Langkau ke kandungan utama

MISI MEMIKAT BAKAL MAK MENTUA ( REUPLOAD BLOG) - BAB 2


Gila sungguh lelaki di hadapannya ini. Aku yang secomel dan secantik ini hendak dijadikan pembantu rumah? 
Oh, tidak ! 
Mohon kau bawakan kepada aku cermin sebesar mana-mana sajalah yang mungkin, aku mahu kau cerminkan diriku. Tengoklah betapa cantiknya aku. Mata kau itu yang rabun. Ops, bukan setakat rabun tetapi buta! Ya, layak.
Kenapa perlu aku pedulikan dia? Dia yang salah, bukannya aku. Salah dia kalau Iphone kesayangan dia tu rosak, bukan aku. Sesuka hati saja menyuruh aku menggantikan kembali. Aku masih teringat lagi akan reaksinya sebaik saja aku berkata sesuatu. Muka seperti harimau nak 'ngap' orang pun ada.
Kaki Adrian dipijak tanpa belas kasihan.
Auch!
"What??!" terkejut bukan main kepalang Ahmad Adrian Rafqi melihat tingkah laku seorang gadis di hadapannya kini. Gadis itu yang bersalah dalam hal ini tetapi dia pula yang kena? Mana perginya budi bahasa yang sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian? Iphone 6plus aku yang jatuh - skrin retak bukannya dia. Malang sungguhlah suaminya nanti.
"Yes, you are. Encik yang jalan tak tengok ke kiri dan ke kanan, kemudian nak salahkan saya? Takkanlah gadis secantik saya ini Encik tak nampak? Agak-agaklah,"Farhana meninggikan suaranya. Adam yang sedari tadi hanya memerhati drama sebabak tercenggang. Boleh tahan juga minah kerek ni angkat bakul. Nasib badan kaulah, Adrian. Bidas hatinya.
Berpuluh-puluh pasang mata menjadi saksi pertengkaran mereka berdua di hadapan L'Occitane Mid Valley Megamall.
Belum sempat Adam mengangkat kaki berundur dari situ, Farhana bersuara. "Haa, kau buat apa dari tadi tercegat di situ? Kau kenal dia ke?" hilang sudah panggilan sopan tadi. Terus memanggil kau-aku. Walaupun dia sedang bertikam lidah dengan lelaki di hadapannya ini, namun dia masih dapat menangkap susuk tubuh 'promoter' jadian itu. Sakit sungguh hatinya. Sakit dipermain-mainkan. Sakit diperbodohkan dengan begitu senang.
Mampus kau, Adam! Tajam juga anak mata dia ni.
Farhana merenung tajam tepat ke anak mata Adam. "Sudahlah renung anak teruna orang seperti hendak memakan dia. Kau sepatutnya renungkan Iphone aku ini! Bagaimana hendak membayar ganti rugi? Kalau berkemampuan sangat, fikirlah warna apa kau mahu belikan untuk aku nanti, bukannya tengok anak orang macam nak terkam. Gelojoh!"
Hidupnya sebuah Iphone penuh dengan ranjau.
Kehadiran kau menyusahkan semua pihak.
Dengan kau, semua sanggup pentingkan diri sendiri.
Iphone,
Kerna kau juga setiap anak muda tidak kiralah arus rendah mahupun perdana sekalipun, kau membawa suatu beban.
Ya, beban kepada para ibu bapa. Beban dalam memikirkan bagaimanakah mereka hendak memenuhi permintaan anak kesayangan?
Dan, sekarang.. Kau juga mendatangkan beban kepada diriku. Lelaki ini begitu tamak. Tiada perikemanusiaan.
Adrian memasukkan tangannya ke dalam poket seluar skinny jeans nya itu. Dibawa keluar sekeping kertas berwarna  'mustard' dan kemudiannya, menghulurkan kepada Farhana. Terkebil-kebil Farhana untuk menerima pemberian lelaki itu. Farhana membaca maklumat yang tertera di atas kertas itu.
Ahmad Adrian Rafqi. Sedapnya nama dia, sokong hatinya.
Disitu tertera nombor telefon bimbit Adrian. Untuk apakah semua ini? Ini mesti nak beri aku masa untuk membayar ganti rugi, bukan?
"For what kind of?"ujar Farhana yang inginkan kepastian. Memek mukanya serta-merta berubah. Jari-jemari yang runcing itu sudah berada dalam situasi dikoyakkan pada bila-bila masa sahaja.
"Being my maid.."selamba saja Adrian membalas. 
Aku tekad. Aku nekad. Boikot seorang insan bernama Ahmad Adrian Rafqi dalam hidupnya.
Maid? M-A-I-D ! So blind. Aku sanggup bayar ganti rugi daripada menjadi pembantu rumahnya. Laila Alisha, I really need you! Mamat ni cuba nak jatuhkan maruah aku. Dia ingat aku tunggul kayu? Seorang manusia yang tiada perasaan? 
"Being my maid.."sekali lagi Farhana mengajuk ayat Adrian sebentar tadi. Bengang! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.