Kesesakan lalu lintas di lebuh raya menghala ke Bangsar tidak mematahkan keinginanku menuju ke Mid Valley Megamall. Aku pergi dengan satu tujuan - produk penjagaan muka. Ini semua berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh seorang wanita berpangkat "mak cik" pada perkiraanku. Aku kagum melihat akan kulit wajahnya yang putih mulus dan bebas dari sebarang kedutan walaupun usianya sudahpun memasuki akhir 40-an.
Celoteh DJ di corong radio sedikit sebanyak membantuku menghilangkan rasa kebosanan sepanjang perjalanan. Sesekali mendengar dia gelak ketawa tanpa sebab. Entahlah, mungkin aku sendiri seorang manusia yang tidak mempunyai perasaan, mungkin? Atau lawak dia itu tidak sampai ke tahap lawak yang sewajarnya diberikan. Seusai itu, lagu Imagination dari Shawn Mendes bergema. Senyuman mula terukir.
Oh, Shawn Mendes.. Bilakah aku mampu bertemu dengan kau?
Oh, there she goes again
Every morning is the same
You walk on by my house
I wanna call out your name
I wanna tell you how beautiful
You are from I standing...
Skrettt!!!
"Oh, Shawn Mendes ku kena langgar! Langgar masuk dalam hatiku eh, silap. masuk hospital!"latahku serta-merta.
Tayar keretaku berbunyi. Nasib baiklah sempat brek. Kalau tidak?
Tak tentu pasal aku jadi pembunuh tadi. SEORANG GADIS AYU TELAH MEMBUNUH SEEKOR KUCING LIAR. Jatuh reputasiku ini! Kucing oh kucing, kau pun nak pergi ke Mid Valley jugak, ke? Kau nak pergi beli apa? Kau jangan kata kau mahu membeli produk kecantikkan juga seperti aku. Eh, apa kau mengarutkan ini, Farhana? Kucing dan produk kecantikkan ibarat langit dan bumi. Tidak setanding antara satu sama lain.
Aku perlahankan kelajuan Suzuki Swift putihku. Mataku begitu peka setiap kali melalui setiap kotak parkir di tingkat bawah sehinggalah aku mendapati ada sebuah kereta Alza hendak keluar dari kotak parkir tersebut. Alhamdulillah, rezeki aku menemuimu wahai, L' Occitane En Provence sayangku! Jodoh kita berdua memang kuat. Hanya Allah saja tahu perasaanku ketika ini. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Pucuk dicita ulam mendatang! Sayang kau, Alza! Okey, Farhana dah sewel.
"L'Occitane, L'Occitane, L'Occitane oh L'Occitane. Dimanakah keberadaan dirimu wahai kekasih hati.."bagai rusa masuk ke kampung, itulah Farhana pada ketika ini. Maklum sajalah, ini merupakan kali pertama dia mencemar duli ke tempat sebegini. Kebiasaannya, dia hanya pergi menghabiskan gajinya di Alamanda itu tempat yang paling mahal sekalilah dia jejak.
Sudah puas dia mencari tetapi masih tidak kelihatan juga 'outlet' tersebut, dia tekad. Sesi soal menyoal. Maknya ada berpesan jika malu bertanya maka sesat jalan. Ada benarnya juga. Bukan setakat sesat jalan, malah membazirkan masa disebabkan keegoaan dan sikap malu itu sendiri. Tak luak mana pun kalau pergi bertanya. Ini untuk kepentingan diri sendiri juga, bukan?
"Yes, I got you!"tergesa-gesa aku masuk ke dalam. Susunan kesemua produk keluarannya sungguh memukaukan. Berjaya memukau mataku sehingga tidak tahu membuat keputusan untuk membeli yang mana satu.
Immortelle Oil Make-Up Remover.
Immortelle Precious Eye Balm.
Divine Cream Mask.
Harmony Cream, Serum..
"Yes, Miss.. What are you looking for?"suara garau menyerpa. Farhana memberi pandangan sinis. Kalau aku tanya dia, tahu ke produk mana yang sesuai? Dari atas sehinggalah ke bawah, aku memerhatinya cuma. Kulitnya putih, seorang yang tinggi lampai dan... kenapa raut wajahnya seperti Robert Pattison? Adik-beradik tiri ke bagaimana?
Mungkin aku boleh mencuba kebolehannya. Mari kita melihat akan pengetahuannya tentang semua produk di sini. "Err.. produk apa ya yang paling bagus sekali untuk penjagaan kulit wajah?"rasa getar di hati seakan-akan mematikan akal panjangnya. Susah benar otak ini mahu berfungsi. Kau nak uji dia tapi kau sendiri pun tak tahu-menahu apa-apa langsung. Hahaha!
"I should prefer you to use this product. Shea Light Comforting Cream.."ujarnya seraya membawa aku menuju ke suatu sudut. Krim yang berwarna putih itu jelas kelihatan sekiranya dilihat dari luar - lut sinar. Dengan penuh yakin, dia memberikan kepadaku botol tersebut. Aku membuka penutupnya, baunya sungguh harum. Wangian yang sungguh mempersona.
"Since saya lihat muka pucat Cik ni, you better try this out. I sure you will love it as much as you love Shawn Mendes."
"What's the function? And, why you preferred it than Shea Butter Cleansing Milk?"
"Cik tengok sajalah kulit Cik sendiri. Sudahlah pucat, kemudian sentiasa kering. Mungkin selepas menggunakan produk ini, saya yakin dan teramatlah yakin bahawa kulit Cik akan kembali lembap selama 2 hari 1 malam. Bukan setakat itu saja, ia akan menghaluskan kulit dan ini secara tidak langsung, muka Cik tak pucat,"pemuda di hadapannya ini seakan-akan sedang menyindirnya tetapi apatah dayaku, sabar. Itulah yang sebaiknya.
Besar, kecil, besar, kecil sajalah aku tengok dia ni. Nasib baiklah kau ni promoter di sini, kalau tidak sudahku cili-cilikan mulut kau! Aku tak pucatlah, dah nasib badanku nak putih macam ni, kau sibuk hal orang dah, kenapa? Luahnya jauh di lubuk dasar hati.
"Alright, I'll take this one..."
"Miss, Cik ni nak beli Cleansing Milk. Letakkan di kaunter pembayaran, ya? Dia akan menyusul kemudian,"belum sempat Farhana menghabiskan ayatnya, lelaki itu sudah memintas. Terkejut bukan kepalang!
Bukan dia pekerja di sini ke? Tapi kenapa dia cakap.. eh, kejap!
Pandanganku saling bersilih ganti. Antara dia dan gadis sebentar tadi. Ya ampun, Farhana!! Kenapa kau buta sangat ini? Tak tahu nak bezakan mana satu pekerja dan mana satu pelanggan pada masa yang sama. Malunya.
"Wait! I'll go with you. Saya nak cepat ni,"
Melopong aku sewaktu hendak membayarnya. Botol sekecil itu berharga... Oh, tidak! Makan pasirlah kau selepas ni, ya Farhana? Terkocoh-kocoh aku untuk keluar dari tempat ini.
Auch!
Kau langgar aku, aku langgar kau. Siapa yang harus dipersalahkan?
"Mata kau letak di kepala lutut ke apa haa minah kerek?! Aku yang kacak ni pun kau tak nampak?"Farhana melihat lelaki itu menunduk ke bawah lantas mengambil telefon bimbitnya yang jatuh tadi. Itulah, nak jalan itu tengoklah ke kiri dan ke kanan, bukannya bergayut dengan telefon tu sampaikan tak sedar diri tu ada di kawasan orang awam, ramai pula tu.
"Kau kacak? Huh! Aku rasakan kau kena cerminkan muka kau dulu sebelum cakap. Lainlah kalau kau tu yang tak nampak aku yang cantik, putih, langsing, hidung mancung dan muka halus ini."Adrian menoleh ke belakang. Nak termuntah mendengar setiap butir percakapan gadis itu.
"I don't even care about it! Tak kesahlah siapa yang kacak atau cantik sekarang ni. Aku nak kau bertanggungjawab! Kalau tak...."
Ulasan
Catat Ulasan