Assalamualaikum, semua! Sihat ke? Dah lama rasanya aku tak membebel kat sini, kan? Nak kata sibuk tu tak tahulah nak express macam mana. Kalau cakap tak sibuk, orang cakap bohong. Kalau cakap sibuk, orang cakap aku propa. Habis tu nak aku cakap macam mana? 😏 Tambahan pula sejak PKP ni, aku rasa makin bertambah beban. Kalau cerita ni, sah-sah orang cakap mahasiswa lembik. Ini bukan lembik ke manja ke apa tapi internet tak bagi kerjasama especially kuliah dari 8 pagi sampailah 5/6 petang. Setiap kuliah ambil kehadiran, aku ni boleh kira dengan jari berapa kali aku sempat isi kehadiran. Iyelah, tiap kali pensyarah bagi QR Code untuk kehadiran atau password mesti dia loading kemain lama eh. Cukup-cukuplah video kuliah kat Webex je 'lag' takpun freeze lama gila! Kadang tu aku terlepas no pin atau password kehadiran 😂😂 Aku rasa dah setahun belajar odl ni macam-macam ragam pensyarah dengan groupmates aku jumpa. Bohonglah kalau takde options boleh balik ke desasiswa (bahasa mudah or
Suasana di kampung halaman Farhana meriah. Cahaya pelita yang dipasang di setiap genap sudut menyinari kawasan yang gelap. Kanak-kanak kelihatan gembira bermain bunga api tidak kurang juga dengan sekumpulan anak-anak muda bermain mercun. Jelas kelihatan seorang gadis memakai baju t-shirt NIKE dan berkain batik sedang duduk melihat suasana itu. Sedang orang lain bertungkus-lumus di dapur menyiapkan juadah untuk rumah terbuka esok, Farhana tidak. Baginya, itu hanya dilakukan oleh orang-orang yang sudah berusia. Masakan dia harus menganyam ketupat? Menaburkan butir-butir beras di dalam bekas anyaman tersebut? Musnahlah tangannya yang halus-mulus ini. Farhana dan dapur tidak boleh bergabung! Kalau bergabung nanti meletopp! Farhana, seorang wanita yang cantik. Tidak mungkin ia berlaku. Farhana Naqibah, seorang gadis yang peramah, ceria tetapi disebalik sikap peramahnya, terselit sikap panas baran. Sesiapa sahaja yang didapati mencari masalah dengannya secara sengaja mahupun