Langkau ke kandungan utama

Catatan

Novel : Melodi Cinta Kita [BAB 4]

"Betina sial! Tak padan dengan miskin ada hati nak marah-marah aku. Kau ingat kau tu siapa? Dasar tak kenang budi!"dihempas kasar punggungnya ke sofa empuk berwarna merah hati itu. Lengan baju yang disingsingnya tadi dilipat lebih tinggi berserta lengan inner yang dipakainya tadi. Hatinya panas mengenangkan perlakuan kembarnya tadi. Dia datang dengan niat yang baik tetapi disambut dengan kasar.  Kembar yang dahulunya yang banyak membantu dalam segala hal. Kembar yang sering dijadikan sebagai mangsa buli. Ketika di bangku sekolah dahulu, aku selalu saja mengenakan dia. Biasalah, siapa suruh dia lembab sangat. Semua benda harapkan aku berikan  jalan penyelesaian tanpa dia berfikir sendiri. Mana perginya IQ bersambung-sambung apa entah? Hahaha, dasar kembar lembab! Bodoh! "Bik!!! Bibik!!!!"laung Puan Aisyah Maizura dengan kuatnya.  Aduh, mana pergi bibik ni. Pekak ke apa orang tua ni? Aku bayar gaji dia boleh pulak memekakkan telinga? Ni tak lain tak bukan ...

Sedang

Andai diri ini mampu berkata-kata, Kemampuan apakah? Disetiap pelosok adanya duri, Aku tersepit di antara diam. Signorita tidak diendahkan, Keluasan Venice tidak dapatku gambarkan, Keindahan tidak terkata, Perinya begitu mengasyikkan. Ya Rab, Sesungguhnya aku bersyukur, Pada-Mu aku meminta, Kekalkanlah segalanya.

Luahan

Ada apa dengan cinta? Sedangkan cinta sering membuatkan diriku merana. Mampukah aku melupakanmu? Tika hati dikabus rindu. Mampukah aku melepaskanmu? Dikala jiwa terpaut sayang. Perlukah aku melangkah pergi? Bila cinta mulai bersemi. Biar berkali-kali hati ini diketuk, Tidak mungkinku menyahut, Kerna, Hanya engkaulah pemiliknya yang azali

Perlukah ?

Assalamualaikum dan hai awak semua yang cantik dan kacak! Entry kali ni bukan pasal apa-apa pun tapi cuma nak tanya ajelah. Kalau saya nak sambungkan semua cerpen , mini novel, pantun dan sajak di wattpad boleh tak? Atau perlu bagi saya publish di blogjugak ? Hm.. hm... maybe you gaiss boleh skodeng acc wattpad @farahnadialee disana ya? Atau,.. atau... whatsoever! tak tahu nak cakap apa. Oh, ya.. sebelum ni saya nak beritahulah bahawa Cerpen : Abang Ipar Kaya and My Bubbly Boo sudahpun ditukar tajuknya kepada Suamiku Abang Ipar Kaya di wattpad atau di website Penulisan2u.com atas tajuk Jodohku Abang Ipar?. Okey, ni baru nak bagitahu ni.... Abang Ipar Kaya pada asalnya cerpen telah diupgarde ke versi novel. nak publish satu per satu bab macam kat wattpad di sini atau tidak? Kalau nak .. saya dengan senang hatinya akan publish disini. Sekian, terima kasih.

Novel : Melodi Cinta Kita [ BAB 3]

"Aku...." tergagap wanita yang kelihatan bergaya memakai beg tangan Coach itu.  "Aku... aku apa? tak cukup lagi ke kau buatkan aku dengan anak aku merana?"jerkah Puan Aisyah kepada wanita itu. Dia datang dan kembali. Setiap kali kemunculan dia ada saja peristiwa musibah yang akan berlaku. Begitu juga dengan pemergiannya. Tiap detik dan kemunculannya yang perisis nasi tambah dalam setiap hal.  "Anak kau? Huh! Kau jangan nak tipu aku, Syah. Sedarlah diri kau yang mandul itu. Cukup baik aku bagi kau jaga anak haram tu!"tersentak Puan Aisyah sebaik sahaja mendengar butir-butir perkataan yang baru sahaja keluar dari mulut wanita itu. Ya Allah, apakah tujuan si dia ini datang menemui aku? Setelah sekian lama tidak munculkan diri,  tiba-tiba saja bercakap mengenai status Aqil Naufal dalam hubungan aku dan anakku ini. Perlukah dia mahu bercakap akan status Aqil Naufal yang sememangnya lahir daripada perbuatan sumbangnya suatu ketika dahulu? Aqil Naufal...

SESAK

Kuning hijau cinta hatiku, Terima kasih menyusah aku. Pat pat siku lipat, Jangan cepat nanti merana. Amir kata ya, Abu kata tidak, Kau lari sana,  Aku kian sesak. Merah sungguh si buah delima, Hati jangan dilanda delema. Kiri kanan pusung laju, Salam tiada jangan berpusu.

MALAM

Deruan angin menyapa pipi, Kepulan awan mulai melindungi bulan, Bintang berkelipan tiada kelihatan, Begitu jua hatiku merasa. Titisan demi titisan mulai menghiasi, Takungan tidak dapat menampung kini, Hatiku kian bercambah, Menanggung kerinduan. Duhai angin malam, Sampaikanlah rinduku kepada si dia, Katakanlah daku amat menyayanginya, Beribu kesalan aku rasai. Jika malam bisa berganti, Matahari bersinar aku kejari, Siang berganti benci, Malam bersilih rindu. Ego malam bermaharajalela, Nafsu kian mencanak, Perintah Dia diabaikan, Itulah malam millenium.