Langkau ke kandungan utama

MISI MEMIKAT BAKAL MAK MENTUA (REUPLOAD BLOG) - BAB 3


Suasana di kampung halaman Farhana meriah. Cahaya pelita yang dipasang di setiap genap sudut menyinari kawasan yang gelap. Kanak-kanak kelihatan gembira bermain bunga api tidak kurang juga dengan sekumpulan anak-anak muda bermain mercun. Jelas kelihatan seorang gadis memakai baju t-shirt NIKE dan berkain batik sedang duduk melihat suasana itu.
Sedang orang lain bertungkus-lumus di dapur menyiapkan juadah untuk rumah terbuka esok, Farhana tidak. Baginya, itu hanya dilakukan oleh orang-orang yang sudah berusia. Masakan dia harus menganyam ketupat? Menaburkan butir-butir beras di dalam bekas anyaman tersebut? Musnahlah tangannya yang halus-mulus ini.
Farhana dan dapur tidak boleh bergabung!
Kalau bergabung nanti meletopp!
Farhana, seorang wanita yang cantik.
Tidak  mungkin ia berlaku.
Farhana Naqibah, seorang gadis yang peramah, ceria tetapi disebalik sikap peramahnya, terselit sikap panas baran. Sesiapa sahaja yang didapati mencari masalah dengannya secara sengaja mahupun tidak, pasti saja ada peperangan. Jika dibandingakan dia dengan adiknya, Fazril amatlah jauh beza. Fazril seorang yang sopan dan lemah lembut. Sikap kasarnya itu seringkali mendatangkan masalah. Berkali-kali Babanya dipanggil ke sekolah untuk berjumpa dengan pengetua.
"Farhana Naqibah Ahmad Fahmi."
Setiap kali babanya menyeru nama penuhnya, dia tahu bahawa dia sudah tersalah langkah. Tersalah langkah kononnya, sinis hatinya.
"Tell me what you have done! Kali ni Ana nak cakap dia tarik rambut Ana dulu, ke?"perlian suara babanya membuatkan dia berpaling wajah menghadap ke pintu. What I've done? It might be my fault but ... urghh! Kenapa semuanya harus aku dipersalahkan? Aku cuma mempertahankanhak aku. H-A-K! Hak maruah aku daripada ditindas-tindas secara nyata. Perlu ke aku menjawab pertanyaan Baba? Kalau aku menjawab nanti, dikatakan kurang ajar.
Sebaik sahaja pulang dari sekolah, aku terus menghempaskan tubuhku di atas tilam yang empuk. Alangkah indahnya jika hidupku penuh dengan kebahagiaan. Tiada cacian dan hinaan. Apakah dosaku kepada mereka?  Ya, aku kasar. Tapi, itu tidak bermakna hatiku turut kasar. Hati aku rapuh serapuhnya. Aku tidak kuat untuk melawan setiap pandangan menusuk kalbuku. Aku seorang gadis seperti yang lain. Hatiku memberontak. Hatiku seperti tisu. Mudah dicarik-carik dan mengecil lantas hilang bentuk. Mampukah ia dicantumkan semula? Pantaskah aku membiarkan ia daripada terus dirobek?
Baba takkan faham!
Baba tak pernah nak ambil tahu!
Hanya Mek Yam je faham hati Ana.
Jeritku sepuas-puasnya. Malangnya, aku tidak akan puas. Biarlah aku berbicara bersama-sama hatiku. Kenapakah aku tidak ditakdirkan seperti kanak-kanak di hadapanku ini? Riang-ria, ketawa bersama menyambut kehadiran AidilFitri, seolah-olah tidak menggambarkan mereka mempunyai masalah sepertiku. Apakah dengan kehadiran seorang insan bergelar 'ibu' dalam hidup ini akan lebih sempurna? Segala kesulitan dan kesengsaraan yang kuhadapi ini akan berakhir?
"Ana buak gapo menung jauh tu?"rasa sedih yang menyapaku sebentar tadi dengan pantas aku cuba singkirkan.  Air mata yang mengalir diluar jangkaan terus dikesat. Aku tidak boleh sedih. Aku tidak boleh menyalahkan takdir. Semua yang berlaku dalam setiap liku-liku kehidupanku ini telahpun ditetapkan. Andai aku salahkan takdir, itu bermakna aku turut menyalahkan Sang Pencipta.
Secangkir senyuman cuba kuhadiahi kepada wanita itu. Walaupun ia secangkir senyuman yang palsu, sekurang-kurang hatiku lega. "Takde apa-apalah, mek. Ana cuma terfikir kalau kita perbesarkan rumah ni okey jugak, kan?"ujarku dengan yakin. Farhana kenal sangat dengan wanita itu. Itu semua dapat dilihat dari segi lirikan mata wanita tua itu. Begitu mendalam sehingga boleh membaca setiap masalah yang terbuku dalam benak fikiranku.
Dia membesar dengan Mek Yam, sudah pastilah wanita itu tahu semuanya. Segala tingkah lakunya begitulah mudah untuk diteka. 
"Molek benar tu ta..."
"Haaa, kalau gitu nanti Ana royak ko Abe Li suruh ejah,"pintas Farhana. Dia tahu ada sesuatu yang bakal diperkatakan. Bertindak sebelum semuanya terlambat, itulah yang sepatutnya.
Royak ko Abe Li? Hahaha! Mohon rajinkan diri pergi ke Kota Bharu. Oh, tidak! Kau fikir Pasir Mas ke Kota Bharu tu lima minit? Itu belum tentu jalan tidak sesak, dibuatnya jalan sesak? Kau tengok jelah esok betapa sesaknya. Hampir dua ke tiga jam boleh tersangkut dalam kesesakan tersebut. Siap boleh makan, tidur dan main games dalam telefon. Games - telefon. Ya, aku telefon jelah Abe Li. Kenapa bengap sungguh aku pada malam ini?
Kain batik yang tersusun elok itu dibetulkan sedikit. Farhana memperkemaskan ikatan itu sebelum mengambil telefon bimbitnya Samsung A7 yang bersebelahan dengannya. Mek Yam menggeleng saja melihat gelagat cucunya itu. Farhana menghidupkan telefonnya sebelum  menekan punat Home mencari nama "Abe Li" di dalam senarai kenalan.
Sekeping kad keluar dari phone case. Farhana mencapai kad tersebut, dibelek berkali-kali dengan penuh tanda tanya. Kad siapa pula aku selitkan disini? Tak pernah dalam hidup aku selitkan sesuatu benda dalam phone case ini.
Ahmad Adrian Rifqi? Adrian mana pula dah ni. Farhana memandang Mek Yam di sebelahnya dengan menunjukkan kad tersebut. Hanya gelengan kosong.
"Mek masuk dale dulu deh.. Ana duduk molek-molek.. jago adik-adik. Sokmo main bede dop ingat dunia.."huluran tangan disambut mesra oleh Mek Yam. Diangkat punggungnya perlahan-lahan sebelum bayangnya hilang menuju ke bahagian dapur barangkali, getus Farhana.
BE MY MAID, IT'S ENOUGH. YOU DON'T HAVE TO PAY ANY SINGLE CENT TO ME.
Mulut Farhana terkumat-kamit membaca ayat di bahagian belakang kad itu berkali-kali. Digaru kepalanya yang tidak gatal. "Eh, aku ada mohon mana-mana jawatan di Agensi Pembantu Rumah ke? Tahulah aku sengket tapi takkan begitu sekali aku mencari jawatan? Jap! Memang sah-sahlah aku tak perlu bayar duit sesen pun, dah nama pun aku kerja dengan kau. Kaulah yang perlu bayar. Urgh!"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.