"Aku...." tergagap wanita yang kelihatan bergaya memakai beg tangan Coach itu.
"Aku... aku apa? tak cukup lagi ke kau buatkan aku dengan anak aku merana?"jerkah Puan Aisyah kepada wanita itu.
Dia datang dan kembali. Setiap kali kemunculan dia ada saja peristiwa musibah yang akan berlaku. Begitu juga dengan pemergiannya. Tiap detik dan kemunculannya yang perisis nasi tambah dalam setiap hal.
"Anak kau? Huh! Kau jangan nak tipu aku, Syah. Sedarlah diri kau yang mandul itu. Cukup baik aku bagi kau jaga anak haram tu!"tersentak Puan Aisyah sebaik sahaja mendengar butir-butir perkataan yang baru sahaja keluar dari mulut wanita itu.
Ya Allah, apakah tujuan si dia ini datang menemui aku? Setelah sekian lama tidak munculkan diri, tiba-tiba saja bercakap mengenai status Aqil Naufal dalam hubungan aku dan anakku ini. Perlukah dia mahu bercakap akan status Aqil Naufal yang sememangnya lahir daripada perbuatan sumbangnya suatu ketika dahulu? Aqil Naufal tidak pernah bersalah dalam kejadian tersebut. Dia hanyalah seorang insan yang tidak tahu apa-apa tika dalam nafsu syahwat Adam dan Hawa sedang bersatu. Bersatu pada jalan yang tersasar jauh dari pegangan agama yang sebenar.
Wanita yang sedari tadi memerhati saja gelagat Puan Aisyah itu menyingsingkan lengan 'inner' yang dipakainya untuk melindungi aurat lengannya terdedah kerana memakai blouse Neelofa itu. Dilibas-libasnya muka dengan tangannya kerana kepanasan.
'what do you expect rumah kampung sejuk ada aircond bagai? huh!'monolog wanita itu.
"Haa.. kenapa kau senyap saja ni. Dah bisu ke lepas aku bagitahu perkara sebenar? Kau lupa atau saja-saja buat lupa? Haih, sedarlah diri tu sikit.. tak padan dengan mandul. Suami pulak ...."
Panggg!!
Belum sempat menghabiskan percakapannya itu,terus saja dihadiahi menampar oleh Puan Aisyah. Biadap. Pada tanggapannya, apa yang dia lakukan itu semuanya benar. Tak ada yang salah walaupun dia itu seorang kaki kelab, kaki botol sehingga menggadaikan maruah tiap kali dalam keadaan mabuk. Betullah, mula-mula serah diri dalam keadaan tak sedar diri, kemudiannya? Bila dah kerap kali melakukan, tidakkah itu mula menimbulkan rasa suka dan seronok?
Persoalannya disini, siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Lelaki itukah yang bersalah kerana menebuk mahkota wanita itu? Atau wanita itu sendiri? Dalam makna kata yang sebenar, kedua-dua belah bersalah. Tak boleh juga menunding salah kepada lelaki jika perempuan hamil luar nikah, sebaliknya salahkan perempuan itu juga.
Ya, dia kenal sangat. Aisyah Maizura seorang wanita yang bebas bersosial. Gaya pemakaiannya yang kian lama kian singkat sehinggalah pada suatu hari dia sendiri melihat wanita itu hanyalah berpakaian singlet nipis berserta seluar pendek persis seluar dalam. Dia dengan beraninya keluar dari rumah dengan memakai pakaian sedemikian tanpa perasaan segan silu. Itu belum lagi melihat setiap malam dia membawa pulang lelaki ke rumah lalu menuju ke biliknya yang letaknya suatu sudut yang begitu sunyi. Tiada sesiapa yang berani menegurnya.
Bagi lelaki, pakaian dan lenggokan gayanya itu seakan-akan membuka ruang atau pintu untuk menyalurkan nafsu binatangnya walaupun dalam istilah 'suka sama suka'. Jika dah mula terkinja-kinja dengan lelaki sehingga ke dalam bilik tidur itu, apakah petandanya? Wahai hawa, jagalah bataskan kamu kerana semuanya bermula dengan diri sendiri. Jauhilah pemakaian yang ditegah dan janganlah sesekali membuka langkah atau kerelaan kerana kamulah pintu kepada kemaksiatan.
"Aqil anak aku! Dia bukan anak haram. Kau kena ingat tu. Kau siapa nak mempersoalkan status anak aku? Kalau kau rasa kau datang ke sini nak memperok-perandakan hubungan kami anak beranak lebih baik kau pergi dari sini. Aku cakap pergi!!" Puan Aisyah meninggikan suara dan mengeluarkan kenyataan bahawa Aqil Naufal ialah anaknya yang sah walaupun pada hakikatnya dia sedar itu semua tidak benar. Dia terpaksa melakukan pembohongan ini kerana dia ternampak bayangan Aqil dari jauh di denai-denai semak berhadapan dengan rumahnya. Jika dia tidak menghentikan sekarang, besar kemungkinan semuanya akan terbongkar. Dia tak nak Aqil mengetahui perkara sebenar buat masa sekarang. Dia sayangkan Aqil bagai anaknya sendiri.
"Kau!!!! Aku datang ke sini secara baik tapi kau layan aku macam ni? Huh! kau tengoklah, aku akan datang balik ke sini. Nak sangat kan aku pergi dari sini, bukan? heyy.. aku memang nak pergilah, buat apa lama-lama disini, sudahlah panas, rumah macam reban ayam pulak tu. Kalau ayam duduk pun aku tak jamin dia akan selamat ke tidak. Dah, aku nak balik,"anak matanya dapat menangkap apa yang dilihat oleh Puan Aisyah sebentar tadi.
'Huh! Takutlah tu rahsia bocor. Entah apalah yang dia sayangkan si anak haram itu.'
"Oh, ya,.... Assalamualaikum. Ingat, aku akan datang ganggu kau lagi!"langkah diberhentikan lalu menghadap ke belakang semula sambil memberi amaran.
Ulasan
Catat Ulasan