Berair airmata Engku Danisha mendengar mamanya membebel. Sofa empuk yang didudukinya itu menjadi mangsa melepaskan gelak tawanya. Lawak sungguhlah orang gajinya itu. Tidur sehingga termimpikan Syafiq Kyle? Serius, itu memang lawak! Aku sendiri pun tidak tahulah apa yang ramai tergilakan dia sangat. Kacak sangatkah dia sehingga menjadi idaman malaya? Memang sah mata mereka ini rabun. Ya, R-A-B-U-N. Ops!
Aisyah hanya memerhati saja anak gadisnya itu. Sudah masak benar dengan perangai Engku Danisha. Entah apa yang lawak sangat, dia sendiri pun tidak tahu. Tangannya ringan menghempap paha anaknya itu. Terdiam seketika Engku Danisha ketika itu. Segera dikalih pandangan bertentangan dengan mamanya.
"Apa ni, maa!! Nish tak buat salah apa-apa pun, kan?"soal Engku Danisha kepada mamanya. Dia tidak berpuas hati mengapa mamanya berbuat sedemikian. Mama akan berbuat sedemikian kalau dia ada buat salah. Ya, ingat lagi memori sewaktu mereka tinggal di istana atoknya. Dia terlontar batu ke arah tingkap berhampiran dengan taman mini yang dibina dan dijaga rapi oleh penjaga-penjaga yang telah diupah. Oh, tidak! Sepuluh hari sembilan malam dia berleter tanpa henti.
"Nish, Nish, Nish! Nisha la bukannya Nish. Kamu tu perempuan, boleh tak jangan berlagak nak jadi lelaki."marah sungguh dia dengan anak gadisnya itu.
Engku Danisha memandang kosong mamanya itu.
"Sorry, ma. Nish minta maaf,"perlahan suara Engku Danisha meminta maaf. Dengan saja perkataan 'Nish', Aisyah Maizura mencerlung matanya memandang anak gadisnya itu. Susah benar mahu memperbetulkan anaknya ini.
"Nisha, tolong jaga adab sikit boleh tak? Kamu tu perempuan, gelak mengalahkan anak jantan. Tak ada orang datang masuk meminang nanti. Nak ke kamu jadi anak dara tua ?"Engku Danisha menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Oh, tidak! Dia sudah bermula memasuki topik kahwin. Apa malang sangatlah nasibku ini?
"Bertenang, ma.. bertenang. Nish tak boleh tahan dengan cerita mama tu. Hanya kerana Syafiq Kyle tu? Oh tidak, tolonglahh!! Citarasa yang perlu dipertingkatkan,"aku membuka langkah lantas bangun mendaki tangga menuju ke bilik bacaan. Bilik bacaan dan Engku Danisha berpisah tiada. Disitulah terletaknya kenangan pahit dan manis. Dikala dia kesepian, disitulah tempatnya mengadu kasih. Dikala dia dalam kegembiraan, disitu jualah dia melepaskan segala-galanya.
"Nish! Nish ! Nish! Budak bertuah sungguh! Sudah berapa kali aku menegurnya, namun dibiarkan sahaja. Langsung tidak pernah berubah. Sudah itu, bila aku tegur sikit, ada sajalah dia mahu mengelak. Asyik sangat dia di bilik bacaan itu, seperti ada beribu-ribu ketulan emas," Aisyah menggeleng sahaja melihat tindak-tanduk anaknya itu. Sedikit kesalan timbul dihati tuanya.
Andai anak lelakinya masih ada, sudah pasti Danisha tidak akan begini, bukan? Seorang abang bakal memimpin adik perempuan menjadi seorang insan yang penuh lemah lembut. Seorang gadis yang hatinya berada di dunia dapur. Andai diberi peluang kembali, aku mahu menebusnya. Aku kesal sungguh terhadap perlakuan dahulu. Jikalau masa boleh diundur kembali, aku akan membetulkan segala-galanya. Akan tetapi, aku sedar ia agak mustahil.
Bayangan Engku Danisha hilang dari pandangan mata. Fikirannya ini kembali mengenangkan sikap dingin Aisyah Mastura terhadapnya. Sikap cemas yang dipamerkan oleh dia juga membuatkan diriku tersenyum seorang diri. Ini mesti dia takut rahsianya terbongkar, bukankah begitu?
Terbentang luas kebiru-biruan samudera,
Hembusan angin menyapa cuping,
Duhai hati si penglipur lara,
Apakah dikau mampu bertahan pada masa akan datang?
Ulasan
Catat Ulasan