan marah. Hurmm..Perlu ke tidak ? Arghhh ! lebih baik aku menjamah sedikit sahaja untuk mengambil hati mamaku ini.

       “Assalamualaikum , good morning all .” Dengan selamba aku mengucap kepada semua ahli keluargaku ini. Mama sedang sibuk menyediakan  sarapan  untuk kami semua. Manakala , papaku sedang sibuk ralit membaca surat khabar yang sudah menjadi aktiviti hariannya sebelum  pergi ke pejabat. Dalam ralit mengamati wajah mereka itu, aku  tersedar bahawa aku sudah terlewat ke sekolah.

     “Alamak , lagi 20minit sahaja lagi loceng sekolah berbunyi. Lebih baik aku sarapan cepat-cepat .” Aku pantas mengambil sekeping roti lalu meletakkan jem diatasnya . Aku makan dengan pantas kerana sudah  terlewat. Mereka semua memandangku dengan aneh . Aku mengangkat keningku . Aku tak faham mengapa mereka melihatku sedemikian rupa.

       “Kamu nak ke mana makan tergesa-gesa ? Cubalah  makan elok-elok sedikit. Nanti karang tercekik   kamu yang susahnya . Dah , makan .” Papa meletakkan surat khabarnya itu sebaik sahaja menegurku sebentar tadi. Aku cuma tersenyum kelat.

     “ Mia dah lewat ke sekolah , papa.”

       Papa cuma tergeleng sahaja melihat kelakuan aku  pada pagi  ini . Mama ? Hurmm .. apa lagi , dia pun  ikut serta sekalilah bersama papa.
        “Siapa suruh kamu bangun  lewat hari ni ? Puas mama kejutkan kamu tadi. Haiihh ..” keluh mama . Argh , parah ! Sebelum  Mama  mulakan  syarahannya pagi ni , lebih baik aku cabut pergi ke sekolah  sekarang , memandangkan abangku sudah siap bersarapan. Bolehlah aku  pergi ke sekolah dengan abang aku yang seorang ni.

        Dengan segera, aku  menggapai beg sekolahku yang sudah aku  bawa sekali  pada sofa diruang tamu  itu. Sebaik sahaja mengambil beg sekolahku  itu, aku  terus meluru ke arah abangku yang sedang memakai stokin untuk pergi ke kolejnya itu.

     “Abang , hari ni abang handsome sangat. Mia rasakan , hari ni mesti ramai perempuan dekat kolej abang terpikat dengan ketampanan abang.”pujiku kepada abang Faez  sambil tersengih aku  kepadanya.

     “Uhuk...uhuk..” tersedak dia .

     Abang  Faez mengusap kepala aku. Dia sengih? Macam kerang busuk lagi aku tengok senyuman dia tu.  Aikkk... kejap tadi tadi tersedak sekarang ni tersengih macam kerang busuk pulak? Apa-apa ajelah  Abang  Faez , oi .

        “Adik abang ni mimpi apa ? Abang  adik kan sentiasa handsome gitu! Baik adik cakap cepat, adik nak apa ?” Abang Faez berpaling menghadapku dengan perasaan  ingin tahu.

       Eh ! pandai sungguh abang aku  ni teka , ya ? Hehe..abang siapalah  ni? !
       “Alaa...abang   ni, macam  tak biasa pulak. Kalau adik puji abang  mesti adik nak minta pertolongan,kan? So, boleh tak  abangku yang tersayang hantar adikmu  ke sekolah . Sekarang jugak ! sebab adik dah  lambat ni. Nanti tak tentu  pasal sahabat baik abang itu catit nama adik dalam  buku kegemarannya pulak. Jom ! ” aku menarik tangan abangku lalu menunju  kearah  kereta yang  Papaku  hadiahkan  kepadanya sempena hari lahirnya ke-18.

        “Yelah. Dah jom!” tersenyum girang aku .

********************************************************************************************************
         “Kenapa lewat ?” tutur ketua pengawas sekolahku itu.Aku melepaskan senyuman yang hambar kepadanya lalu aku berpaling kearah abangku yang sedang ketawa terkekek-kekek .  Haishh.. .. sempat  lagi  abang aku  ni ketawakan  aku.Apa punya abang derrr.. Macam  ini pun ada,ke?

        “Sorrylah,Afiq. Hari ni adik aku bangun lambat sikit. Itulah adik, abang dah  cakap semalam  jangan  asyik  termenung ingatkan  buah  hati nanti tidur lewat. tengok sekarang ?”leter  abang Faez kepadaku . Aku ni adik dia yang kena marah ? Depan ketua pengawas pulak tu? Adushh.... malu aku. Mana aku  nak letak muka aku  ? Jatuh  maruah aku sebagai pelajar cemerlang di sekolah ni. Mamaaaaaaaa.. tolong Mia sekarang!

      “Its okay, Faez. No hal. Adik kau, kawan aku jugak ,kan? Lagipun, adik kau first time datang lewat. So, aku  lepaskan dia. Ingat  Mia, lain  kali  jangan  lewat lagi. Tidur  tu awal  sikit. Jangan  asyik  ingatkan  buah  hati ,ya?”Afiq memandang menusuk mata aku. Fuhhh! Nasib baiklah dia  lepaskan aku  kali ini. Kalau tidak,memang sahlah  nama aku ada dalam  list pelajar yang datang lewat.  Tapi, nak cakap tu janganlah  pandang sampai menusuk mataku ini..Haish.. Dia ni nak goda aku,ke ? Boleh goyah iman aku ni .Mentang-mentanglah  dia kawan  karib abang aku, cakap bukan  main lembut lagi.Eeii... geli aku dengar!

     “Dengar  tu adik. Dah, adik pergi  masuk kelas cepat.Nanti kena marah pula.”arah  abang Faez kepadaku . Huh! Menyampah  aku dengan  abang aku seorang  ni.  Sudahlah  bagi  syarahan  percuma dekat aku, sekarang  ni  halau aku pulak? Abang Faez kejam !Tunggulah  kat rumah . Mia report kat mama .

       Aku  menjelir lidah kepada abang aku .  Aku membentak dalam hati. Takkanlah  aku  tunjuk depan kawan  karib abang aku  pulak , kot ? nanti lagi bertambah  malu aku.

     “Yelah. Mia masuk kelas dulu. Abang sambunglah  berborak dengan  kawan karib abang tu. Nanti balik jangan  lupa jemput Mia . Assalamualaikum” berjalan  pantas meninggal mereka dua orang . Malas melayan perangai abangnya itu. Perangai dia tu tak boleh dijangka. Ada pasang surutnya. Sama macam  ombak di laut. Amboi  hiperbola gitu! Hehe...

      “Waalaikumussalam.” . Semakin rancak abang aku berborak bersama Afiq tu. Entah apalah yang diborakkan oleh  mereka itu ?

       “Oh ya, abang. Borak  tu borak juga  jangan  lupa nak pergi kolej ,ya ?” aku berlalu meninggalkan mereka berborak
.
        “Hmmm....”
*****************************************************************************
     Aku  tiba di kelas dan mendapati  rakan-rakanku   sedang  rancak berborak.Borak  apa  lagi kalau bukan  berborak mengenai lelaki. Aku paling benci apabila mendengar mereka berborak mengenai lelaki. Bukan aku  tak suka tapi, kalau nak menggatal sekalipun tunggulah  habis belajar dahulu. Ni tak , belajar tak habis lagi ada hati nak ada lelaki ? Tak fikir  masa depan  betullah!

       Nasib baiklah  aku seorang sahaja melayu didalam kelas ini, kalau ada pelajar  melayu lagi dalam  kelas ini, jatuh  maruah orang  Islam  di sekolah cina.Aku biarkan  mereka bergosip. Seperti  biasa , sahabat sejati aku  akan menjadi peneman didalam  kelasku , 4s1, iaitu novel. Aku memang  taksub  pada   novel. Sejak kecil  lagi , itulah teman sejati aku. . Dari dulu lagi, aku dengan budak cina memang ‘ngam’. Maklumlah, kami dah  kenal sejak di bangku sekolah rendah  . Meskipun, ada sesetengah daripada mereka tidak lagi bersekolah bersamaku , namun aku berasa senang  bersama sahabatku yang baru.

      Memang aku dengan budak cina ada ‘chemistry’ tapi aku lebih banyak meluangkan masa aku bersama novel daripada berbual-bual bersama mereka. Bagiku, novel merupakan  sebahagian daripada hidupku. Sebulan lima buah buku  pasti akan  kubeli.

     Sedang  aku asyik membaca novel, tiba-tiba guru disiplin lalu dihadapan kelasku. Mr. Yeoh bersama beberapa orang pengawas .  Kalau ada pengawas apa lagi jawabnya, sekarang mereka hendak mengadakan ‘spotcheck” la jawabnya. Mr. Yeoh berlalu begitu sahaja , maklumlah  kelas aku ni semuanya pelajar  Best Student   lah nak dikatakan. Tapi... tunggu kejap ! Dia berpatah balik ? Tapi , kenapa ?

    “  Dimana ketua tingkatan  kamu ?” matanya melilau  mencari ketua tingkatan  kelas aku . Tidak berapa lama  kemudian, matanya terarah  kepada orang yang sedang mengangkat tangan. Siapa lagi  kalau bukan  Heng  Zheng Hong  iaitu ketua tingakatan  kelas aku.

   “Ya, saya.Kenapa cikgu panggil saya ?”

    “Sekarang ini  waktu  matapelajaran apa ?” tanya guru disiplin itu lagi .

   “ Sekarang waktu  Bahasa Melayu. Cikgu  kami tidak hadir ke sekolah  hari  ini . Tetapi, ada guru yang akan  masuk menggantikan dia. Cikgu itu dia pergi ke tandas sebentar.”terangnya lagi.

     “Hmm....kalau begitu, kamu jaga kelas kamu dengan elok, ya ? Saya tengok sekarang ni semua dalam  keadaan  terkawal .  Bagus kamu  menjalankan tugas kamu  selaku ketua didalam  kelas  ini.”katanya sebelum  meninggalkan  kami .

    Fuhhh ! Nasib  baik ....... Ingatkan nak periksa kelas aku ? Kenapa orang dibelakang  Mr. Yeoh memandang aku pelik ? Bukankah dia..... Afiq? Kenapa pandang aku  lain macam ? Takkan dia tak puas hati lagi dengan aku  mengenai peristiwa  di pintu pagar sekolah ?  Mungkin tadi depan abang aku , dia berlagak tunjuk baik  saja . Ahh! Biarkan saja dia tu. Buat apa kau  nak fikirkan  pasal dia ? sambung balik membaca lagi bagus  sebelum cikgu masuk .

    Kringggggg ! Loceng dah berbunyi ?Ralit  membaca sehinggakan  loceng sudah berbunyi pun aku  tidak sedar ? Ah, alangkah bagusnya jikalau   loceng  itu bertukar  nadanya. Gantikannya dengan lagu “Kita”kumpulan Forteen , “My Everything” oleh Lee Min Ho , takpun  lagu yang rancak sedikit , mesti ramai pelajar yang suka , kan ? Ops ! Pelajar cina layan ke  lagu  artis Melayu ? Entahlah  tapi kalau artis korea  besar  kemungkinan diorang layan ?

    “Cikgu tak masuk  kelas , ke ?” aku bertanya  kepada  rakan semeja, Cheng Yee, namanya.

    “Cikgu  tak ada masuk ke kelas. Dia keluar ke tandas selepas itu loceng berbunyi.”senyum Cheng Yee. Manis  senyuman  dia . Semanis gula yang membolehkan  kita mendapatkan  kencing manis . Hehe..

    “Oh, okay . By the way, thanks . Saya turun ke kantin dulu ,ya? Awak tak nak ikut serta ?” pamitku  kepadanya. Dia hanya menggelengkan  kepalanya sahaja  sebagai  tanda  menolak  pelawaanku  sebentar  tadi.

*****************************************************************************                         
     “Hah!  Kau sedang  memikirkan siapa itu ? Boyfriend , eh ?” sergah  Memey a.k.a. Nur Syazmira  yang  datang  entah dari mana . Tiba-tiba  sahaja datang menyergahku .

    “Kusss semangat aku. Kau  ni , lain kali bagilah salam  terlebih dahulu. Ni tak, tiba-tiba datang sergah aku.. Kalau  volume suara kau  tu low , okaylah jugak !  Kau nak aku mati terkejut , ke ?”geram  aku dengan  Memey  ni.

   “Waalaikumussalam. Eh, sorrylah. Aku tak sengaja. Takkanlah aku nak kau mati except ajal kau dah sampai. Hehe..” dia menyentuh bahuku  sebagai  tanda minta maaf.

    “Hurmmm... Yelah tu.” Jawabku  acuh tak acuh dan kemudiannya menjelirkan  lidahku  kepadanya.
   “Apasal dengan kau  ni ? Kau tak sihat , ke ? Sebab aku tengok  kau asyik termenung aje. Ke kau ingatkan  boyfriend  kau  tu ?”

     “Takde apa-apalah. Ish, kau  ni. Ada ke patut kau cakap aku ni termenung ingatkan boyfriend aku ? Since when your bestie whose name  is  Mia Nadia  have boyfriend ? When ? When ?  Takde , kan ? You   better know  me ,right ?” Aku mendengus. Jawablah!  Pantang sekali aku  jika orang cakap  pasal  lelaki depan aku. Pantang  tok  nenek  moyang !

     “Kau  marah   aku , ke ? I’m   so sorry . I promise I’ll never  touch about it anymore. Are you satisfied ? Tapi  kan  , kenapa kau  tak suka bila kitaorang  berborak  pasal  lelaki ? Sampai bila kau  nak begini  ? Takkan  tak pernah sedikitpun  terlintas difikiran  kau ?”

    “ Eh, sejak  bila aku  marah  kau ?  Okay, kali ni aku maafkan kau. Kalau sekali  lagi  kau  sentuh topik tu aku  tak  nak  kawan dengan  kau  sampai bila-bila. Ada erti ? Aku  harap kau faham  apa  yang  aku  katakan  tadi.  Soalan   kau yang  itu aku  tak ada jawapan buat masa  sekarang . So, I  hope you understand ! ”  terang aku  kepada  Memey  yang sejak tadi  lagi sedang  memandangku  untuk  mendengar  jawapan  dari  mulutku  sendiri.

   “Hah, mana perginya kawan  kita yang  lain ?  Bukankah  korang  selalu   turun bersama ? Kenapa hari , kau  seorang sahaja  yang turun.?” Aku berkalih topik daripada topik  tadi.  Malas  melayan  soalan  cepu  emas daripada Memey tu.

    “Diaorang  tu ada di  kantin .  Sedang beratur membeli makanan . Aku dah cakap kat  diaorang yang  aku  nak  turun  pergi  dekat  kau  dulu. Itu yang  aku datang seorang dahulu. Oh ya,  tadi di  kantin aku ada  terserempak  dengan kawan  baik abang  kau  tu. Dia suruh aku  pesan  dekat  kau , jangan  datang lewat  macam  hari  ni. Dia suruh kau tidur awal dan  jangan selalu termenungkan  ingatkan  buah  hati  sebab  nanti  ada orang  yang  akan sengsara jiwanya .  Kau datang lewat, eh ? No wonderlah  kitaorang  tunggu  kau  separuh  mati dibuatnya sehinggakan  sampai  loceng  berbunyi.”katanya melemparkan pandangan   matanya  di satu sudut. Seolah-olah , dia sedang melihat satu  susuk tubuh yang amat dikenalinya. Ya, dia sedang memerhatikan  sahabat-sahabatku  yang  lain dalam  perjalanan menuju  ke tempat  yang  kami sering berehat.

       Memey  terjumpa dengan Afiq , ke ? Afiq cakap dekat  Memey macam  tu sekali ?Haishh, apa  lagi  yang  mamat ni  tak  puas  hati ? Takkan  sebab  takleh catit nama aku dalam  buku  rekod ,kot?   Sudahlah   masa aku nak  turun ke  kantin  tadi pun,  dia pandang aku   semacam  aje. Ah, malas aku  nak fikir pasal dia tu. Buat  serabut  kepala aku  aje.

       “Hello, Mia. Are you still here ? Kau dengar  tak  apa   yang  Memey   katakan  sebentar tadi?” suara Tikah menegurku. . Chop ! Tikah ? Ini bermakna  semua  sahabatku  dah  sampai ?Tapi , bila ? Aku tak sedar  pun.

       “Hah ? Apa dia ?Sejak bila korang  sampai. Tak perasan  pulak aku.” Seakan-akan sudah  lupa apa yang dikatakan  oleh  Memey. Ni  mesti  kes aku mengelamun  lagi , agaknya. Aku melihat rakan-rakanku yang lain sedang enak menikmati makanan yang mereka beli sebentar tadi . Nurin, Izzatie dan  Anis bersama  nasi  lemak  yang  mereka  beli  manakala  yang  lain sedang menikmati  kuih-muih sahaja. Kemudiannya, aku  melemparkan pandangan ke arah  sekumpulan  pelajar  lelaki  Melayu di  Astaka sekolah.  Salah seorang daripada  mereka merupakan  adik kepada Afiq. Khusyuk sungguh  mereka  menikmati  makanan .

         “Korang  tengok  Mia ni. Dia mengelamun   lagi. Ingatkan   Zafriel  lah  tu. Dulu masa dia ada depan  mata kau, kau buat tak layan je. Sekarang, bila dia dah pindah  sekolah  barulah  kau  nak  rindukan  dia. Mia, Mia..”terjegil   mataku mendengar  apa yang keluar dariapada mulut lancang sahabatku ini. Selancang-lancang  tutur  perbualan dia , dialah yang menghiburkan kami semua. Dia pandai  memujuk  kami  semula.

       “Uhuk... uhuk...”dengan  tidak   sengaja aku terbatuk .namun, aku menyambung semula apa yang  ingin aku katakan .

     “Zafriel? Aku  rindukan Zafriel?  Takde pasal aku  nak rindukan dia. Dah, korang semua  jangan   sebut nama Zafriel  lagi  depan aku .  Aku dengan  dia takde apa-apa hubungan.”bentakku .

       Zafriel. Ya, seorang  lelaki  yang tidak jemu  memikirkan  cara untuk mengambil hatiku. Meskipun aku   sudah  cakap  pada dia yang aku tak suka dia, dia tetap ingin mencuba  lagi  dan  lagi. Dan  boleh  nak dikatakan  dia akan mencuba sehingga aku cintakan dia. Ah, mamat yang bertepuk sebelah tangan ! Tapi, aku  salute usaha dia. Tidak  pernah  mengeluh  walau sedikitpun dan dia tidak pernah  mengabaikan  pelajaran yang diajari oleh guru. Sekarang , dia sudah  berpindah  ke sekolah  lain. Penyebabnya? Entahlah, aku  sendiri pun  tak pasti.

     “Kau  marah  ke aku  kaitkan  kau  dengan  “mangkuk ayun” tu ? Sorry, okay?!” Aku mengangguk  tersenyum  sebagai  tanda aku  sudah  memaafkan  dia sambil  memegang bahunya  sebagai  tanda  tidak  mengapa.

 Kringgggg..

       “Dah, jom  masuk  kelas . Nanti  lambat  kena  marah  pulak.”arahku  kepada  sahabat-sahabatku sebaik sahaja mendengar loceng sudah berbunyi. Kami semua masuk ke kelas masing-masing.  Kelas mereka dibawah sahaja, sedangkan  kelas aku ?  Mak  aih, kena naik tangga.  Tingkat tiga pulak tu ! Nasib, nasib. Nasib kaulah  Mia ,oiiii !! Harap-harap kau tak jumpalah si mangkuk ayun bertingkat  tu ! kalau aku terjumpa dia, tak tahulah apa yang nak dikatakan. Aku  menyampah betul bila dikaitkan dengan nama dia.......Eh,bukannya Zafriel  ya tapi orang lain. Siapa lagi kalau bukan sahabat dunia akhirat abang Faez akulah, Afiq  !

    Satu langkah, dua langkah, tiga langkah...... Adoi !  Siapalah pulak langgar aku ni ?

    “ Oiii, kau buta ,ke ? Mata kau tu letak kat mana ? kau  letak mata kau tu dekat kepala lutut kau ,ke ? Sesuka hati aje main langgar orang. Nasib baiklah tak teruk mana tapi kalau aku tercedera teruk , kau nak buat apa ? “ meluru aje aku membidas dia. Haha.. Kalau nak diikutkan, aku juga yang patut dipersalahkan tapi aku nak tak cepat mengaku kalah. Never  ever !

    “Assalamualaikum.” Eh, dia  Melayu, ke? Alamak, malunya aku !!! Aku menatap dia dengan teliti. Eh, kejap ! Macamku kenal aje dia ni? Bukankah dia......... Oh Shit !Afiiiiiiiiiiiiiiiiiqqqqqqqqqqqqqq ??? Dia lagi ! haish..macamlah dalam dunia ni takda orang lain ke yang aku jumpa ? takkan balik-balik muka dia . Dah naik tahap meluat aku dekat dia ni . Di rumah aku pun dia selalu melepak , ni kat sekolah pulak aku jumpa ? Meluat tahap gaban ni .

     “Waa...waa...waalaikumussalam...”tergagap aku menjawab salamnya.

     “Eh,tahu pulak jawab salam ya ? Ingatkan diri tu dah hanyut perasan jadi macam pelajar cina yang lain. Mentang-mentanglah kita ni bersekolah di sekolah cina , awak dah tak tahu nak ucap salam ?” Oh,Mama !Takkanlah sahabat karib abang Faez ni nak bagi ceramah pada Mia ? TIDAK ! Aku memekakkan telinga sahaja daripada hendak mendengar ceramah percuma si mangkuk ayun tu .

       “Kak Ummi..... kak nak pergi mana tu ? Mia nak ikut Kak Ummi boleh tak ? Kita jalan sekali masuk ke kelas ,eh ? Kelas kak Ummi kat atas,kan? Jom kita masuk kelas cepat . Nanti tak pasal-pasal kena dengar ceramah percuma dengan orang tu .”  cepat-cepat aku menarik tangan Kak Ummi yang secara kebetulan lalu dihadapan aku. Fuhh...nasib baiklah ,kalau tak....alamatnya,terpaksalah aku menahan telinga ni  mendengar ceramah daripada Ketua Pengawas a.k.a merangkap Ketua Mawas,kot?

      “Nak cabut larilah tu ? Bye sayang,kita jumpa di rumah petang nanti,ya. Nanti petang abang datang rumah sayang sebab abang ada perkara yang hendak dibualkan with your brother.”sempat berkenyit mata lagi walaupun aku bersama Kak Ummi.

     “Blurrkkk !! ” aku menjelir lidah kepadanya. Dia membalasnya dengan kenyitan lagi ? Oh tidak! Memang sudah tak betul agaknya abang ipar kaya ni .

     Aku berlalu pergi bersama Kak Ummi yang dari tadi  lagi sedang khusyuk melihat perbuatan aku dan mangkuk ayun tu .

     “Ish, mamat tu apasal bersayang bagai dengan aku tadi ? dah buat tabiat agaknya dia tu ? Entah-entah dia tak makan ubat lagi ,kot ? Yang abang Faez ni pun satu , boleh dia berkawan dengan orang yang tak betul tu ? Kalau akulah, tak ingin aku nak berkawan dengan manusia yang berperangai pelik macam dia. ”bebel aku seorang diri tanpa memikirkan Kak Ummi yang berjalan beriringan bersamaku sekarang.

     “Hah,Mia. Kenapa cakap seorang diri ni ? Kak Ummi tengok Mia dengan Afiq ada chemistry. Dua-dua tak nak mengaku kalah. Kak Ummi rasa-rasakan  Afiq tu sukakan adik Kak Ummi yang seorang ni tak ? Sebab siap bersayang-sayang bagai lagi.”ketawanya kepada diriku.

    Sayang ? Boleh melayanglah sayang kau tu ! Kau ingat aku teringin sangat ke sayang kau tu Encik Afiq! Aku seribu kali tak ingin !!

    “Ish,Kak Ummi ni . Takde maknanya sayang dia tu . Itu semua palsu aje. Kak Ummi percayalah cakap dia tu. Takpun , kalau Kak Ummi minat dengannya nanti bolehlah Mia tolong beritahu dia. Kak Ummi suka dekat Afiq,kan ? kan ? kan? ” sengih aku walaupun dalam hati ini terasa amat sakit untuk mengetahui isi hatinya terhadap Afiq.Apa yang tak kena dengan aku ni ? Takkanlah disebabkan aku cuba untuk mengenakan Kak Ummi dengan berkata sedemikian aku merasa hati ni amat pedih ? Tak mungkin aku cemburu ? TIDAK sama sekali !

      “Tak inginlah Kak Ummi. Lagipun,Abang Faez awak tu Kak Ummi nak campak ke mana ? Kalau sampai dia tahu mahu mati dek Kak Ummi dibuatnya. Sudahlah abang awak tu CEMBURU KUAT ! Tak kuasa nak pujuk dia.”cemburut Kak Ummi.

      Alamak ! Aku lupalah yang Kak Ummi tu teman wanita abang aku . Aku orang yang paling bahagia sekali jikalau Kak Ummi jadi kakak ipar aku suatu hari nanti. Nak tahu kenapa ? Sebabnya, Kak Ummi ni seorang yang beradab,berbahasa,pandai mengaji,pandai memasak dan hurmm... banyak sangatlah sebabnya yang membuatkan aku suka jika dia menjadi isteri kepada abang aku dan merangkap kepada kakak ipar aku.Hehe..sengal betullah aku ni,kan ?

“Senang-senang akak campak ajelah abang tu dalam longkang ! Memang padan dengan dia pun. Akak nak tahu tak ? Pagi tadi dia boleh selamba aje beritahu kat Afiq , Mia datang lewat sekolah hari ni disebabkan tidur lambat kerana mengelamun teringatkan buah hati.Lepas tu, boleh pula dia halau Mia masuk dalam kelas cepat-cepat semata-mata nak berborak dengan Afiq tu . Ada ke patut ? Tak patut sama sekali,kan?”cucuk aku kepada Kak Ummi.Haha.. padan muka dengan abang tu ! 

******************************************************************************

Enam tahun kemudian........

Pagi dingin menyapa diriku  membuatkan aku rasa tenang dan terlupa seketika akan hal duniawi. Aku mengamati keindahan ciptaan-Nya yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa. Dialah yang mencipta alam ini tanpa memerlukan bantuan sesiapa. Alam yang terbentang meluas membuatkan aku ingin menjelajahi dan menerokainya dengan lebih mendalam. Aku merasakan betapa kerdilnya aku di alam ini jika hendak dibandingkan lautan yang terbentang luas tatkala ditambah lagi dengan ombak yang galak menyapa kedaratan. Aku berharap sangat sebagai khalifah di muka bumi ini, mereka tidak terleka dalam mengejar kemewahan dan kebendaan yang ada. Cukuplah sekadar mengumpul kemewahan sebanyak mungkin untuk bekalan disana agar tidak menyesal di kemudian hari.

           Dalam menghayatinya,aku merasakan jiwaku kesunyian. Ya Allah, hanya Engkau sajalah yang mengetahui betapa terseksanya aku merindui mereka. Aku berharap sangat mereka masih bersamaku diwaktu ini. Mama .....Papa ....  Mia rindu sangat dengan Mama dan Papa. Mia rindu dikala kita bersama. Mia rindu akan ketawa dan senyuman itu. Tapi, Mia sedar bahawa Dia lebih menyayangi mama dan papa . Mia berdoa agar mama dan papa tenang di sana dan dijauhi daripada api yang galak menyala dan Mia berdoa agar mama dan papa ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

     “Ya Allah, Engkau tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang beriman. Aku pinta padaMu , jauhilah mereka daripada api neraka yang galak menyala dan menggelegak itu . Engkau ampunkanlah akan dosa-dosa yang telah mereka lakukan meskipun ianya sekecil zarah sekalipun. Engkau makbulkanlah doa-doaku ini. Amin ya robal alamin.”

       Tanpa kusedari , ada titisan air mata yang membasahi pipi gebuku ini. Dengan pantas aku menyekanya . Aku tidak mahu abangku dan kakak iparku gelisah dan risau melihat aku menangis .

       Oh ya , doaku yang terdahulu telah dimakbulkan olehNya . Ingat lagi tak Kak Ummi ? Haha.. mesti korang masih ingat dia lagi,kan? Alhamdulillah , pada tahun lepas mereka telah selamat diijab kabulkan dengan hanya sekali lafaz sahaja. Sekarang ini , mereka sedang menantikan cahaya mata hasil cinta mereka . Bahagia sungguh aku melihat mereka.

           Aku berharap agar bertemu dengan jodohku secepat mungkin .  Aku berharap agar dipertemukan dengan seseorang jejaka yang prihatin dan penyayang sama dengan abang dan arwah papaku. Aku berharap agar dia dapat memimpin aku dan anak-anakku.

          Dalam aku berkhayal , deringan telefon bimbitku memecahi kesunyian . Nada dering You nyanyian Nur Jannah Alia segeraku angkatnya. Aku melihat nama  yang tertera di kaca telefon pintarku . Eh ! private number ? Siapakah ? Tanpa melengahkan masa , aku segera menjawab panggilan tersebut .

        “ Hello . Assalamualaikum . Siapakah di talian ? ” soalku sebagai pembuka bicara .

        “ Waalaikumussalam . Amboi , tak kenal suara abang lagi , ke?” abang ? Aku menggaru-garukan kepalaku yang tidak gatal ini . Kejap! Bila masa aku ada lebih daripada seorang abang ni ? Bukankah aku hanya ada Abang Faez seorang sahaja ? Ni sesat mana pulak mengaku dia abang aku ? Eh ! wait a minute . Aku macam kenal aje suara tu . Tapi , siapa ? Adakah aku pernah berjumpa dengannya sebelum ini ? Kawan dunia akhirat Abang Faez , ke ? Tapi , dari mana dia dapat nombor telefon bimbit aku ? Haish , takkanlah . Tak mungkin !

         “ Abang ?” aku menyoalnya .

         “ Iyelah . Takkanlah dah lupa Abang Afiq ? ” aku tergamam . Abang Afiq ? Dengan pantasnya , aku mematikan talian . Buat apa aku nak layan dia , tak kuasa aku . Entah apalah yang dia nak mengarut kali ni .

          “Tutt.. tutt.....” aikkk ? Tadi elok aje . Ni mesti kes nak mengelak lagi ? Mia , Mia .. apa yang tak  kena pada mata kau tentang aku? Sabar Afiq , sabar . Mana tahu dengan berkat kesabaran kau ianya akan membuahkan hasil . Aku mesti cari jalan bagaimana hendak menawan hati seorang gadis yang telah mencuri hatiku sedari aku mengenali abangnya diawal perkenalan aku dengan Faez ketika aku baru sahaja menetap di kawasan satu taman dengan mereka . Hah!  Kali ni nak tak nak aku mesti minta tolong Faez jugak . Dia mesti mahu tolong aku .

       “ Assalamualaikum , hello bro ! Kau apa khabar sekarang ? Dengar khabar bakal menunggu kelahiran orang baru nampak . Sampai hati kau tak beritahu aku . Apa punya sahabat dunia akhiratlah kau ni .” rungut Afiq kepada Faez .

        “Waalaikumussalam . Weyh , bro ! Bila kau balik Malaysia ? Haha .. betullah  khabar yang kau dengarkan tu . Tak sabar aku nak tunggu . Amboi , sejak bila kau pandai merajuk ? Setahu aku sebelum ni kau tak pernah pulak macam ni . Macam mana aku nak beritahu kau sedangkan kau berada diluar negara .” tersenyum Faez melihat adiknya yang sedang khusyuk menonton drama korea kegemarannya . Entah bilalah dia hendak memikirkan hidup berteman .

        “ Iye tak iye jugak ,kan ? Hehe.. sorrylah bro ! Aku baru aje balik Malaysia dua hari yang lepas . Dah selesai pun semua urusan aku di UK . Sekarang ni fokus nak selesai urusan di Malaysia pulak .” beritahu Afiq dalam maksud yang tersirat . Faez mengerutkan keningnya .

          “ Selesaikan urusan di Malaysia ? Maksud kau apa ? Ada apa-apa yang aku boleh tolong kau , ke ?”soal Faez seperti memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Afiq . Afiq sedang ligat memikirkan jalannya . Hurmm... aku nak beritahu melalui telefon bimbit atau berjumpa dengan dia , eh ?

         “Hurmm...  senang cerita , apa kata esok waktu lunch kita jumpa di tempat biasa ? Is it alright ? Aku pun dah lama tak jumpa kau , rindu tahap gaban ni . Kita jumpa esok , okey ? Assalamualaikum.” Afiq mematikan talian .

      Huh ! Takde maknanya kau nak rindukan aku . Sebenarnya kau nak beritahu aku yang kau rindukan adik aku  tapi kau tak berani meluahkannya . Ceh! Apa punya lelaki daaaa....


******************************************************************************
     “ Mia , abang keluar kejap . Nanti kalau ada sesiapa cari abang , beritahu dia abang takde . Oh  ya , seperkara lagi , batalkan appointment  dengan Syarikat Merah Megah Maju tengahari ni , eh ? Abang ada hal sikit . Okeylah , abang pergi dulu .” pesan Faez kepada adiknya , Mia , dalam keadaan kelam-kabut . Bagai orang kena kejar anjing pun boleh jugak dijadikan perumpaan situasi abangnya ketika ini .

       Faez datang awal daripada masa yang dijanjikan . Terlebih excited dia hendak berjumpa dengan sahabat dunia akhiratnya itu . Hampir setengah jam dia menunggu akhirnya  sampai jua Afiq . Nampak gayanya , Afiq seperti seorang yang dahulu jugak . Seorang yang menepati waktu .

      “ Hey , bro ! lama kau tunggu ? Sorrylah kalau aku buatkan kau menunggu lama . Tadi aku ada hal sikit .”jelas Afiq tanpa dipinta .
     “ It’s okay . Lagipun , aku sengaja datang setengah jam  awal daripada janji kita semalam . Ada apa hal yang aku boleh tolong kau ni ? Bunyi suara kau dalam telefon semalam macam penting aje . Anything ? ” senyum dia kepada waiteress  yang datang membawa makanan dan minuman yang dipesannya tadi .

      “ Terima kasih , ya . ” ucap  Faez kepada waitress itu sesudah makanan yang dipesan sudah berada diatas meja .

        “ Amboi , kau . Senyum lebih nampak kat waitress tu . Bini kat rumah tak marah , ke ? ” sekat Afiq kepada  sahabat karibnya itu . Hehe .. dah lama dia tak cari masalah dengan Faez . Faez sedar bahawa Afiq sedang mencari masalah dengannya .  Haish  , masih seperti dulu lagi si Afiq ni . Kerja nak menyakat aku aje .
       “ Hehe .. senyum  merupakan suatu sedekah , kan ? So , tak salahkan kalau aku nak senyum ? Bini ? Tak marahlah kot kalau takde orang yang beritahu dia . Kalau dia tahu , masak aku ! ”jawabnya sambil khusyuk menikmati makanan yang dihidangkan .

      “ Yang kau ni bila nak kahwin ? Umur dah 25 , takkan takde calon lagi ? Ke kau yang memilih sangat ?” serkap Faez . Kahwin ? Calon ? Dia ni tetiba aje sebut pasal kahwin dan calon , kenapakah ? Dia dah tahu yang aku nak minta tolong dia , ke ? Cepatnya !

      “ Kahwin ? Calon ? Errr..... apa yang kau mengarut ni ? Aku tak faham laa ,”tergagap Afiq menjawab soalan cepu emas Faez . Eh ! Yang dia tergagap sangat ni kenapa ? Takkanlah aku tanya pun dah boleh tergagap ? Sebelum ni okey aje . Monolog Faez .

“ Haish , budak ni . Kang aku cepuk kau jugak ! Buat-buat tak tahu pulak .  So , who is she ? ” dengan seriusnya Faez memandang Afiq . Afiq mencari idea . Dan tidak seberapa lama kemudian , dia mendekatkan diri dengan Faez dan membisikkan sesuatu .

  “ What !  wo .. wo .. wo... kau ni biar betul ? Takkan adik aku yang jadi pilihan kau ? Aku ingatkan Minah Salleh mana ! Kalau pasal tu , aku takleh janji apa-apa dengan kau . Sebabnya dia tu keras kepala . Dah ramai lelaki yang cuba pikat dia tapi dia buat tak layan jer . Entah putera raja mana yang dia tunggu aku sendiri pun tak tahu . So , anything ? Nak suruh aku jadi orang tengah ? ” terkejut Faez tatkala mendengar pengakuan sahabatnya itu . Seperti yang dia jangkakan memang benar sama sekali . Tak pernah terlintas pulak bahawa Afiq setia dengan adiknya walaupun sudah hampir tujuh tahun sahabatnya tidak berjumpa dengan adiknya itu .

 “ Weyh , perlahanlah sikit suara kau tu . Orang dengar nanti malu aku . Mana aku nak letak muka  aku yang kacak ni ? Dahlah , aku chow dulu . Malas nak layan kau . Aku tengah serius ni . Kau ingat aku buat lawak , ke ? Takde ,kan ? Dahlah . Okey , bye . Assalamualaikum ,”serius nada Afiq . Faez menahan sahabatnya daripada keluar daripada restoran itu .

    “Kejap ! Kau nak pergi mana pulak tu ? Amboi , sensitif giler kau ni. Mia tak suka tau lelaki yang cepat sensitif ni .” sekat Faez sengaja mengalihkan perhatian Afiq .

     “ Aku nak balik office lah . Kejap lagi ada meeting . Bila masa aku ni sensitif ? Perasaan kau aje kot . Okeylah , aku pergi dulu . Balik nanti aku fikirlah macam mana nak memenangi hati adik kau tu.” Jawabnya sambil membimbit Tab kesayangannya itu .  Faez membiarkan sahabatnya itu beransur pulang ke pejabat .


******************************************************************************

    Mia kelihatan gembira sekali apabila bertemu dengan rakan sekolah  lamanya , Memey . Sudah berbadan dua pun dia . Katanya , anak kedua . Amboi , bukan main cepat dia , eh ? Bilalah aku dapat mendirikan rumahtangga ini ? Hurmmm...

    “ Hey ! kau menggelamun apa tu ? Teringatkan cik abang ,ke ?” panas Memey . Bukannya dia tidak tahu perangai rakannya itu . Pantang sebut pasal tu mesti cemberut muka rakannya nanti .Takpun , mengamuk tak tentu pasal . Entah bilalah dia nak buka hati untuk kaum Adam diluar sana .

    “ WHAT ! cik abang ? hahaha.. lawak antarabangsa betullah kau ni . Aku ? cik abang ? datang mana si cik abang tu ? ” soal Mia ibarat orang tidak tahu apa-apa dengan nada yang sedikit tinggi .

     “ Iyelah , cik abanglah . Kau takde lagi ,ke ? Nakkan aku kenenkan kepada kau ? Hahaha , chillax . Oh ya , sebelum aku terlupa , kelmarin aku ada terjumpa abang ipar kaya .”katanya sambil mengusap perutnya .

    “ Abang ipar kaya ? So what ? Apa kena mengena dia dengan aku ? ” jawabnya dengan tidak berminat .

    “Korang memang takde apa-apa ? Are you sure ? Takdelah , kelmarin masa terjumpa dia berkepit dengan minah mana entah . Terseksa giler mata aku tengok pakaian makwe dia . Entah minah salleh mana dia angkut bawa balik Malaysia aku sendiri pun tak tahu . Tapi kan , aku tengok diorang tu memang sesuai sekali . Siap berpegang tangan semasa keluar dari Butik Pengantin lagi .” terang Memey tanpa dipinta oleh Mia . Dia melihat bahawa reaksi muka Mia sudah berubah .

  “ Butik Pengantin ? Diorang nak kahwinlah tu . Yang kau ni dok menyibuk cerita kat aku , kenapakah ? Biarlah .  Kau takde kerja ? Sedar-sedarlah mak boyot oii ... Takut nanti anak dalam kandungan kau ikut perangai kau sekarang ni pulak .” geram Mia . Memey tersengih . Akhirnya , rancangan dia dengan Afiq hampir membuahkan hasil .

    “ Anak aku nanti , pandai-pandailah aku ajar dia . Yang kau ni , muka dah lain macam apesal ? Tak duduk diam aku tengok kau ni . Memanglah nak kahwin . Hujung bulan ni kendurinya . Kenapa ? Abang ipar kaya takde jemput kau ,ke ? haish , mustahillah . Mungkin dia jemput kau melalui abang Faez kau kot ? Iyelah kan , diorang kan sahabat dunia akhirat . Abang Afiq ni aku tengok makin lama makin kacaklah . Ditambah lagi dengan hampirnya tarikh perkahwinannya , makin kacak . Tergugat iman aku . Kalau aku tak kahwin lagi waktu ni , dah lama aku pergi tackle dia sampai dapat .”perhangat Memey lagi .

     “ Uhuk ! Uhuk ! Uhuk !” tersedak Mia .

      Eh ! Mak boyot ni , cakap ikut dia aje ,kan ? Ada suami macam takde aje . Dengar kat suami dia nanti mahu tak jealous nanti . Belum sempat aku bersuara , aku terlihat suatu kelibat yang amatku kenali sekali . Dia ? Perempuan itukah yang Memey katakan sebentar tadi ? Mak aaihhh .. seksa giler !  Macam Barbie Doll  pun ada jugak aku tengok dia ni . Mereka berlalu dengan begitu sahaja .

    “ Hello , Mia . Are you still here ? Kau tengok apa tu ? ”  toleh Memey ke arah yang dipandang oleh Mia sekarang ini . Ohhh ...  dia pandang itu rupanya . Huh ! Aku bercakap seorang diri ajelah sebentar tadi ?

     “ Are you jealous with them ? Auwwww !! Both of them looks so adorable . I like ! ” Mia kaget dengan pertanyaan Memey itu . Segera dia  mengalihkan  pandangan kearah Memey yang sedari tadi tersenyum sumbing . Aku ? Cemburu ? Untuk apa aku cemburu ?


       “ Ah ! Malaslah aku layan kau yang sudah hampir tak waras ni. Lebih baik baik aku balik rumah dulu . Ingatkan hangout dengan kau weekend ni bolehlah hilangkan stress , sebaliknya tidak !” pantas menggapai tas tangan berwarna biru langit itu . Eh ! yang dia emosional sangat ni , kenapakah ? Pantang aku buka cerita tu aje , mulalah emo dia tu . Entah bilalah nak berubah aku sendiri pun tak pastilah dengan si Mia ni . Bebel Memey sebaik sahaja Mia meninggalkan dia berseorangan . 


***********************************

    Angin malam yang dingin menyapa diriku membuatkan aku terleka akan segala masalah kuhadapi .Tenang sahaja.Bintang berkelipan dan jelas sekali angin menderau dapat kurasa dicuping telingaku . Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana hari ni masih diberi peluang untuk diriku meneruskan kehidupan .Diberikan peluang buatku untuk mencari bekalan disana kelak   Aku sedar , tidak ada insan yang pernah terlepas melakukan kejahatan .Tiada insan yang bebas daripada hasutan syaitan yang kian menghasut keturunan Adam .Setiap anggota masyarakat pernah melakukan kesalahan . Termasuklah ustaz ,ustazah , para ulama serta yang  berdarjat tinggi .Tidak ada seorang pun yang akan terkecuali melainkan Muhammad S.A.W.

Dalam menikmati keindahan malam ,Mia terimbau akan kisah silamnya semasa zaman kanak-kanak . Ianya amat indah sekali . Tidak pernah dalam hidupnya , dia merasakan begitu bahagia sekali . Hidupnya dipenuhi dengan kebahagiaan . Kebahagiaan yang dia inginkan sehingga akhir hayatnya .
“Mama ! Papa ! Mia tak nak yang ini. Tak cantiklah. Mia nakkan yang ini jugak !” rengek aku kepada mereka.
“Sudahlah tu, adik. Kau ni kan, abang tengok tak habis-habis susahkan mama dengan papa. Nak itulah, inilah. Semuanya nak. Itu tak cantiklah, apalah, naik pening abang tengok. Mama dengan papa pun satu, selalu je ikutkan permintaan adik ni. Nanti  makin melarat pulak! Tengoklah, sekarang,”

 Eh,eh... abang Faez ni dengan adik sendiri pun tak cemburu. Cemburu tak bertempat betullah! Adik kandung kut, bukannya orang lain. Lainlah kalau aku ni alien dalam keluarga  Iskandar Zulkarnain ? Tak patut, tak patut......

“ Yelah, kamu ambil jelah apa yang kamu minat. Kamu ni pun satu, Faez ... dengan adik sendiri pun kamu nak cemburu ke , hah ?Kalau kamu nak juga, ambil jelah. Macamlah kamu yang nak bayarnya. Ada selama ni papa tak bagi ? Takde, kan? Dah, tak nak gaduh-gaduh.” Aku hadiahkan jeliran kepada abang Faez sebaik saja papa menyokong aku. Yehaaaa !

Betapa seronoknya aku rasakan. Segala yang dipinta pasti sahaja dituruti. Sayang, papa! Papa, Mia rindukan saat itu. Mia rindukan disaat papa ada tatkala Mia kesedihan. Papa selalu berikan kata-kata semangat kepada Mia walaupun  papa sibuk tak kira masa dan apa jua. Mia masih ingat lagi kisah lampau yang hampir meragut maruah Mia. Nasib Mia baik ketika itu. Papa datang tepat pada waktunya. Kalaulah Mia tak ikutkan hati ketika itu, mesti takkan berlakunya.

“ Abang ada dimana ? Dah hampir sejam adik tunggu abang di sekolah. Janji nak datang, mana? Kalau tak boleh ambil adik, cakaplah! Adik boleh balik sendiri jalan kaki. Bukannya jauh sangat pun. Tak sampai dua puluh minit pun jarak rumah dengan sekolahnya.  Tak boleh pakai betullah janji abang ni. Dahlah , lain kali tak payah janji dengan adik !” marah benar aku dengan abang Faez dalam talian telefon.

 Talian aku matikan sebaik sahaja aku melepaskan apa yang terpendam. Aku memutuskan untuk berjalan kaki sahaja. Memang betul-betul janji melayu abang aku yang seorang ni.

Dalam perjalanan pulang, siulan nakal aku terima. Tidak lain dan tidak bukan, sekumpulan budak nakal. Haih, masa inilah korang nak ada. Dulu masa aku pergi ke sekolah bonceng basikal tak adalah pulak. Sekarang, aku kena balik jalan kaki, ada pulak? Tak boleh ke waktu lain korang nak muncul? Bismilillah, aku dahulukan. Diselangi dengan selawat. Minta dijauhkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Sudahlah jalan lenggang. Tiada siapa pula yang lalu-lalang.

Malang tidak berbau. Tidak dapat aku jangkakan, dengan secara tiba-tibanya, mereka datang ke arah aku lalu mengheret aku ke kawasan semak berhampiran.  Mama!!! Tolong, Mia! Mia, takut.

“Ya, Allah. Selamatkahlah hamba-Mu ini . Sesungguhnya hanya pada-Mu aku meminta. Tiada yang layak untuk aku meminta melainkan Engkau,”

Gedebukkk!!

 Aku terpaku. Papa? Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat. Thank you, papa! Tanpa papa, tak dapat Mia bayangkan apa yang bakal berlaku. Aku menangis teresak-esak dalam pelukan papa. Selamat. Itulah yang dapat aku ungkapkan. Sungguh , aku menyesal sangat kerana terlalu mengikut perasaan aku ini. Nasi sudah menjadi bubur. Mahu dibuat apa lagi.


Papa menenangkan aku. 

Trauma!

 Ya, disebabkan insiden itu aku mulai membenci kaum Adam. Bukan aku mahu katakan, aku turut membenci papa mahupun abang Faez. Tidak ! Mengapa harus aku membenci mereka sedangkan mereka adalah merupakan merupakan  ahli keluarga aku? Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk turut menyenaraikan mereka. Tanpa mereka siapalah aku yang kerdil di muka bumi ini. Yang indah lagi nyata, tanpa papa aku tiada disini.

Sudahlah ! Tidak mahu aku fikirkan perkara yang sudah lepas, buat apa mahu diingatkan kembali? Cukuplah ia sekadar terkubur di memori aku. Terpalitnya sejarah hitam bukan bererti satu tiket untuk aku menyerah kalah. Apatah lagi, hidup menyendiri. Sebaliknya, harus aku bangkit dari segala-galanya.  Sampai bila harus aku terperap dan menyendiri?

Sedang leka aku mengimbau kembali saat suka dan duka , deringan telefon pintar menyedarkan lamunan aku. Haih, siapa pula yang ganggu aku malam-malam ni. Tak ada kerja lain ke dia nak buat?

Abang Ipar Kaya? Untuk apa dia menelefon aku? Memangnya, tidak cukupkah makwe dia yang cun melecun tu sehinggakan nak telefon aku? 




p/s : Nanti bila saya free lagi saya sambung . Sekarang mahu masuk tidur dahulu . Assalamualaikum :)

Ulasan

  1. Hi.. interesting story.. please continue

    BalasPadam
  2. sambungannya??? by the way this is awesome

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf , sejak kebelakangan ni saya sibuk. Jika tahun lepas saya sibuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM .. tahun ini pula, kerja. Takde masa sangat. In Shaa Allah. memang saya akan habiskan . Mungkin dalam minggu ini juga.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.