Langkau ke kandungan utama

Coming soon ... Cerpen: Cik Bahasa

     Putera hanyalah igauan dalam setiap mimpi ini. Ia tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Kita seharusnya berdiri diatas keupayaan diri. Siapalah aku dimata keluarga kerabat si dia. Biarlah aku seorang sahaja yang memendam rasa. Biar pedih pada permulaannya. AKu yakin suatu hari nanti mungkin hati ini bisa ditakluki oleh insan bergelar lelaki sementelahan mengetahui peristiwa yang berlaku kepada diriku. 


   Aku bukanlah sesempurna mana pun. Tidak memiliki rupa paras yang menawan seperti gadis-gadis diluar sana. Aku hanyalah aku. Aku tidak ditakdir bersama dia. Dia adalah kerabat diraja akan tetapi aku? Hanyalah seorang rakyat biasa. Siapalah yang akan memandang aku ini? Yakin bercampur baur dengan perasaan yang kuat , itu semua tidak akan berlaku. Tidak! Biarpun secara jujur aku katakan, hanya dialah yang telah berjaya menawan hatiku ini. Belum pernah aku mengalami perasaan sebegini. 

   Ya Allah, betapa terseksanya aku menanggung rindu yang tidak akan terbalas. Dalam diam aku berfikir," Perlukah aku berusaha untuk sama-sama darjat dengannya? JIka ya, bagaimana? Aku hanyalah rakyat biasa sedangkan dia? Darah yang mengalir itu adalah berasal daripada kerabat diraja walaupun aku tahu bondanya itu bukanlah berasal daripada keturunan yang sama bahkan bukan warganegara ini secara rasminya. Setelah diambil fikir, bondanya berasal daripada keluarga berada atau boleh diklasifikasikan keluarga berpengaruh di sana. 

  Ah, itu lagi menampakkan betap kerdilnya aku. Aku hanyalah insan yang bertepuk sebelah tangan. Itu semua TAK AKAN TERJADI. Tiada apa yang perlu dihuraikan secara lebih terperinci. Itulah kenyataan dan aku berserah kepada takdir kerana takdirlah penentu segalanya.......



   Dapatkah Tengku Darwish Mikael Darwison dan Nur Nissa Indah Kamaruddin bersatu hati biarpun berlainan darjat dan juga kekurangan yang dimiliki oleh kedua-duanya?


Coming soon .. #CintaHati #CikBahasa

   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

Ayat-ayat Jiwang Karat

sebut saja pasal ayat jiwang karat.. mesti korang ingat aku ni terlalu jiwang sangat n then always falling in love with someone.. actually, you're wrong! exactly , I'm single but available .. one fine day.. you'll noticed it got someone like admirer you.. And dont be shocked if someone want to marry you.. k dahh.. jangan nak dok gatal sangat.. belajar pun  tak habis lagi..dah fikir pasal kahwin?? LOL! kot ya pun tak sabar nak kahwin... tunggulah habis SPM dulu.. after that, u wanna married..?? thats you're problem not mine! back to our topic..  *ayat-ayat jiwang karat ..??* yes, I admit that I love that sentences.. If I have a free time.. aku cuba lhaa buat ayat-ayat jiwang.. until my mom always lecturer me .. nak tau kenapa..???? sebab aku selalu buat ayat-ayat jiwang karat lhaa... n then, aku nak baca novel pun takleh .. nasib baiklah aku ada idea yang bernas... aku curi2 baca novel.. bila mak aku tkda baru aku boleh abca novel.. since in primary school mak aku bag...

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....