Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Novel : Melodi Cinta Kita [BAB 4]

"Betina sial! Tak padan dengan miskin ada hati nak marah-marah aku. Kau ingat kau tu siapa? Dasar tak kenang budi!"dihempas kasar punggungnya ke sofa empuk berwarna merah hati itu. Lengan baju yang disingsingnya tadi dilipat lebih tinggi berserta lengan inner yang dipakainya tadi. Hatinya panas mengenangkan perlakuan kembarnya tadi. Dia datang dengan niat yang baik tetapi disambut dengan kasar.  Kembar yang dahulunya yang banyak membantu dalam segala hal. Kembar yang sering dijadikan sebagai mangsa buli. Ketika di bangku sekolah dahulu, aku selalu saja mengenakan dia. Biasalah, siapa suruh dia lembab sangat. Semua benda harapkan aku berikan  jalan penyelesaian tanpa dia berfikir sendiri. Mana perginya IQ bersambung-sambung apa entah? Hahaha, dasar kembar lembab! Bodoh! "Bik!!! Bibik!!!!"laung Puan Aisyah Maizura dengan kuatnya.  Aduh, mana pergi bibik ni. Pekak ke apa orang tua ni? Aku bayar gaji dia boleh pulak memekakkan telinga? Ni tak lain tak bukan

Sedang

Andai diri ini mampu berkata-kata, Kemampuan apakah? Disetiap pelosok adanya duri, Aku tersepit di antara diam. Signorita tidak diendahkan, Keluasan Venice tidak dapatku gambarkan, Keindahan tidak terkata, Perinya begitu mengasyikkan. Ya Rab, Sesungguhnya aku bersyukur, Pada-Mu aku meminta, Kekalkanlah segalanya.

Luahan

Ada apa dengan cinta? Sedangkan cinta sering membuatkan diriku merana. Mampukah aku melupakanmu? Tika hati dikabus rindu. Mampukah aku melepaskanmu? Dikala jiwa terpaut sayang. Perlukah aku melangkah pergi? Bila cinta mulai bersemi. Biar berkali-kali hati ini diketuk, Tidak mungkinku menyahut, Kerna, Hanya engkaulah pemiliknya yang azali

Perlukah ?

Assalamualaikum dan hai awak semua yang cantik dan kacak! Entry kali ni bukan pasal apa-apa pun tapi cuma nak tanya ajelah. Kalau saya nak sambungkan semua cerpen , mini novel, pantun dan sajak di wattpad boleh tak? Atau perlu bagi saya publish di blogjugak ? Hm.. hm... maybe you gaiss boleh skodeng acc wattpad @farahnadialee disana ya? Atau,.. atau... whatsoever! tak tahu nak cakap apa. Oh, ya.. sebelum ni saya nak beritahulah bahawa Cerpen : Abang Ipar Kaya and My Bubbly Boo sudahpun ditukar tajuknya kepada Suamiku Abang Ipar Kaya di wattpad atau di website Penulisan2u.com atas tajuk Jodohku Abang Ipar?. Okey, ni baru nak bagitahu ni.... Abang Ipar Kaya pada asalnya cerpen telah diupgarde ke versi novel. nak publish satu per satu bab macam kat wattpad di sini atau tidak? Kalau nak .. saya dengan senang hatinya akan publish disini. Sekian, terima kasih.

Novel : Melodi Cinta Kita [ BAB 3]

"Aku...." tergagap wanita yang kelihatan bergaya memakai beg tangan Coach itu.  "Aku... aku apa? tak cukup lagi ke kau buatkan aku dengan anak aku merana?"jerkah Puan Aisyah kepada wanita itu. Dia datang dan kembali. Setiap kali kemunculan dia ada saja peristiwa musibah yang akan berlaku. Begitu juga dengan pemergiannya. Tiap detik dan kemunculannya yang perisis nasi tambah dalam setiap hal.  "Anak kau? Huh! Kau jangan nak tipu aku, Syah. Sedarlah diri kau yang mandul itu. Cukup baik aku bagi kau jaga anak haram tu!"tersentak Puan Aisyah sebaik sahaja mendengar butir-butir perkataan yang baru sahaja keluar dari mulut wanita itu. Ya Allah, apakah tujuan si dia ini datang menemui aku? Setelah sekian lama tidak munculkan diri,  tiba-tiba saja bercakap mengenai status Aqil Naufal dalam hubungan aku dan anakku ini. Perlukah dia mahu bercakap akan status Aqil Naufal yang sememangnya lahir daripada perbuatan sumbangnya suatu ketika dahulu? Aqil Naufal

SESAK

Kuning hijau cinta hatiku, Terima kasih menyusah aku. Pat pat siku lipat, Jangan cepat nanti merana. Amir kata ya, Abu kata tidak, Kau lari sana,  Aku kian sesak. Merah sungguh si buah delima, Hati jangan dilanda delema. Kiri kanan pusung laju, Salam tiada jangan berpusu.

MALAM

Deruan angin menyapa pipi, Kepulan awan mulai melindungi bulan, Bintang berkelipan tiada kelihatan, Begitu jua hatiku merasa. Titisan demi titisan mulai menghiasi, Takungan tidak dapat menampung kini, Hatiku kian bercambah, Menanggung kerinduan. Duhai angin malam, Sampaikanlah rinduku kepada si dia, Katakanlah daku amat menyayanginya, Beribu kesalan aku rasai. Jika malam bisa berganti, Matahari bersinar aku kejari, Siang berganti benci, Malam bersilih rindu. Ego malam bermaharajalela, Nafsu kian mencanak, Perintah Dia diabaikan, Itulah malam millenium.

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.

SAHABAT

Tatkala sinaran bulan menyinari malam, Pabila langit gelap gempita, Hadirnya ia pelengkap keceriaan, Dirimu jua aku harapkan. Jatuh di sambut erat, Ikatan ukhuwwah tiada persengketaan, Andai masa diputarkan, Tidak dapat aku gambarkan. Lampu neon makin galak dihiasi, Pancaran sinaran menerombosi kepiluan ini, Terkejar-kejar tanpa dibiar tercicir, Dikau ada bersamaku. Pabila guruh bersinambung kilat, Pabila ikatan dibadai ombak, Kepercayaan  kian utuh  dan erat, Itulah lambang  sebagai tombak. Andai terpisah, Kiriman salam aku kirimkan, Iringan doa tidak berpisah, Maafkan diriku atas kegagalan.

Novel : Melodi Cinta Kita [BAB 2]

"Kau jangan nak tipu akulah. Jangan nak tuduh anak aku si Samad yang mencuri lembu di kandang?"jerkah lelaki berusia lewat 50-an itu. Aqil Naufal sudah mengagak bahawa itu semua akan terjadi. Biarlah berbuih-buih mulutnya menerangkan cerita sebenar, namun itu semua tidak akan berjaya. Yalah, siapa sajalah yang mahu percayakan kata-katanya ini?  'Kenapa seringkali manusia yang tidak berharta ini ditindas?' Manusia. Mudah sahaja diselebungi oleh harta. Apa-apa saja dapat dibeli biarpun dengan wang. Kalau beginilah keadaannya sampai bila golongan bawahan mahu berada sebaris? Bebas daripada segala tuduhan? Andai kata semua dibolot dan ditakluki oleh golongan atasan, mana hak golongan bawahan untuk hidup sebaris? Rasuah kian berleluasa. Kerana duit manusia buta. Kerana harta manusia sanggup bersengketa, bermusuh dan saling bunuh-membunuh. Mana perginya sikap kemanusiaan? Keadilan? Seseorang yang sedari tadi hanya senyum sinis kepada Aqil akhirnya bersuara. "

Novel : Melodi Cinta Kita [BAB 1]

"Aisyah Maizura..."meleret saja nama dipanggil.  "Kau nak apa lagi dengan aku? Tidak cukupkah apa yang aku sudah berikan kepada kau sebentar tadi?"soal wanita itu dengan berangnya. Putung rokok di mulut  jejaka itu dibuang bersahaja. "Aku tidak pernah puas dengan kau. Selagi kau belum serahkan apa yang aku hendakkan selagi itulah aku akan selalu menggangu hidup kau." ujarnya. Dia mendekatkan diri denganku, semakin jauh aku cuba menjarakkan diri. Belum sempat aku menjauhkan jarak darinya, lenganku direntap kasar. "Bongok! Lepaskan akulah, bodoh! Aku bukan hamba kau."lenganku cuba lepaskan dari genggaman tangannya itu, namun tidak berhasil. "Aku takkan lepaskan sampai bila-bila."bisik Faisal dengan suara romantis. "Gila! Kau memang gilalah jantan sial!!" ***** "Kejar dia cepat.. kejar.. nanti terlepas"berpusu-pusu orang sedang berkejar-kejaran. Di telapak tangan dipegangnya sebilah parang, ada yang m

Novel : Melodi Cinta Kita [PROLOG]

'You are the smile to my face and the beat to my heart' Wajah anaknya direnung dengan penuh kasih sayangnya. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya dalam kesenangan. Jauh dari kesusahan. Segala kelengkapan anaknya itu dipenuhi. Namun, garis-garis kedutan yang terpancar di wajah wanita berusia lewat 40-an itu seakan-akan kesal dengan tindakannya dahulu. "Ibu, kenapa ni termenung.. Ibu ada masalah ke?"soal anak muda itu mendekati ibunya yang kelihatan sungul dan termenung kosong sahaja. Ubun-ubun anaknya  itu diusap lembut, diciumnya tanpa menyinari linangan air mata sedang dititiskan sebutir demi sebutir.  "Tak ada apa, ibu okey."dagu ibu kudongakkan. Tak. Ibu tipu. Ibu ada masalah. Dalam fikirannya mesti ada benda yang difikirnya. Aku kenal ibu. Jika tidak berkenaan ayah, mesti ada sebab-sebab yang lain. Ibu, mengapa sukar sangat untuk menceritakan segala yang terbuku di fikiran, Ibu? Aqil anak ibu. Aqil