Langkau ke kandungan utama

Catatan

CARI SEMANGAT DENGAN LAGU THAI Soo Sah! สู้ซ่า #OSTMYTEE

Assalamualaikum, semua! Sihat ke? Dah lama rasanya aku tak membebel kat sini, kan? Nak kata sibuk tu tak tahulah nak express macam mana. Kalau cakap tak sibuk, orang cakap bohong. Kalau cakap sibuk, orang cakap aku propa. Habis tu nak aku cakap macam mana? 😏 Tambahan pula sejak PKP ni, aku rasa makin bertambah beban. Kalau cerita ni, sah-sah orang cakap mahasiswa lembik. Ini bukan lembik ke manja ke apa tapi internet tak bagi kerjasama especially kuliah dari 8 pagi sampailah 5/6 petang. Setiap kuliah ambil kehadiran, aku ni boleh kira dengan jari berapa kali aku sempat isi kehadiran. Iyelah, tiap kali pensyarah bagi QR Code untuk kehadiran atau password mesti dia loading kemain lama eh. Cukup-cukuplah video kuliah kat Webex je 'lag' takpun freeze lama gila! Kadang tu aku terlepas no pin atau password kehadiran 😂😂 Aku rasa dah setahun belajar odl ni macam-macam ragam pensyarah dengan groupmates aku jumpa. Bohonglah kalau takde options boleh balik ke desasiswa (bahasa mudah or
Catatan terbaharu

MISI MEMIKAT BAKAL MAK MENTUA (REUPLOAD BLOG) - BAB 3

Suasana di kampung halaman Farhana meriah. Cahaya pelita yang dipasang di setiap genap sudut menyinari kawasan yang gelap. Kanak-kanak kelihatan gembira bermain bunga api tidak kurang juga dengan sekumpulan anak-anak muda bermain mercun. Jelas kelihatan seorang gadis memakai baju t-shirt NIKE dan berkain batik sedang duduk melihat suasana itu. Sedang orang lain bertungkus-lumus di dapur menyiapkan juadah untuk rumah terbuka esok, Farhana tidak. Baginya, itu hanya dilakukan oleh orang-orang yang sudah berusia. Masakan dia harus menganyam ketupat? Menaburkan butir-butir beras di dalam bekas anyaman tersebut? Musnahlah tangannya yang halus-mulus ini. Farhana dan dapur tidak boleh bergabung! Kalau bergabung nanti meletopp! Farhana, seorang wanita yang cantik. Tidak  mungkin ia berlaku. Farhana Naqibah, seorang gadis yang peramah, ceria tetapi disebalik sikap peramahnya, terselit sikap panas baran. Sesiapa sahaja yang didapati mencari masalah dengannya secara sengaja mahupun

MISI MEMIKAT BAKAL MAK MENTUA ( REUPLOAD BLOG) - BAB 2

Gila sungguh lelaki di hadapannya ini. Aku yang secomel dan secantik ini hendak dijadikan pembantu rumah?  Oh, tidak !   Mohon kau bawakan kepada aku cermin sebesar mana-mana sajalah yang mungkin, aku mahu kau cerminkan diriku. Tengoklah betapa cantiknya aku. Mata kau itu yang rabun. Ops, bukan setakat rabun tetapi buta! Ya, layak. Kenapa perlu aku pedulikan dia? Dia yang salah, bukannya aku. Salah dia kalau Iphone kesayangan dia tu rosak, bukan aku. Sesuka hati saja menyuruh aku menggantikan kembali. Aku masih teringat lagi akan reaksinya sebaik saja aku berkata sesuatu. Muka seperti harimau nak 'ngap' orang pun ada. Kaki Adrian dipijak tanpa belas kasihan. Auch! " What??! " terkejut bukan main kepalang Ahmad Adrian Rafqi melihat tingkah laku seorang gadis di hadapannya kini. Gadis itu yang bersalah dalam hal ini tetapi dia pula yang kena? Mana perginya budi bahasa yang sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian? Iphone 6plus aku yang jatuh - skri

MISI MEMIKAT BAKAL MAK MENTUA ( REUOPLOAD BLOG) - BAB 1

Kesesakan lalu lintas di lebuh raya menghala ke Bangsar tidak mematahkan keinginanku menuju ke Mid Valley Megamall. Aku pergi dengan satu tujuan - produk penjagaan muka. Ini semua berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh seorang wanita berpangkat "mak cik" pada perkiraanku. Aku kagum melihat akan kulit wajahnya yang putih mulus dan bebas dari sebarang kedutan walaupun usianya sudahpun memasuki akhir 40-an. Celoteh DJ di corong radio sedikit sebanyak membantuku menghilangkan rasa kebosanan sepanjang perjalanan. Sesekali mendengar dia gelak ketawa tanpa sebab. Entahlah, mungkin aku sendiri seorang manusia yang tidak mempunyai perasaan, mungkin? Atau lawak dia itu tidak sampai ke tahap lawak yang sewajarnya diberikan. Seusai itu, lagu Imagination  dari Shawn Mendes bergema. Senyuman mula terukir.  Oh, Shawn Mendes.. Bilakah aku mampu bertemu dengan kau? Oh, there she goes again Every morning is the same You walk on by my house I wanna call out your name I wanna

Novel : MELODI CINTA KITA [ BAB 5]

Berair airmata Engku Danisha mendengar mamanya membebel. Sofa empuk yang didudukinya itu menjadi mangsa melepaskan gelak tawanya. Lawak sungguhlah orang gajinya itu. Tidur sehingga termimpikan Syafiq Kyle? Serius, itu memang lawak! Aku sendiri pun tidak tahulah apa yang ramai tergilakan dia sangat. Kacak sangatkah dia sehingga menjadi idaman malaya? Memang sah mata mereka ini rabun. Ya, R-A-B-U-N.  Ops!  Aisyah hanya memerhati saja anak gadisnya itu. Sudah masak benar dengan perangai Engku Danisha. Entah apa yang lawak sangat, dia sendiri pun tidak tahu. Tangannya ringan menghempap paha anaknya itu. Terdiam seketika Engku Danisha ketika itu. Segera dikalih pandangan bertentangan dengan mamanya. "Apa ni, maa!! Nish tak buat salah apa-apa pun, kan?"soal Engku Danisha kepada mamanya. Dia tidak berpuas hati mengapa mamanya berbuat sedemikian. Mama akan berbuat sedemikian kalau dia ada buat salah. Ya, ingat lagi memori sewaktu mereka tinggal di istana atoknya. Dia terlontar

SALAM MERDEKA!

Adakah jiwa kita benar-benar MERDEKA? Jika ya, mengapa kita masih berprasangka buruk terhadap kaum lain? Jika ya, mengapa perlu hadirnya diskriminasi pada masa ini? Jika ya juga, apakah kita memahami dan mendalami budaya dan adat resam dalam kalangan 'ahli keluarga' di negara kita? Kata #sehatisejiwa .. jika benar sekalipun, apakah kita mengenali kesemua bendera negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak? Tidak pernah terlintaskah di benak pemikiran kita, apakah fungsi 'bacaan ikrar' yang dilafazkan pada setiap hari Ahad/Isnin setiap kali perhimpunan diadakan (terutama sekali pelajar sekolah) ? Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Adakah ia ibarat tin kosong sahaja? Bangkit! Celikkan mata ..dan renung-renungkan sebentar. #NotaUntukDiriSendiri

Novel : Melodi Cinta Kita [BAB 4]

"Betina sial! Tak padan dengan miskin ada hati nak marah-marah aku. Kau ingat kau tu siapa? Dasar tak kenang budi!"dihempas kasar punggungnya ke sofa empuk berwarna merah hati itu. Lengan baju yang disingsingnya tadi dilipat lebih tinggi berserta lengan inner yang dipakainya tadi. Hatinya panas mengenangkan perlakuan kembarnya tadi. Dia datang dengan niat yang baik tetapi disambut dengan kasar.  Kembar yang dahulunya yang banyak membantu dalam segala hal. Kembar yang sering dijadikan sebagai mangsa buli. Ketika di bangku sekolah dahulu, aku selalu saja mengenakan dia. Biasalah, siapa suruh dia lembab sangat. Semua benda harapkan aku berikan  jalan penyelesaian tanpa dia berfikir sendiri. Mana perginya IQ bersambung-sambung apa entah? Hahaha, dasar kembar lembab! Bodoh! "Bik!!! Bibik!!!!"laung Puan Aisyah Maizura dengan kuatnya.  Aduh, mana pergi bibik ni. Pekak ke apa orang tua ni? Aku bayar gaji dia boleh pulak memekakkan telinga? Ni tak lain tak bukan