kakiku Bengkak ? Terseliuh ? Oh TIDAKKKKKKK !!!

      Kaki ni kalau dah bengkak, pergerakan pun agak terbatas. Nak dijadikan cerita, bebaru ni kaki saya bengkak. Mula-mula terseliuh lepas tu apabila lambat nak bertindak .Bila malam, barulah terasa sakitnya. Perggghhhh... Tuhan saja yang tahu.

     Pergi ke klinik, doktor tanya " macam mana boleh jadi macam ni ? ". Nak tahu apa my parents cakap " Projek berjuta-juta sangat, sampai terlangah bendul pun tak sedar. dalam duk sakit-sakit, sempat lagi sambung main handphone dia tu .." huhu.. malu tau :3 rasa macam nak pergi menyorok jauh-jauh .

     Tapi, sebelum pergi ke klinik tu , saya ikutlah beberapa petua orang dulu-dulu . hehe.. 




Jadi, apa yang saya buat bila kaki dah membengkak?


- Pertamanya, carilah halia tua

- Tumbuk halia tu sampai hancur

- Kemudian, alaskan bahagian kaki yang bengkak dengan kain atau tuala kecil yang bersih. "Bandage" pun boleh.
- Letakkan halia hancur tadi pada kawasan yang bengkak dan balut dengan kemas.


Sebaik-baiknya, buat sebelah malam sebelum tidur. Esok pagi barulah buka balutan tersebut. Kalau masih belum surut sepenuhnya, ulangi semula pada malam kedua, ketiga dan seterusnya sampai sembuh. Ok. ;)



Tapi, ada cara lain yang boleh anda cuba jika mengalami masalah serupa. Sama ada bengkak ataupun terseliuh, kedua-duanya boleh applikasikan cara di bawah. Lebih-lebih lagi jika di rumah anda ada pokok Bunga Tahi Ayam. Hehehe...


1. Ambil beberapa helai daun pokok Bunga Tahi Ayam.


Pokok Bunga Tahi Ayam - Wikipedia


2. Ramas daun tersebut dan pupukkan pada bahagian yang bengkak mahupun terseliuh.

3. Kemudian, balut dengan kain sehinggalah bengkak tu hilang.





Ok, setakat sini sajalah ya ! nak pergi berehat kejap.. sakit bengkak kaki ni masih tak baik lagi tau..
         
                               Wassalam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan