“Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.
“Astagfirullahalazim..apa yang korang dua
beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....
mama ni kacau daun ajelah. Akak dengan adik baru aje nak tiru iklan di kaca televisyen ni. Rungutku dalam hati.
mama ni kacau daun ajelah. Akak dengan adik baru aje nak tiru iklan di kaca televisyen ni. Rungutku dalam hati.
“Takde apa-apalah mama.Kitaorang just nak
release tension.Lately,banyak sangat assigment yang kena selesaikan. Kan,akak
?”Fuhh! nasib baiklah ada si Najmi . Kalau tak ? Terpaksalah aku menadah telinga
mendengar leteran mamaku ni. Mana tak kena marahnya, anak dara terjerit-jerit
mengalahkan orang gila ditepi jalan lagi.
Mama hanya menggeleng sahaja melihat
keletah kami dua beradik dan berlalu meninggalkan kami pergi ke dapur untuk
menyediakan minum petang. Aku ? Bukan tak nak tolong tapi awal-awal lagi dah
kena tegah .
****************************************************************
“Opocot,mak cik kau !”melatah aku tatkala
disergah oleh rakan-rakanku. Ni tak bukan mesti Memey punya angkaralah ni? Dia
yang rajin sangat mencucuk rakan-rakanku yang lain supaya menyergahku.
“Melatah aje kerja kau ,eh ? Wahai cik Mia
Farah Amielia, kalau sehari kitaorang sergah kau,boleh tak jangan melatah?Aku
tahulah sifat tu memang sebati dengan kau tapi janganlah setiap hari.Ni hah!
Meratah pun sifat kau jugak,kan? Asyik
meratah aje lauk-pauk kitaorang!” Oh Mama!! Dia mula membebel sudah.
Pantang aku melatah sikit aje dia dah
mula membebel. Sebenarnya,dia tidak ada kerja lain ke nak dibuat? Ah,biarkanlah.
Aku bingkas bangun dan berlalu pergi
meninggalkan mereka yang terkehel-kehel mengejarku dari arah belakang.
Tiba-tiba,dengan secara tidak tersengaja aku terlanggar seseorang dari arah
bertentangan. Aku terpegun buat seketika.Mengamati wajahnya dengan teliti. Mak
aihhh.... mahu cair dek dibuatnya.
“Oi,kau buta,eh? Mata kau letak
dimana?Di kepala lututkah? Jalan tak serupa bikin! Aku yang kacak ni kau tak
nampak?”Amboi,sedapnya bahasa dia.Kacak? Blurrkk!Nak termuntah aku
mendengarnya.Harap muka aje kacak macam Lee Min Ho tapi perangai?
MasyaAllah,tak boleh blah langsung ! Kan bagus kalau dia berbahasa
sedikit.Takkan itupun tak boleh ? Susah sangat,ke?
Dia menjengilkan matanya
kepadaku.Ish,mamat ni dok jegil mata dia bagai.Macamlah mata dia tu cantik
sangat! Huhu... Tapi,memang mata dia cantik pun.Terpukau aku dibuatnya beb!
Matanya berwarna hazel kehijau-hijauan.Seriously,mahu cair jiwa aku jikalau
terlampau lama sangat melihatnya. Dia ni mix blood of what,eh ? Melayu , kah ?
Warganegara , kah ? Eh,apa yang aku melalut ni. Dah sah-sah dia ni Malaysian.
Takkan kau tak dengar dia marah dalam
bahasa melayu?
Huh !
“Hello,excuse me ! Yang kau tengok
aku macam nak telan tu,kenapa ? Aku tahulah aku kacak.” Angkat bakul betullah mamat
ni !
“Awak,saya nak pinjam mata awak
boleh tak ?”eh, apa yang aku soalnya ni ? Ish,cabul betullah mulut ni !
gerutuku sambil tanganku menampar mulutku yang cabul itu.
“TAK BOLEH ! Ini mata aku,kalau kau
pinjam nanti aku nak melihat gadis diluar sana guna mata siapa?”
Aisehman,nikmat yang Tuhan kurniakan dia
gunakan hanya untuk melihat gadis-gadis diluar sana aje ,ke ? tak tahu
bersyukur langsunglah mamat ni. Malang sungguhlah siapa yang menjadi isterinya
suatu hari nanti.
“Tak boleh, erk ? Oh, tidak
mengapalah. Saya acah awak aje tadi. Dahlah,malas saya nak bertekak dan melayan
orang yang ARROGANT , PERAH SANTAN dan PLAYBOY macam awak ni. Apa-apapun saya
minta maaf sekali lagi. Biane. Assalamualaikum,”kata terakhirku sambil
melajukan langakah menuju ke tempat parkir kereta.
Arrogant ? Perah Santan ?
Playboy , dia panggil aku ? Huh ! Kau tunggulah suatu hari nanti ARROGANT,PERAH
SANTAN dan PLAYBOY ini jugalah yang akan menjadi pasangan sehidup semati kau !
Eh, yang aku berharap sangat ni ,kenapakah ? Ishhh..... padam,padam,padam ! dah
sengal aku agaknya aku ni ! Tak inginlah aku nak memperisterikan dia tu.
Tapi,cantik jugak dia . Eh, aku dah mula tangkap cintan dengan dia ,ke ? Alamak
! Terlupa tanya nama dialah. Arrghh ! Tak mungkinlah !
****************************************************************
“Apa?!”
“Ish,yang
kamu menjerit ni , kenapa ?Mama rasa sekarang ni memang sesuai sangatlah kalau
kamu mendirikan rumahtangga. Usia kamu tu sudah menjangkau 26 tahun. Sepatutnya
dalam usia kamu sekarang ini, mama dan papa sudah boleh menimang cucu. At least
we have one grandchild , you know ? At least ONE !” Kahwin ? Hurmmm.... topik
yang aku paling tidak sukai sama sekali.
Sebagai
tanda protes,aku memeluk tubuhku.
“Mia tak nak kahwin lagilah ,ma. I’m
not ready yet for married ! Even as boyfriend pun Mia tak ada, ini kan lagi
pulak you want me to get married ?” akal kancilku datang seraya mengeluarkan
telefon bimbitku .
“TAK NAK lagi ? Haishh, macam manalah
kamu ni nak ada boyfriend, bercakap dan
berkawan dengan diorang pun TIDAK ! Lagi satu , perangai dingin dan keras
kepala tu cubalah kawal sedikit. Barulah ada orang akan berminat dan hendak
memperisterikan kamu. Kami tetap tidak berkira , kamu kena kahwin jugak ! kami
bagi tempoh selama 3 bulan, kalau tidak kamu kena kahwin dengan pilihan kami.
Ada faham ?”
Gurllpp !! Biar betik ? 3 bulan aje ?
Macam mana aku nak cari ?
“Tapi,ma....................” belum
habis aku bersuara , mama menggelengkan kepalanya sebagai tiada bantahan.
****************************************************************
Assalamualaikum. Annyeong ! Hi, awak. Buat apa tu ?
-Your Mr.Secret Admirer –
Nada mesej masuk mengejutkan Mia tatkala
dia sedang ralit membaca novel Eksperimen Cinta di dalam biliknya. Telefon
bimbitnya berjenama Samsung Galaxy S4 itu segera diangkat dan mesej itu segera
dibacanya.
Waalaikumussalam. Annyeong ! Hi,awak. Saya
takde buat apa-apa pun. Oh by the way, awak ni siapa ,erkk?? Do I know you ? Do
we know each other ?
Segera punat menghantar itu ditekan.
Mr. Secret Admirer ? Hah ! Siapakah dia ? Bagaimanakah dia boleh ada nombor telefon aku ?
Tik......tok....tik....tok...
Haisshh, lamanya dia nak balas. Ke dia
takut dengan aku? Dia takut nak menjawab pertanyaan aku,ke? Tapi............
Maaf ,lambat balas. Biane ^_^ ( Eh,
betul tak saya eja “maaf” dalam bahasa korea ?). Saya kenal awak dan keluarga
awak pun kenal saya. Dan saya tahu sangat awak amat meminati Lee Min Ho , bukan
? Hehe.. same with me . Saya pun minat juga dan ramai kawan saya cakap yang
muka saya ada iras-iras Lee Min Ho.
Tapi............
Maaf ? Biane ? Haha...lantak kaulah
nak eja betul ke tidak ? Ada aku
kesah? Yang pasti aku faham dan sebutan
hampir sama. Tapi, kejap ! Dia kenal aku ? Dia kenal keluarga aku ? Macam mana
dia kenal pulak? Ahah !! I got it ! Mama
punya angkaralah ni. Jyeahh !!! Dia minat Lee Min Ho jugak ! Muka dia iras-iras
Lee Min Ho , erkk ?
Segera
lamunan aku teringatkan akan peristiwa dua minggu lepas. Mamat tu ! Harap muka aje macam Lee Min Ho tapi perangai
? MasyaAllah, tak tahulah aku nak cakap macam mana . Punyalah biadap ! Orang
dah minta maaf secara baik pun, masih nak menengking? Apa punya orang dahhhhh.........
Segera aku sedar akan suatu perkara. Tapi, apa ? Kenapa ?
Tapi ? Kenapa, awak ? Warna kulit
awak tak secerah Lee Min Ho,ke ?
Haha... Eh, kenapa aku tulis macam tu pulak ? tak terasa ke dia nanti ?
Ah, lantaklah ! Do I care ? I don’t care and never ever care about it !
Eh,bukanlah ! Masalahnya mata saya .
Warna mata saya tak sama dengan dia. Hurmmmmmm............... kesiankan dengan
saya ?
Laaa........ yang itu aje,ke? So ?
Takkanlah yang itupun rasa macam kecil hati ? lain orang lain warnalah. Tak
semua orang mempunyai mata yang sama warnanya laaa......
Alamak ! Bateri kong la pulak ? Ah, tak mengapalah,lagipun aku malas nak layan
dia ni. Segeraku menaip bait-bait terakhirku kepadanya.
Oh,it’s okaylah awak .
Bersyukur ajelah dengan pemberian-Nya. Lagipun, muka dah iras-iras Lee Min Ho
pun sudah memadai. Okeylah , saya nak masuk tidur dulu. Assalamualaikum and
good night. Don’t forget to wear pampers before you are going off to sleep,eh ?
Hehe... Oh by the way, what’s your name
? Terlupa pulak saya nak bertanya. Again, Assalamualaikum and may have a good
day ahead ya !
Send !
Beberapa minit kemudian,ia terpadam. Laju
langkahku mengecas telefon bimbitku. Setelah kemudian, aku mengambil keputusan
untuk melelapkan mata sebelum siang menjelma tidak lama lagi.
****************************************************************
Keesokan
paginya .....
Alamak ! Dah lewat ni. Kuliah Prof Rozita tinggal lagi lima belas minit saja
lagi sebelum bermula. Tergesa-gesa aku bersiap untuk menghadiri kuliah yang
amat penting itu.
Sebaik tiba sahaja di pintu kuliah, aku
menguak sedikit untuk menghendap samada Prof Rozita sudah datang atau belum.
Belum ? Huh ! Leganya....
.
Tidak berapa lama kemudian, Prof Rozita
pun masuk ke dalam bilik kuliah. But, wait for a while ! I smell somethings
fishy. Dia ? Dia pelajar baru , ke? Hurmmm....patutlah aku tak pernah nampak
dia sebelum ini. Tapi, dia ni BIADAP sungguh !!
“Hai,” dia menyapaku. Aku menyepikan diri
lalu kemudiannya membalas dengan senyuman sahaja.
Senyum aje ? Tak nak cakap ‘hai’ kat
aku,ke? Haishh, sombong gila ! Dia masih terasa pasal kejadian tempoh ,ke ?
Takkan dia masih berdendam dengan aku pulak ?
“Ehem, What’s your name sweetie ? My name
is Muhammad Fakhrul Izzat Syirazi. You
can called me Fakhrul or either Syirazi if you want. But I think for you why
not you just called me ‘Abang’ because it is the most suit one especially for
you,” memaniskan mukanya kepadaku.
Ish, boleh pula dia berbahasa,eh ? Abang
? Euuwww!! Its too annoying ! Double triple blurkkkk !! Tak ingin aku nak
panggil kau dengan gelaran tu. MENYAMPAH ! kau tu bukannya ‘abang’ aku pun. Aku
takde abang,okey ? Kau nak jadi abang aku,eh ? Haha.. boleh blah la kau ! Mati
hidup balik pun aku seribu kali tak inginlah. Eh, aku ni mengutuk dalam hati aje melebih kalau
cakap depan dia ? HUH ! KECUT PERUT habis ,bebbb !!
“Assalamualaikum,hai. Nama saya Mia . Abang
?” Nah,ambil kau ! mentang-mentanglah muka kau iras-iras artis korea , sampai
lupa hendak memberi salam,eh ? Apa punya orang derrr.......
“Wa...waa..waalaikumussalam,hai. Yup! Awak
panggil aje saya dengan panggilan itu. Sedap,kan ? Haha.. oh by the way , sedap
nama awak tu, semanis dan secantik tuan empunya badan. Errr.. errr... awak
sudah berpunya atau belum ? Kalau belum bolehlah saya masuk daun,” dia perli
aku ,ke ? Fuhh... nasib baiklah sempat cover macho tadi , tidak jatuhlah imej
aku sebentar tadi.
Haha..tahupun tergagap nak menjawabnya.
Weyh, seriously lawak gila tengok muka dia apabila menggelabah tak tentu arah.
Amboi, pandainya dia mengayat bait-bait itu. Dasar lelaki BUAYA! Huh ~!
Daripada buang masa layan mamat buaya ni lebih baik aku beri perhatian kepada
Prof di depan sana . Haish,tinggal lagi 5minit aje lagi nak habis kuliahnya.
Cepatlah sikit !!
Sedetik,dua detik,tiga detik,empat detik
dan......
Jyeahhhh ! tamat sudah kuliah Prof
Rozita ni . Aku melajukan langkahku berlalu pulang. Eh, boleh pula aku
tinggalkan rakan-rakanku dibelakang ? Haha.. lantakkan merekalah. Yang penting
aku malas nak layan mamat BUAYA iras-iras Lee Min Ho itu . Bukan aku tak sedar
bahawa semasa kuliah tadi, tak henti-henti
dia dengan sedaya upayanya cuba
membawaku berborak-borak bersamanya. Tapi , aku buat derrkk aje dengan dia tu .
Tak kuasa aku nak berborak-borak ! Dia ingat aku datang sini nak berborak,ke?
Huhhh !! Aku datang sini untuk menuntut
ilmu laa Encik “Lee Min Ho” celop !
Dalam perjalanan pulang ke
kediamanku, telefon bimbitku berdering. Tanpa membuang masa , aku pantas
menjawabnya.
“Hello,Mia. Kau ada dimana ,sekarang
? Sampai hati kau tinggalkan kitaorang
di belakang!,” Haishh,minah sekor ni, tak tahu nak beri salam ,ke ? Kau
tunggulah !! senyum sinisku.
“Waalaikumussalam. Oh , kau Zati. Kau
call aku tanya aku ada kat mana , eh ? Aku sekarang ni ada di bahu jalan laaa .
On the way nak balik rumah parents aku. Apasal kau tanya ? Eh, aku tak boleh
tinggalkan korang,ke ? Suka hati akulah nak balik dulu pun. Lagipun, aku
bukannya sengaja tinggalkan korang yang terkedek-kedek umpama itik pulang
dipetang hari. I have my own reason !!” meninggikan sedikit suara.
“Hurmm, iyelah tu ! Weyh, kau kenakan
aku , eh ? Haha !! Sorrylah tak beri salam. Biane. Janganlah kau tinggikan
suara macam tu. Nanti kang tak pasal-pasal Lee Min Ho kau lari lintang-pukang
dek mendengar suara kau ni. Hehe....” Amboi, dia ni. Mentang-mentanglah dia tahu
aku minat dan taksub sangat dengan Lee Min Ho,perli pulak ! Ni dah melampau !!
Biane ? Haha..
“Perli aku nampak ! Haha.. takpe kalau dia
nak lari pun, abang kedua aku kan ada ? Abang Jung Yong Hwa from CNBlue. Haha..
tunggulah kau. Ada ubi ada batas, ada hari akan kubalas jua. Kejam tak ? dah la
weyh, aku sedang drive ni, nanti tak pasal-pasal ada abang pedas,hot sexy and
stylo beri surat cinta kat aku. Tak ke haru nanti abang Yong Hwa dan abang Lee
Min Ho aku nanti. Oh ya, this weekend kau teman aku pergi MPH boleh tak ? Dah
lama aku tak beli novel,rasa gatal pulak tangan aku. See you on
Saturday,babeyhh !! Assalamualaikum,” sengal betul punya kawan. Gerutu Izzati
dalam hati .
****************************************************************
Annyeonghaseyo, Lee Min Ho. Aku tunggu kau
disana,okey? I’ m so sorry bcoz can’t go there with you but I’m still will wait
you over there.Okay,baby?
Ceh,perli aku lagi! Annyeong ! lain
kali sms laa awal-awal. Ni tak, buat aku tunggu kau macam anak patung aje. Kau
ingat aku ni tunggul kayu , ke ? Kenapa tak hantar mesej esok hari saja ?
takpun, tahun depan . Kan bagus?
Di
MPH.......
“Sorry ,beb! Aku takleh picked up kau tadi.
Tiba-tiba aje adik aku suruh hantar dia pergi jumpa kawan dia di sekitar
sini. Pada mulanya, memang aku ingat nak
berpatah balik pergi rumah kau, tapi, bila aku fikir masak-masak , buang masa
aje , kan ? Kan , kan ? Haha.. again, I am so sorry for that.”
“It’s okay,dear. Aku tak kesah pun . I don’t
mind at all, baby. Dah, jom kita masuk dalam !” aku menarik lengannya masuk ke
dalam kedai.
Wah ~! Rindunya aku pada kedai ini . Rindu
sangat-sangat . Rindu juga aku pada novel-novel ini. Rindu yang sehingga
menusuk kalbu ini. Haha.. korang ingat rindu pada sang kekasih aje yang boleh
sehingga menusuk kalbu ? Rindu pada novel pun ada lerrr..
.
Aku bergerak pergi ke rak-rak novel .
Izzati ? hurmm... biasalah . Orang dah
nak kahwin hujung tahun ni,buku resepilah jadi pilihannya. Lagipun, jarak rak
novel dan buku resepi bukannya jauh sangat pun. Aku tak kesah pun ! Dia
meluangkan masa dengan menemaniku ini
pun dah lebih daripada cukup.
Sedari aku melilau sambil jariku gatal
memilih novel , tiba-tiba ianya terhenti pada sebuah novel . Yessss !!! Aku
sudah menjumpai novel pilihanku ini.
But, wait a minute........ tangan siapa pulak yang dok menggatal pegang
novel yang aku pegang ni ?
“Hai,” dia menyapaku . Oh
Shitttttttttttttttttttttttttttttttt !!! Mamat Lee Min Ho celop !
Tak ada
orang lain ke dalam dunia ni ? Pergi sana , pergi sini, jumpa dia lagi . Kaum
Adam dalam dunia ni dah pupus , ke ? Balik, balik, muka dia ! MENYAMPAH !!
“Assalamualaikum,oiiiii !! Awak takde
novel lain ke nak ambil ? This is my novel and I am the owner soon after I paid
for it !! Understood ? Novel ‘Suamiku Ekslusif’ is mine not yours ! Nah, ambil
novel ni dan pergi main jauh-jauh,” kataku sambil mengambil novel ‘Mr. Secret
Admirer’ lalu memberi kepadanya.
“Amboi,sedapnya bahasa cik adik !!! Tak
padan dengan saiz tubuh badan ! Eh, awak ingat saya ingin sangat dengan novel
awak ambil itu, ke ? Huh ! Saya seribu kali tak inginlah !,” dia mendengus .
Hek eleh, mamat ni. Aku cepuk karang.....
Tak ingin? Huh ! kalau tak ingin kenapa kau menggatal ambil jugak ? Tak ke
pelik jawapan yang kau bagi itu ? Haha.. ayat tak blah betul mamat ni.
“Seribu kali tak ingin ? Betul ? Tapi
macam mana awak ambil novel tu tadi ? Is
there anything gonna be happen ? Are you well ? I hope so .” tanyaku kepadanya.
Ish,minah ni. Soal aku macamlah aku ni
tak betul ? Dia ingat aku ni ada wayar yang terputus,ke? Eh, tapi betul jugak
apa yang dia katakan tadi . Betul ke aku seribu kali tak ingin ? Hehe..
lantaklah !
“Am I well ? What are you trying to say
about ? Am I crazy ? Is that so ? Hello !!! I’m still can thinking with
positively . You know ?” huh ! Tapi yang mana satu aku nak ambil ni ? Novel di
tangan dia atau yang dia beri kepada aku tadi ? Hurrmm... ambil ajelah yang ada
kat tangan aku ni . Novel Secret Admirer pun , Admirer laa.. asalkan ada juga
novel yang aku nak baca nanti.
Eh, macam mana dia boleh tahu ? Dia ni
ahli nujum,ke ? Adik-beradik Nujum Pak Belalang ? Haish,pandai jugak teka.
Kalau macam ni senanglah sikit kerja aku , takdelah perlu explain banyak kali.
Buat kering air liur aje . Iye tak ?
“Pandainya awak teka. Baguslah kalau awak
tahu sebab tak perlulah saya explain lagi . You had make my works better than I
thought! Grazias .” Grazias ?
haha...ambil kau, habis terkeluar spanish aku . Kau ingat aku tahu bahasa
Malaysia , Inggeris , Cina dan Korea aje ,ke ? Spanish pun aku taulah. Haha..tapi,setiap
kali exam spanish aku cukup-cukup makan aje. Hehe..
Laaa..... dia baru tahu ke yang aku ni
pandai ? Ishh,ishh,ishh... kesiannya. Maknanya betullah dia kata aku “crazy” ?
Oh Mammaaaaaaa !!!! Takpe kau, today is your day but i don’t think you will get
another chances anymore from me.
“Apa tengok,tengok ! Tak pernah tengok
manusia ke sebelum ni ? Cucuk biji mata baru tahu ! Dahlah, nah ! Awak ambil
buku novel MSA ni , saya nak pergi bayar novel saya ni . Bye, Assalamualaikum
and I hope you will never disturb me anymore ! NEVER !” eh,minah ni . Aku cepuk
kau kang !! Kau tengoklah , ada ubi ada batas,ada hari akan kubalas !!!
Aku melajukan langkah menuju ke kaunter
bayaran. Haish,rasa menyesal pulak aku datang sini . Mamat Lee Min Ho
celop ni pun satu kes jugak, takde kedai buku lain ke dia nak perginya ?
MENYAMPAH aku tengok muka dia !!! Eh, mana perginya Izzati ni ? Tak habis lagi
ke memilihnya ? Makk aihh...lamanya. Dia ni pergi pilih ke buat ? Huh ! Ahah!
Aku mesej dia ajelah , jumpa di tempat biasa.
Assalamualaikum, wife-to-be . Kau ni
pergi beli buku ke buat ? Lama gilerrr !! Weyh,aku chow dulu! Kita jumpa kat tempat biasa,okey! Annyeong
~Min Ho-wife-to-be
Send !
Telefon pintar Izzati bergetar sambil
diiringi dengan nada dering yang amat mengasyikkan .. hehe..lagu apa lagi kalau
bukan dari kumpulan Forteen.
Eh,awalnya dia siap beli ? Selalunya
aku yang kena tunggu dia berjam-jam beli novel . Ni tak , aku baru aje grab
sebuah buku masakan dia dah habis beli ? Impossible . Sihat ke tidak kawan aku
yang sorang ni ? Dia demam ke apa ?
Hurmmm.. berita panas ni !!!
Waalaikumussalam,Min Ho-wife-to-be
. Aku baru aje grab sebuah buku ni,hah ! yang kau ni mimpi apa cepat sangatnya
beli ? kau ni sihat ke tak ? Oh,okey. Kita met up kat sana . Bye,Annyeong!
~ Hafiz-wife-to-be
“ Stand by me ! nal barabwajwo ajik sarangeul
moreujima
Stand by me ! nal jikyeobwajwo ajik sarange
seotuljiman .........”
Segeraku membaca mesej yang dibalas oleh
Izzati . Eh, dia kata aku tak sihat ?
Bertuah punya kawannnn !!!! Ada ke patut ? Hafiz-wife-to-be ? haha.. nak
mention la tu yang sekarang ni dia bakal isteri kepada Hafiz lerr tu . Apa-apa
ajelah kawan ! Asal kau bahagia sudah .
Sedang menunggu dia tiba, aku memesan air
minuman.
“Waiter!” dengan segera dia datang ke
meja tempat dudukku .
“Yes, Miss. What would you like to order
it ?” dia menanyaku. Makkk aihhh.. handsomenya “waiter” ni. Aku mengelamun
seketika. Eh, apa ni !!
“Oh,yes. I would like to have an orange
juice please. That’s all. Thanks.”
ujarku kepadanya.
Sebaik sahaja dia berlalu, mataku
terpandang sepasang kekasih mungkin yang sedang hangat bermesra-mesraan .
MasyaAllah, pakai pakaian macam tak cukup kain aje aku tengok perempuan tu .
Aku ni nak kata pandai sangat bab agama ni taklah, tapi at least aku takdelah
pakai pakaian sehingga menampakkan lurah
berbentuk “v” tu. Tak tahu malu ,ke ? Yang laki tu pun satu , mata tak
habis-habis pandangan benda tu . Euuwww!!! Ish,buat apalah aku pandang semua tu
, tengok benda lain lagi baguslah.
But,wait a minute!! Bukankah dia Mamat Lee Min Ho celop ?
Itu taste kau ke ? Haish,memang betullah firasat aku masa first meet dengan kau
dulu.Malang sunggulah isteri kau nanti,weyh!! Tapi, betul ke yang tu makwe dia
? ish,yang aku nak jealous , kenapakah ?
Dia melambaiku? Mengenyitkan matanya
yang hazel kehijauan-hijauan kepadaku? Eh ? makwe ada depan mata pun sempat
lagi,ke ? Huh! Memang dasar BUAYA DARAT laa kau ni ! Dia mengeratkan lagi kedudukannya dengan
perempuan abysmal tu . Kau ingat aku nak cemburu,ke ? Cemburu ? haha..
dalam mimpi kaulah ! Tapi,betul ke aku tak ada sedikit pun perasaan cemburu itu
? Eh, apa ni Mia. Buang jauh-jauh. Tak inginlah kau nak jadikan dia teman
lelaki kau. Simpang malaikat empat puluh empat .
Wahai , Izzati . Cepatlah kau !! aku dah
naik menyampah dengan adengan panas mamat Lee Min Ho celop denga minah abysmal
ni. Apasal lambat sangat ? Huh ! Aku
keluar dululah ! Jus oren yang baru tiba itu segera kuhabiskan lalu
meninggalkan not RM10. Argh ! lantaklah bakinya. Derma ajelah . Aku
mengeluarkan telefon pintarku untuk menghubungi Izzati .
Baru beberapa langkah saja hendak
keluar ,kami bertemu.
“Weyh, kau nak pergi mana ? Kata
nak met up kat restoran ni , apasal tetiba aje kau blah ni ? Nanti-nantilah
dulu, aku baru aje ingat nak basahkan tekak aku yang kekeringan ni. Please .”
dia kehairanan sambil membuat muka meraih simpati . Kau buat ajelah muka
simpati macam mana pun, aku takde hairan pun. Tanpa membuang masa, aku
mengheret dia mengikutku keluar dari restoran itu.
“Hey,what was happened ? cuba kau cerita
kat aku . Kenapa dengan kau ni ? Angin tak tentu pasal. Kalau pasal aku lambat
tu,sorrylah beb ! Biane . Aku tak sengaja nak keluar lambat. Lagipun, ramai sangat
orang beratur kat kaunter tadi. Sorrylah,eh ?”dia meleraikan pegangan tangannya
dariku.
“Nothing was happened . Takde apa-apa pun
yang interesting nak cerita kat kau. Pasal kau lambat? Taklah,aku tak marah kau
pun. Lagipun, memang betul apa ramai orang di MPH tadi ? Sampaikan aku sendiri pun kena tunggu punya lama tau! Hehe..
dahlah. Aku nak balik. Nak rehatkan minda dengan melelapkan mata buat seketika
. Jomlah !” terangku kepada Izzati yang masih terkial-kial menangkap maksudku.
****************************************************************
Sesampai di rumah,
Ah,leganya dah sampai
rumah.Keluhku seorang diri.Aku mengambil remote television lalu membuka
saluran kegemaranku. Hehe.. Saluran apa lagi kalau tak lain tak bukan, Channel
393 ,jawapannya. Korea ! Korea ! Korea ! Yang itu aje yang aku ingat setiap
kali menghadap televisyen . Yes! Cerita Running
Man sedang bersiaran lah ! Kali ni ada kumpulan BigBang laa.. Oh,yes ! Makk
aihh.. semuanya berpakaian ala kerabat diraja ajelah. Ji Hyo unnie cantik
berpakaian macam Cinderella . Hurmm... Haha.. lawak betullah GD ni . Dia tak
pernah jumpa sawah padi,ke? Habis satu badan dia dipenuhi lumpur, orang lain
takpun ! Tanpaku sedar, aku melelapkan mata , entah berapa lama aku terlelapnya
.
Ah,betapa indahnya mimpiku sekarang
ini. Dikelilingi dengan penuh bunga-bunga yang penuh keharuman wangi-wangian.
Aku terpaku tatkala melihat seorang jejaka kacak sedang datang kearah ku dengan
penuh bergaya. Datang membawa sejambak bunga mawar yang harum semerbak .
Seorang jejaka yang mempunyai hidung mancung , mempunyai sepasang mata yang
cukup memukau diriku. Semakin lama dia semakin menghampiriku, dan dia datang
melututkan lalu melamarku.
“Wahai Cik Mia Adriana Lee , sudah
sekian lamanya saya mencari seorang wanita seperti awak , akhirnya saya sudah
menjumpai. Andai kata orang yang saya maksudkan itu ialah awak, sudikah awak
menjadi suri hati saya buat selama-lamanya ?” terkaku aku . Dia melamarku ? Apa
yang harus aku lakukan ? haish, takkanlah sekarang ini juga aku nak menjawab
lamarannya.
“Err.... err...” tergagap aku mahu
membalasnya. Namun, sempat dia menyekat . Dia meletakkan jarinya dibibirku .
“Shh.... awak tak perlu bagi
jawapannya sekarang . Saya tahu mungkin ianya terlalu drastik dan awak
memerlukan masa. Awak ambillah seberapa banyak masa , saya sentiasa menunggu
awak . Kalau awak sudah bersedia , nanti saya akan pergi minta kebenaran
daripada ibu bapa awak. Okey,sayang ?” dengan nada romantik , hembusan nafasnya
yang hampir denganku telah membuatkan diriku semakin tidak keruan. Ditambah
lagi dengan panggilan “Sayang”. Ahhhh.. mahu melayangnya aku nanti .
Eh, behave Mia , behave !
nanti apa pulak dia fikir . Aku hanya mengangguk sahaja .
Disaat bahagia itu , aku merasakan ada
seorang wanita datang meluru kearahku . Laju sahaja langkahnya ibarat ada sesuatu yang
dikejarnya . Penting sangatkah ?
Panggggg !!!!
Berdesing telinga aku , weyh !!
Eh,apasal dengan minah ni ? Hidung tak mancung , pipi tersorong-sorang, tetiba
aje datang smash aku ? Aku ada buat salah dengan dia sebelum ni ,ke ? Taklah kot sebab kenal dia pun tidak ! Merah jugaklah pipi aku . Fuhh!! Sedap
jugak minah ni penampar aku , berapa kilo losyen dia pakai , eh ?
Mamat tu ? Huh! Buat derrkk aje ! takde
sikap GENTLEMAN langsung ! Tapi , kenapa dia nampak lain aje , hah ?
“Oi, betina ! Kau dengar baik-baik apa yang
aku nak beritahu kau . Dia tunang aku dan kami akan mendirikan rumahtangga
tidak lama lagi . So, jangan menggedik sangat dengan tunang aku . Kau FAHAM
!” hancur luluh hatiku tatkala mendengar
penjelasan yang dikeluarkan oleh wanita itu .
Astagfirullahalazim , dia tunangan
orang ke ? Macam manalah aku boleh terbayang-bayangan masa depan aku dengan si
dia . Haish, lebih baik aku padamkan cepat-cepat! Dengan geramnya aku memaki
hamunnya . Amboi, sedapnya dia berkata-kata . Bak menanam tebu ditepi bibir .
Huh ! Menyampah aku dengan mamat macam ni . Semua lelaki sama aje . tak boleh
percaya langsung. Dah ada satu nak pasang lagi satu . Diorang ingat kaum Hawa
ni boleh dipermainkan ?
“Oi,jantan PENIPU BESAR ! dasar BUAYA DARAT memang buaya daratlah engkau
. Semua lelaki sama aje. Tak boleh percaya 100% langsung ! sanggup kau buat aku
macam ni ? Sanggup ? Arghhh !!! apa punya jantanlah kau ni ! Sudahlah, aku tak
perlukan masa pun nak fikirkan lamaran kau tadi, jawapannya TIDAK ! Aku tak
inginlah bersuamikan BUAYA DARAT dan tak setia macam awak ni! Sayang ? Huh ! boleh blah lah kau ! sayang
kau takde makna lagi bagi aku . MELAYANG lah kau dengan sayang kau tu .”sinis
aku .
Dia menarik tanganku . Dengan pantasnya,
aku menempis . Dia ingat aku ni perempuan murahan,ke? Sesuka hati aje nak
pegang . Hello, excuse me. Suami aku aje yang ada hak nak pegang aku,okey !
“Awak,dengar dulu penjelasan saya,”
penjelasan ? Huh ! apa lagi alasan yang kau nak reka kan ? Tak cukup lagi kau
tipu aku yang kau ni tunangan orang ? Dasar lelaki ...... Argghhh!!!!
“Hei, awak !
Dengar sini baik-baik ,okey ! Mulai hari ni , jangan ganggu saya lagi. Saya tak
suka kalau awak ganggu saya lagi selepas ini.”rayuku kepadanya. Sekali lagi dia
cuba mendapatkan tanganku . Aku dengan sedaya upaya cuba menempisnya.
“Tolonglah,awak.... jangan ganggu saya. Awak jagalah tunang awak
baik-baik. Jangan biarkan dia dikebas orang lain.”rayuku sekali lagi
seraya cuba melepaskan pegangan tangannya
. Dengan tidak semena-mena , dia jatuh
terjelopok .
Debukkkk !!
Aduhhh !!!
Sakitlah ngok ! Ni mesti kes mimpi waktu maghrib lagi ? Haish, Mia, Mia, apa
nak jadilah dengan kau. Itulah, aku suruh kau cari pasangan kau tak nak .
Bermacam alasan yang kau berikan . Aku tak cukup duit lagilah. Aku takde
pasanganlah. Aku tak bersedia lagilah. Nanti-nanti ajelah aku fikirkan. Huh !
Dah naik menyampah aku
dengan alasan dia.
“Hoi,Lee Min
Ho-wife-to-be lah kononnya. Bangun cepat !Apa ni anak dara masih tidur waktu
Maghrib ni? Kau mimpi , eh ? Kau mimpi apa tadi ? Dahsyat giler mimpi kau , eh
? Sampaikan kau tolak aku tadi ?” aku merasakan bahawa ada seseorang sedang
memanggilku. Eh, aku dimana sekarang ? Dalam rumah ? Hah ? Bukankah tadi aku
berada di taman yang indah bagaikan syurga ?
“Hah ? Awak siapa
? Saya ada dimana sekarang ? Cik, saya ada dimana sekarang ? Cik takde niat nak
culik saya,kan ?” mamaiku .
Eh,apa kena
dengan rakan serumah aku ni ? Dia ni betul ke tidak ? Haha.... aku nak culik
dia ? Buat apalah aku nak culik kau,weyh ! Takde faedahnya. Aku taulah kau tu
anak orang orang kaya, tapi kalau aku nak culik pun aku takkan culik kaulah .
Aku culik adik kau si Najmi lagi bagus . Bawa dia lari pergi Siam and then
nikah terus kat sana. Haha.. Eh,apa yang melalut ni ? Dapat tahu si Hafiz tu,
alahai.... mahu merajuk hampir 2 minggu jugak !
“Ha’ah, Cik
Mia Farah Amielia a.k.a Mia Adriana Lee . Saya nak culik cik adik bawa pergi
sempadan negeri . Kalau jual ni mesti laku ,kan ? Haish, kaya saya tak lama
lagi,” panas aku . Haha...
Aku tersedar
bahawa aku dipermainkan oleh rakan serumah aku. Eeeiiiiiiii......... geramnya
aku. Boleh dia main-mainkan aku,eh ? Kau tunggulah !!! Aku bancuh kau kaw-kaw.
Aku menggapai kusyen yang hampir dengan kedudukanku lalu membaling kearah
Izzati yang sedang tersengih-sengih .
“Oiii, sakitlah
ngok ! Dah , kau bangun sekarang. Apa punya orang derr.. Kau tengok televisyen
atau televisyen yang tengok kau ? Oh ,ya. Tadi your sweet
heart forever ada call. Dia kata tempoh tu tinggal lagi
sebulan aje lagi. What’s up ?Ada sesuatu yang kau sembunyikan dari
aku,ke ? Mia, cuba kau beritahu aku.
Tempoh apa tu ?” aku senyum saja.
Mama telefon ?
What ? Alamak, tak sedarlah pulak aku ! Pejam celik pejam celik , sudah dua
bulan tempoh itu berlalu. Hurmm...macam mana ni ? Nak aku terima calon pilihan
mama atau cari sendiri ? Aku nak cari calon suami sendiri ? Haha.. lawak !
Takkan punya aku
nak cari calon suami sendiri. Nak tak nak terpaksa ajelah aku menyerah kalah.
Mungkin jodoh pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik untuk diriku.
Alahai, malangnya siapa yang menjadi calon
menantu pilihan keluargaku itu. Iyelah, aku ni manalah pandai masak.
Masak telur goreng tu bolehlah. Takkan nanti dia nak makan telur goreng
hari-hari ,kot ? Ishh, ishh, ishh...
kesiannya. But why not , aku start belajar masak for the sake of my future soon
with him. Eh, jauhnya aku fikir.
“Takde
apa-apalah. Nanti ajelah . Lambat laun kau akan tahu jugak .” jawabku kepada
Izzati yang sedari tadi tekun memandangku dengan perasaan ingin tahu. Namun,
aku melihatnya seperti tidak percaya apa yang aku terangkan kepadanya.
“Kenapa pandang aku
macam tu ? Betul,aku takde apa-apa. Kau ni , buat aku macam orang bersalah
ajelah,” rajukku.
*******************************************************************
Sebulan sudah
berlalu dan aku sudah pun memberi kata putusku kepada ibu bapaku . Biar mereka
ajelah yang uruskan. Aku reda dengan ketentuan yang ditentukan oleh-Nya .
Mungkin inilah jodoh pilihanku yang terbaik dalam hidupku. Esok merupakan hari
pertemuan aku dengan calon pilihan keluarga . Eh, nak kata keluarga atau mama ?
Hurmm.. mana-mana pun bolehlah.
Awak, jangan lambat sampai . Saya tak
suka orang yang tidak menepati
janji. Lambat, saya batalkan pernikahan kita .
-
Your hubby-to-be-soon-
Nada dering Stand
by Me berbunyi. Aku dengan segera membaca isinya. Eh, mamat ni. Belum apa-apa
lagi dah nak batalkan pernikahan ? Kau ingat aku ingin sangat dengan kau ? Hei,
aku tak inginlah ! Kenal kau pun tidak . Porahh !! Eh, macam mana dia
boleh ada nombor telefon bimbit aku ? Deyyyyy !! dia kan calon suami kau
mestilah ada. Ngok binti ngek lah kau ni.
Haha.. tapi,
bagusnya dia ni ada nombor aku sedang aku ? langsung tak nak ambil tahu menahu
langsung nombor telefon dia . Buat apa aku perlu ada nombor dia ? Aku bukannya
nak telefon atau mesej dia pun.
Dalam aku
membebel seorang diri didalam kereta sebentar tadi, akhirnya aku sampai jua .
Aku melangkah keluar dari keretaku lalu melangkah masuk kedalam . Aku mengambil
tempat yang sudah ditempah khas katanya.
“See. Kau tengok
siapa yang datang dahulu ? Aku yang lambat ke kau ? Suruh datang awal tapi
batang hidung pun tak nampak lagi. Tapi, kejap! Macam mana aku nak nampak
batang hidung dia. Aku pernah kenal dia pun tidak. Hehe... tapi, apa yang aku
tahu dia memakai baju sama warna denganku. Katanya senang mahu kenal. LoL!
Statement takleh blah langsung.”gerutuku sambil mataku meninjau akan keindahan
restoran serba mewah ini.
Sedari itu, aku
terdengar suara orang memanggil namaku.
“Excuse me. Are
you Mia Adriana Lee ?” aku mengalihkan
badanku untuk melihat siapakah gerangan suara itu. Aku tergamam seketika. Oh Mama !! Mama takde
calon lain ke dalam dunia ni ? Kenapa dia ? Hampir pengsan aku melihat si dia.
“Err.... err....
yes,I am” tergagap-gagap aku menjawabnya. Dia tersenyum . Oii ,pak cik ! kau
jangan senyum lama-lama boleh tak ? Boleh cair hati aku lama-lama. Haish, dia
ni kenapakah ? Ada yang tak kena dengan aku,ke ?
“Hello, awak. Are
you still here ?” aku menyedarkan dia. Dah tak betul ke dia ni ? Tersenyum-senyum
tengok aku.
“Haha... saya tak
sangka yang awak ni calon pilihan keluarga saya. Kecilnya dunia ni. Saya tak
sangka yang awak ni bakal menjadi teman hidup saya sepanjang hayat . Awak ?
Saya ? hehe...” sinisnya. Eh,kenapa dengan dia ? Bunyi macam tak suka aje ?
Kalau tak suka aku jadi isteri dia , beritahu ajelah keluarga dia. Dia kan
lelaki. Senanglah sikit nanti kerja aku nak beritahu keluarga aku pulak!
“Awak? Saya ? Apa
? Saya tak berapa nak faham apa yang awak cuba nak katakan . Atau awak nak
maksudkan yang saya ni pengacau dalam hidup ,kan ? So if that case , why not
awak aje yang beritahu parents kita yang kita ni tak boleh hidup bersama. Clear
! Okeylah, saya balik dulu. Malas saya nak layan awak. Kalaulah saya tahu
orangnya ialah awak, saya takkan datang kesini. Assalamualaikum,” kataku dengan
penuh emosional dengan diiringi airmata.
“Awak... tunggu
dulu. Dengar dulu apa yang saya nak katakan. Awakk........” aku berlalu keluar
dari restoran mewah itu.
Dia menangis ?
Sebab apakah ? Dia terasa,ke ? Ya Allah, apa yang aku sudah lakukan kepadanya ?
Tak boleh jadi ni. Aku mesti pergi berjumpa dengannya juga. Aku tak nak
kehilangannya . TAK NAK ! Ya, aku mengaku . Aku sudah jatuh cinta dengannya
sejak pertama kali bertemu dengannya. Aku tidak tahu bagaimana ianya berlaku
tetapi sejak peristiwa itu, bayangan dia seringkali aku bayangkan . Aku harus
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapaku kerana telah menemukan dan
menjodohkan aku dengannya. Aku merasakan bahawa akulah manusia yang paling
bahagia disaat ini. Syirazi, you can do it !
“Assalamualaikum.
Eh, mana semua orang ? Bikkkkk.... Bibikkkk !!!!” jerit Syirazi memanggil orang
gajinya itu.
“Iya !” laung
bibik dari arah dapur. Dengan gembiranya Syirazi melangkah pergi ke dapur .
Sesampai aje didapur, dia membuka peti sejuk lalu mengeluarkan botol jus oren
dan menuangkan ke dalam gelas.
“Bik,mana semua
orang dalam rumah ni ? Sunyi sepi aje ,” soal Syirazi kepada orang gajinya
sambil meneguk jus oren yang dituangnya sebentar tadi.
“Mama kamu baru
aje pamit sebentar tadi. Dia bilang mahu ketemu sama... err... siapa entah ? ya,
dia bilang mahu ketemu sama bakal besannnya.
Papa kamu seperti biasa ajelah.” Angguk Syirazi sebagai tanda mengerti .
Mama jumpa bakal besannya ? Oh yesss !! Nanti dia balik aku beritahu ajelah
berita ni. Mesti dia gembira dengan berita yang aku nak sampaikan . Eh,
pembetulan. Bukan mama seorang sahaja yang gembira akan tetapi seluruh
keluargaku turut tumpang gembira. Maklum ajelah, raja segala buaya nak kahwin
juga akhirnya. Eh, buaya sangat ke aku ni ? taklah kot.
Pada malam itu ,
“Ma... Pa...
Errr....hurm... macam mana ya angah nak terangkan,” tergagap dia . Mama dan
Papa Syirazi menoleh melihat anak teruna mereka yang sudah menjangkau 28 tahun
ini.
“Eh,kenapa
tergagap ni ? Ada apa sebenarnya anak mama nak beritahu ?” lembut suara seorang
ibu menanyakan kepada anaknya.
“Err... kalau angah beritahu Mama dan Papa
,janji jangan ketawakan,eh ?” apa kena dengan anak aku ni ? Nak ketawa buat apa pulak ?
“Cakap ajelah. Buat
apa kami nak ketawakan anak sendiri. Kan,Yang?” Papa menyampuk.
“Err...
sebenarnya, Syirazi nak kahwin.”kata-kata itu hampir memeranjatkan semua orang
yang ada di ruang tamu itu.
“Weyh,bro. Cuba
kau ulang sekali lagi ? Aku tak salah dengar,kan ? Kau nak kahwin? Dengan siapa
? Nadia ? Iffa ? Sherry ? Azleen ? tak
pun dengan si Myra ?” soal abang sulung.
Eh,abang aku ni.
Bukannya nak sokong adik dia, perli lagilah ada. Huh! Aku taulah yang aku ni
kaki perempuan but at least takkanlah aku takleh nak kahwin kot .
Nadia ? Iffa ? Sherry ? Azleen ?Myra ? Euww..
sorrylah. Dengan minah abysmal tu ? Nak buat bini ? Tak ingin aku ! Bagi
percuma pun aku tak ingin !! TAK INGIN ! Mati hidup balik pun, aku tak inginlah
beristerikan mereka.
“Ish, apa Along
ni. Tak baik cakap adik awak macam tu. Itu jugak merupakan suatu doa seorang
abang kepada seorang adik. Along nak ke adik ipar yang abysmal tu ?”mama
bersuara . Oh yes ! Mama menyebelahi aku . Sayang mama ketat-ketat. Muahhhhh !!
Along menundukkan mukanya kebawah. Hehe...
“Okey,cuba
anak mama yang bucuk masam ni explain
pada mama. Apakah yang menyebabkan anak teruna mama yang seorang ini terbuka
hati nak mendirikan rumahtangga ? Adakah sebab angah sudah berkenan dengan calon mama ?” mama tersenyum
sinis kepadaku. Ish, mama ni macam nak kenenkan
aku aje ? Huhu...
Aku
tersipu-sipu malu. Eh ! yang aku nak tersipu-sipu malu macam anak dara nak kena
meminang ni, apakah ? Hehe.. tapi, cepat sungguh mama aku ni tangkap maksud
tersirat aku , kan ? Mama siapalah ,eh ?
“Betulkah apa
yang mama katakan sebentar tadi ? kalau
begitu, dengan segera jugak mama dan papa pergi meminang dia untuk anak teruna
mama yang seorang ni,” kata mama seraya mengambil remote control untuk
mengalihkan siaran yang pada pendapatnya tidak berapa menarik ditonton.
“Amboi,maaaa.........pasal nak menantu cepat aje , kan ?” Along menyampuk
sekali lagi lalu mengambil tempatnya disebelah aku . Sempat lagi dia menyiku
aku ? Nak duduk tepi aku duduk ajelah. Yang kau nak main siku-siku aku ni ,
kenapakah ?
“ Eh ! apa
pulak kamu cakap macam tu , along . Benda baik mana boleh dilengah-lengahkan .
Takut nanti disambar helang ,” ujar mama sambil matanya melirik kepadaku.
“Ha’ah,
betul tu mama. Apalah along ni, harapkan besar panjang aje tapi hampeh !
Tapi , mama kena tolong angah boleh tak
?” perli aku kepada along. Nah ! ambek kau .Mama mengerut keningnya .
“Apa?”
“Mama kena
tolong angah pikatkan si Mia . Boleh ke tidak ?” tanyaku kepada mama.
What!!!!!!!!!
Terkejut semua
yang berada disitu. Yang paling terkejut beruk sekali , Along .
“wo....wo....wo...
kau biar betul, angah? Nakkan mama tolong pikatkan Mia untuk kau? Playboy macam
kau pun, suruh mama lagi ? since when my younger brother afraid off ?”
Ish,along ni . Kang makan free kick nampak !
“iyelah, angah .
Takkan mama yang nak tolong angah pikatkan Mia . Angah kan banyak sangat
perempuan until you are known as playboy around us. Sorry. Bab memikat ni ,
mama tak nak tolong kamu . Betul tak , Abang ?”tanya mama kepada papa. Lantas,
papa hanya mengangguk sahaja . Perasan aku pada masa ini
adalah.................. entahlah.
“errr....kalau
mama takleh tolong angah takpelah. Nanti akan angah usahakan sendiri. Mama
dengan Papa doakan semoga angah dapat memikat hati Mia , eh ? Okeylah , angah
minta diri dulu . Angah nak masuk berehat jap. Lagipun, angah belum tunaikan
solat Isyak lagi,” pamitku.
Lebih baik aku blah cepat-cepat , nanti
kang tak pasal-pasal dengar ceramah percuma . Papa tu bukannya boleh
sangat, pantang anak-anaknya melengahkan solat sikit mulalah membebel. Nampak
aje luaran pendiam tapi bila datangnya bab-bab agama.... perghhhh !!! superb !
Apa-apa pun aku bersyukur sangat adanya seorang bapa yang amat mementingkan
perihal solat kepada setiap anggota keluarganya.
“Astagfirullahalazim........ apa nak jadi dengan kamu ni , angah ? Macam
mana kamu nak memimpin keluarga kamu
nanti , hah ? Perkara yang mudah pun , kamu melengahkan . Solat itu tiang agama
, kamu tahu tak ? Dah, pergi cepat tunaikannya. Maut takkan menunggu kamu
punya. Cuba bayangkan kalau tetiba aje datangnya malaikat maut datang mengambil
nyawa kamu dan pada waktu kamu tidak sempat lagi menunaikan solat atau lebih
jelas lagi , kamu tidak pernah bertaubat untuk
mengisafinya................................. ” Well, as I thought it as usual.
Dah jelas,kan ?
*******************************************************************
“What? Cuba mama
repeat again . Mia tak bermimpi,kan ?”terkejut Mia tatkala mendengar apa yang
dikatakan oleh Puan Sri Azizah .
Ada orang
datang merisik aku ? Siapakah gerangan
jejaka tersebut ? Aku kenal ke dengannya ? Takkanlah dengan .......... Ish, apa
ni Mia ! Tak KUASA aku nak jadi isteri dia . Isteri kepada BUAYA ? Entah-entah
mamat Lee Min Ho celop tu pun kena paksa kahwin dengan aku jugak entah . Tengok ajelah cara dia layan aku masa
pertemuan dengannya tempoh hari . Entah pada waktu tu dia mahu suruh aku batalkan
rancangan mereka entah ? manalah mungkin dia nak kahwin dengan aku ni . Iyelah,
aku ni manalah cantik seperti girlfriends dia tu . Hurmm......
“Apa yang kamu nak
terkejutkannya itu , Mia ? Betullah apa yang mama beritahu kamu itu. Kamu tak
nak tanya mama , siapakah bakal suami kamu nanti ?”soal Puan Sri Azizah kepada
aku yang sedang seperti memikirkan sesuatu di fikiran . Aku tersedar dari
lamunan . Betul ? Aku menampar pipi
dengan sekuat hatiku . Adushhh !! sakit gilerrr ! Jadi betullah aku tak
bermimpi .
“Siapa dia ? Mia
kenal tak dengan dia ?”laju aku menyoal . Eh ! macam aku setuju sangatlah
dengan perkahwinan ini .
“Amboi , Mia....
dah tak sabar ,ke ? Kot iye pun , sabar ajelah. Dia tak lari mana pun , lagipun
dia yang beriya-iya sangat suruh orang tua dia masuk meminang kamu. Kata
orang tuanya , anak teruna mereka
takut kamu disambar orang nanti jikalau lambat . Mama rasa kamu dah
pernah jumpa dengan dia sebulan yang lepas .” ujar Puan Sri Azizah kepada Mia . Aku menggaru-garukan kepalaku yang
tidak gatal ini .
“Sebulan yang
lepas? Siapa dia ?” desakku untuk
merungkaikan soalan yang membelungi
pemikiranku pada masa ini .
“Aikkk, takkan tak
ingat dah ? Ala, kamu ingat lagi tak pertemuan kamu dengan seorang jejaka yang
muka dia macam artis korea kamu tu .
Siapa entah ? MinHo ?”Puan Sri Azizah
seakan-akan sedang memikirkan nama jejaka artis korea kegemaran anak daranya
itu.
“ Nama dia Lee Min
Ho laa .... apalah mama ni . Takkan itupun tidak tahu . Mia nak merajuklah
macam ni.” Rajukku .
“alolo....merajuklah pulak anak emas mama ni.Takkan itupun sensitif ?
Come on lah. So, macam mana ? Mia dah
ingat ?” soal Puan Sri Azizah lagi yang seakan-akan tidak berputus asa
mengetahui jawapannya yang ingin diberikan oleh anaknya itu.
“Muhammad Fakhrul
Izzat Syirazi itu ke , mama ?” tekaku acuh tak acuh . Papa tersenyum mendengar
tekaan aku itu. Hai, papa... jangan fikir yang bukan-bukan sudahlah.
“Muhammad Fakhrul
Izzat Syirazi ? Amboi, anak mama ni siap hafal nama bakal suami dia lagi . Kalau macam ni senanglah kerja kita selepas
ni kan , abang ?” senyum Puan Sri Azizah. Papa hanya tersenyum aje.
Mama cakap “senanglah kerja kita selepas
ni?” Maknanya betullah aku akan dikahwini dengan mamat Lee Min Ho celop itu
? Oh TIDAKKKKKKKKK !!! aku bermimpi sekali lagi , ke ? Ini tak boleh jadi ni .
Aku kena batalkan jugak !
“Maaf ma, Mia tak setuju dan Mia tolak
pelawaan tersebut. Kalau nak Mia kahwin jugak carilah orang lain but
please....... jangan suruh Mia kahwin dengan Syirazi ,"rayuku
kepada mama . Harap-haraplah dia memahamiku . Kalau tidak
... huh !
“ Jangan harap abang nak lepaskan sayang . No more “awak” “saya” . Sayang panggil dulu “abang” baru boleh abang lepaskan.” tegasnya. Aku cuba membuat muka kesian akan tetapi tidak menjadi .
“No way , mama tak izinkan !” protes Puan Sri Azizah . Aku tergamam . Kenapalah pulak ?
“Tapi ,ma.. Mia tak....”belum sempat aku
menghabiskan kata-kata , mama sudah memberikan isyarat kepadaku supaya mengikut
sahaja . Alahai , apalah nasibku ini ? Yang mamat tu pun satu , dah tak suka tu
buatlah cara tak suka . Ini tak , suruh parents dia masuk merisik aku . Apakah
? Or he has something in his mind ? Mainan apakah yang kau cuba bawaku sekali ?
“Hurmm.. alright, its up to you , mom .
Mia ikut ajelah apa yang terbaik pada mama dan papa untuk kebahagiaan Mia,”
mendatar suaraku. Mama dan papa hanya tersenyum sebaik sahaja mendengar apa
yang aku perkatakan sebentar tadi. Senanglah tu mereka . Entah apalah nasib
yang bakal kuhadapi nanti. Menjadi isteri dia ?
Hari ini merupakan pertemuan aku
bersama si mamat Lee Min Ho celop tu . Entah kenapa dia hendak
berjumpa dengan aku buat kedua kalinya. Adakah dia ingin membincangan mengenai
pernikahan kami yang bakal berlangsung pada minggu hadapan ? Ataupun, dia mahu
memutuskan tali pertunangan kami kerana tidak tahan lagi mengikut perancangan
ibu bapa kami ?
Ya Allah , jika benarlah ianya bakal berlaku Engkau
lapangkanlah dada kedua ibu bapa kami agar dapat menerimanya dengan hati yang
terbuka. Amin....
Aku memakirkan kereta sebaik sahaja
sampai di tempat yang dijanjikan dengannya . Aku merasa hairan dan aneh sekali
. Kenapa dia hendak berjumpa denganku di tempat sebegini ? Ekslusif pulak tu ?
Apa motif dia ? Eh !
Belum sempat aku melabuhkan dikerusi
tersebut , dia terlebih dahulu menarik kerusi itu untukku . Aikk ? Apa kena
dengan dia ni ? Sihatkah ? Atau terlebih makan ubat ? Tak pernah dia buat
sebegitu .
“Thanks,” ucapku kepadanya . Dia
membalasnya dengan senyuman yang memukaukan . OMO ! cair habis aku .
“Apa tujuan awak ajak saya jumpa disini ? Takde tempat lain ke
? ” soalku memecah kesunyian yang menemani kami sedari tadi .
“Amboi, bunyi macam tak nak berjumpa
dengan aku aje ? Tak rindu kat aku ?” dia memandang wajahku sedalam-dalamnya.
Rindu ? yucksss ! tak kuasa aku nak rindu kat kau . Buang masa aku aje .
“Rindu ? takpun. Kenapa ,eh? Awak ada
rindu kat saya ? Haha.. kesiannya orang tu , kita tak rindukan dia tapi dia
rindukan kita . Hidung tak mancung , pipi tersorong-sorang,” ejekku . Sabar Syirazi , sabar . Mungkin dia sedang
mencabar kesabaran kau. Takpe , we just
wait and see . Hari ni jugak aku nak buktikan semuanya pada dia . Getus Syirazi
dalam hatinya.
“Eleh, orang tu . Cakap aje besar . Tak rindukan
kita konon . Kita tak percayalah .” serkap Syirazi .
“Awak tak percaya sudah ! Itu hal awak
. Okay , straight to the point ajelah . Tak perlulah berbolak-balik
pulak . Awak ada apa jumpa saya ? Kalau awak nak membazirkan masa saya , lebih
baik saya balik aje . Ingat saya ni
takde kerja nak dibuat ,ke? Saya ada banyak hal nak diselesaikan . Setakat nak
layan cakap kosong awak tu , lebih baik awak mesej saya aje . Habis cerita !”
geramku.
“Eh ! awak ni kenapa ? takde angin
takde ribut tetiba aje nak marah saya kenapa ? Saya ada buat sesuatu yang
menyakitkan hati awak ke sebelum ni ? Cuba
awak beritahu saya semuanya dengan jelas. Kenapa awak tidak suka dengan
saya ? Kenapa awak tidak suka dengan pertunangan kita ? ” soal Syirazi dengan nada yang agak tinggi .
“ Ya , awak memang ada buat sesuatu
yang menyakitkan hati saya . Dan memang
saya tidak suka akan pertunagan kita . Saya terima pun sebab nak menjaga hati
parents saya dan ianya bukan sebab saya suka dan cintakan awak . Awak nak tahu
apa yang saya tak suka mengenai awak ? ” jawabku dan tidak semena-mena mata
kami bertaut . Aku merasa aneh dan perasaan ini tidak pernah kurasa sebelum ini
. Apakah ia ? Aku tersedar akan perbuatanku itu , dengan pantasnya aku
mengambil telefon pintarku dengan berlagak tidak tahu apa-apa . Dia tersenyum
sinis melihat perlakuanku itu.
“ Apakah ia ? Cuba awak beritahu saya
,” dia mengerutkan dahinya .
“ Sebabnya , awak tu PLAYBOY , PERAH
SANTAN dan ARROGANT ! Orang dah minta maaf pun , awak still dengan sikap
sombong awak . Dah tu , tak pernah
bersyukur dengan apa yang dikurniakan . Awak ingat lagi tak ayat awak katakan
kepada saya “TAK BOLEH ! Ini mata
aku,kalau kau pinjam nanti aku nak melihat gadis diluar sana guna mata siapa” .
Pada waktu itu , saya memang boikot awak! Dan saya fikir , siapalah bernasib
malang menjadi suri hati awak suatu hari nanti. And the day my parents told
me you was that man ... Saya memberontak
! Dengan sikap awak yang mata jalang , kaki perempuan dan sikap awak........”
tak sanggup aku menghabiskan ayatku dan dengan tidak kusedar airmata semakin lebat membanjiri . Belum
sempat aku menyekanya , dia dengan terlebih dahulu menyeka airmataku lalu
berbisik sesuatu di telingaku.
“Shhhh...jangan nangis sayang .Awak tak
perlulah menghabiskan ayat awak tu sebabnya saya tahu apa yang awak ingin
katakan kepada saya . Salah satu daripadanya awak ada berada di sebuah restoran
sebaik sahaja awak selesai membeli novel dan saya tahu awak fikirkan yang
bukan-bukan mengenai saya after that incident . Saya janji takkan membuatkan
awak menangis lagi melihat perbuatan saya .
I promise and I will throw out
all my bad habits because of
you.” Aku tersentuh mendengarnya.
Sayang ? Sayangkah dia kepadaku ? Aku memalingkan wajahku menatap wajahnya demi
mencari kebenarannya . Mata kami bertaut sekali lagi . Dan kali ini begitu lama
. Sehinggalah aku mendengar salah sebuah
muzik kegemaranku barulah tersedar . Dia
meninggalkan aku keseorangan seraya pergi ke hadapan pentas . Eh ! Apa yang dia
hendak lakukan ? Tidak berapa lama kemudian , aku terdengar dia menyatakan
sesuatu .
“ Hi , guys . Tonight I would like to
sing this song to my love and really
hope that she will love it .” sambil matanya melirik kepadaku . Dia nak nyanyi
? Bolehkah ? Lunak sangatkah suaranya ? Hurmm...
Ee sesang malroneun pyo hyeon harsu ga
obseo
Kalsu reok beok cha eo reu neun neo reul hyang han nae ma eum
Ee sesang saem eu reo he ah rir seu ga obseo
Deo hae do deo hae man ga neun kkeutt obsneun nae sarang
Keu nu gu deo
Neo mankeum nal uttkae nareul ulkkae han saram obsseosseo
Na dabjin anhjiman
Eo jik neo ha na man bogo deutkeo shippeun geol
Nae anae neoreul salkkae hageo shippeun geol
Nal barabwa
Naui peum euro wa
You're my every
My everything
You're my everything
Love for you ....
Kalsu reok beok cha eo reu neun neo reul hyang han nae ma eum
Ee sesang saem eu reo he ah rir seu ga obseo
Deo hae do deo hae man ga neun kkeutt obsneun nae sarang
Keu nu gu deo
Neo mankeum nal uttkae nareul ulkkae han saram obsseosseo
Na dabjin anhjiman
Eo jik neo ha na man bogo deutkeo shippeun geol
Nae anae neoreul salkkae hageo shippeun geol
Nal barabwa
Naui peum euro wa
You're my every
My everything
You're my everything
Love for you ....
Aku terkaku mendengar nyanyiannya . Hurmm.. boleh tahan jugak suara dia
ni . Even he cannot sing as well as MinHo oppa but I love it . Mata kami
bertentangan . Entah kenapa malam ini mata kami kerap kali bertaut antara satu
sama lain . Perasaannya aneh sama seperti kali pertama mataku bertaut dengannya
. Adakah ianya CINTA ? Entahlah , aku sendiri tidak tahu akan perasaan itu .
Eonjaena
noege ikyo beon jeoki obseo
Saranghae jimyeon jil seureok nae kaseumeun haengbokhae
Neol hyanghan saranghae yoo hyeogi kani obseo
Manyagae ittageo haedo mannyeonil ttenikka
Himgyeowodo naegyeottae isseojwo
Naui jeonbureul da
Irhneun da haedo neol jikkyo jeul kkoya
Eo jik neo ha na man bogo deutkeo shipeun geol
Nae anae neoreul salkkae hageo shippeun geol
Nal barabwa
Naui peum euro wa
Saranghae jimyeon jil seureok nae kaseumeun haengbokhae
Neol hyanghan saranghae yoo hyeogi kani obseo
Manyagae ittageo haedo mannyeonil ttenikka
Himgyeowodo naegyeottae isseojwo
Naui jeonbureul da
Irhneun da haedo neol jikkyo jeul kkoya
Eo jik neo ha na man bogo deutkeo shipeun geol
Nae anae neoreul salkkae hageo shippeun geol
Nal barabwa
Naui peum euro wa
You're
my every
My everything
You're my everything
Love for you ........
My everything
You're my everything
Love for you ........
Betulkah aku adalah segala-galanya untuk dia ?
Atau ianya hanyalah mimpi belaka ? Bagaimanakah caranya aku
hendak merungkaikan segala-galanya ?
Perlukah aku menyoal dia seperti anggota polis sedang menyoal siasat penjenayah
? Ishh, tak perlulah kot .
I
wanna be everything
Eo jik nae kaseumseok juineun neoppeun ingeol
Naegaen choeum ija majimak in geol
Neol bulreobwa seumsuirttaemada neol
You're my every
My everything
You're my everything
Love for you
I love you
You're my everything...
Eo jik nae kaseumseok juineun neoppeun ingeol
Naegaen choeum ija majimak in geol
Neol bulreobwa seumsuirttaemada neol
You're my every
My everything
You're my everything
Love for you
I love you
You're my everything...
Dia datang kearahku dan melutut ? Ish ,
tak malu betullah dia ni .
“ I wanna be everything for you . I want
you be my last love and be my wife . Will you marry me ? ” aku ibarat orang
yang kena pukau . He purpose me as his wife ? Am I dream ? Hey, wake up , Mia !
You are not dreaming and it is occurred in real life .
Dia berbisik sesuatu “ kenapa ni
sayang ? awak tak sudi menerima saya sebagai husband awak ? Awak takut saya
akan permainankan hati awak sepertimana saya permainkan hati gadis diluar sana
? Don’t be worry my sweetheart . Saya janji saya akan membahagiakan awak dan
melindungi awak seperti parents awak . I love you with my full of heart .Nobody
can replace you in my heart . Only you . Yes , it is true .” dengan nada
romantiknya . Entah bagaimana , aku menerima lamarannya . Adakah aku
betul-betul mencintainya ?
“ Yes ! ” dengan gembiranya Syirazi
memeluk Mia . Akhirnya menjadi jugak rancangannya itu . Walaupun , ianya
mengambil masa yang agak lama untuknya memikirkan namun ianya mendatang hasil .
“Ops ! Siapa beri awak kebenaran peluk
saya ? Nak peluk saya ke nak pegang saya ke nak
apa-apa ke , tunggu minggu depan ,okey ? Sabarlah sikit . Huh! ” aku
meleraikan pelukan itu . Syirazi yang seakan tersedar akan perbuatannya itu
dengan sepantas kilat meminta maaf .
“ Maaflah , terlebih excited pulak !
Hehe.. Minggu depan ,eh ? Tak sabarnya saya . Akhirnya , dapat jugak saya
memiliki awak .’’ senyum Syirazi dengan maksud yang tersirat akan tetapi ianya
dapat dibaca oleh Mia . Otak kuning
punya orang !
******************************************************************
Suasana pada hari ini amatlah berlainan
dengan hari kebiasaanya . Ramai orang membanjiri perkarangan banglo milik
Dato’ Sri Kamal bagi meraikan
majlis pernikahan anak daranya yang seorang itu iaitu Mia Farah Amelia ataupun lebih dikenali Mia
Adriana Lee dikalangan rakan-rakannya yang lain .
“Aku terima nikahnya Mia Farah Amelia
Binti Dato’ Sri Kamal dengan mas kahwinnya RM 150,000 tunai . ” dengan sekali lafaz aku telah
menjadi isteri kepada Muhammad Fakhrul Izzat Syirazi . Dia mencium dahiku bagi upacara membatalkan air sembahyang . Ciuman
yang hangat itu aku dapat kurasakan sehingga meggocakkan jiwaku .
Seusai majlis .........
Aku merasakan ada seseorang sedang memelukku dari arah belakang . Tidak berapa
lama kemudian , aku dapat merasakan ada
sesuatu yang menjalar di leherku dan pelukkan itu semakin kuat . Dia memalingkan
wajahku dan bibir kami bertemu . Begitu lama
dan akhirnya suamiku tercinta seperti membisikkan sesuatu .
“ Terima kasih sayang kerana menerima
abang sebagai suami . Abang berjanji yang abang akan menjaga sayang sebagaimana
abang menjaga nyawa abang sendiri . Abang takkan membiarkan sayang menangis
lagi dan abang yang sentiasa membahagiakan sayang .” arghh ! sungguh
romantik bisikan suaranya .
“Sama-sama. Saya pun nak berterima kasih jugak kepada awak
sebab terima saya sebagai isteri . Saya berjanji yang saya
akan menjadi isteri yang terbaik
untuk awak dan ibu untuk anak-anak kita nanti .” balasku sambil sedaya upaya
melepaskan diri daripada pelukkannya tapi ianya tidak berhasil . Semakin aku
cuba melepaskan diri semakin kuat pelukkanya .
“ Jangan harap abang nak lepaskan sayang . No more “awak” “saya” . Sayang panggil dulu “abang” baru boleh abang lepaskan.” tegasnya. Aku cuba membuat muka kesian akan tetapi tidak menjadi .
“Please…..”rayuku.
“ I won’t !” tegasnya lagi .
“Huh! Abang tak sayangkan Mia
, kan ? Lepaskanlah abang oii… orang nak
masuk tidur dahlah .”
“Jom ! ” dia mendukungku .
Eh ! Hubby aku nak bawa aku pergi mana pulak ? Siap dukung bagai . Dia
merebahkan aku atas katil lalu diikuti dengannya. Haish, lain pula yang
difikirnya . Aku ingat dengan alasan
tu bolehlah aku melepaskan diri tapi
tidak !
“Apa yang abang nak buat
ni ?” soalku dengan lagak bodohnya .
“ Buat anaklah. Sayang
tak nak anak , ke ?”jawabnya dengan selamba badak .
“Amboi, dia….. pasal tu
laju giler . TAK NAK !” jawabku menguji dia .
Terbantut perbuatan Syirazi sebaik sahaja mendengar jawapan isteri
tercintanya itu . Alahai, sabar ajelah.
“ Aikk ? sebelum kahwin hari tu kata “after we got married” , abang boleh buat
apa-apa saja . And now , why I cannot do it ?” rajuknya.
“Alolo…. Comelnya dia
buat muka masam macam tu . Sayang tak
nak selagi abang tak ceritakan “bila abang jatuh cinta dengan sayang ?”
After that , abang nak buat ikut sukalah . Nak buat projek abang sampai esok pun
boleh . I’m yours now .” jelasku kepadanya .
“ Cakap ajelah awal-awal
. Ni tak , abang hampir-hampir nak merajuk dengan sayang tahu ? Jawapannya senang aje . When was the first time I fall in loved with you ? Abang jatuh cinta dengan
sayang sewaktu first met kita di U dulu.
Masa tu sayang kelam-kabut sangat sehinggakan abang yang kacak macam Lee MinHo
pun sayang tak sedar. And bila abang
dapat tahu abang satu kuliah dengan sayang , abang mula tackle sayang tapi hampeh
! sayang buat dunno aje kat abang . But I won’t gave up .
Masa kita met di MPH dulu , abang
sengaja mengambil novel yang sayang pegang tu . At that day , masa abang
keluar dari MPH abang terjumpa kawan kak
Wannie . Kebetulan pula dia baru aje
pulang dari US and she still mencari kerja . Abang planned dengan dia
supaya buatkan sayang jealous dan ternyata sayang jealous giler . Waktu tu abang yakin sangat ! And bila mama
abang set the date , ianya membuatkan peluang abang semakin cerah and
finally , I purposed you as my wife. Clear
?” khusyuk benar aku mendengar penjelasannya. Aku rasa malu apabila
terkenangkan perbuatanku di restoran tersebut . Rupa-rupanya , ianya hanyalah
sebuah rancangan yang kononnya hendak memancingku? Aku mengangguk
perlahan-lahan .
“Oh
ya , before that abang nak sayang tahu yang abanglah hantar mesej kepada sayang
setiap malam . From where I got it biarlah rahsia .
So , shall we ?” dia mengeyitkan matanya .
“ Eeeeiii… gatalnya !”
dia tergamam sebaik sahaja aku yang memulakan terlebih dahulu . Akhirnya , aku
terlelap dalam dakapan hangat suamiku .
Ya Allah, Engkau
kekalkanlah kebahagiaan rumahtangga kami
. Kurniakanlah kami permata hati yang soleh dan solehah . Aku berasa amat
bersyukur sangat kerana diberikan seorang suami seperti dia meskipun dia
bukanlah Lee MinHo yang aku idamkan .
Akhlak dan sahsiah peribadi seseorang boleh diubah dari seorang yang
perangai buruknya kepada baik asalkan mempunyai
kesabaran dan kesungguhan .
P/s : Saya ingin meminta maaf sekiranya cerpen saya ini tidak menyeronokkan
dan ianya dianggap sebagai pembazir masa anda . Sekali lagi , saya minta maaf
sangat diatas cerpen saya yang pertama ini. Segala kritikan anda yang buruk
mahupun baik akan saya terimanya dengan hati yang terbuka serta akan memperbaikinya
. Assalamualaikum J
wahh.. best la cerpen aka nie.. GoodJob (Y)
BalasPadamsy pun minat Lee Min Ho jugak..
Iye ke ? Sederhana jelah. Takdelah setaraf penulis-penulis lain yang sedang mencanak naik. Terima kasih sudah baca. :)
Padam*sudi*
Padam