Langkau ke kandungan utama

Satu Pertiga KEJAYAAN Berpunca daripada NIAT ???

Ruang niat mempengaruhi hidup manusia amat luas. Ianya meliputi sekurang-kurangnya 1/3 daripada keseluruhan apa yang ingin  kita kecapi.. Ini kerana 2/3 lagi adalah perbuatan dan tindakan untuk melaksanakan niat itu dan ungkapan yang perlu diperlaksanakan. Mungkin korang berpendapat bahawa ianya meliputi separuh ataupun setengah daripada perbuatan yang selanjutnya untuk merealisasikan apa yang kita mahukan.. Betul tak..?? hahaha.. itu bagi pandangan aku lah.. tak tau lah pulak bagi pandangan korang tu.. Harap-harap kita punya pandangan samalah ye :)


Example : niat seseorang untuk menjadi seorang anak yang soleh..Ramai di antara kita yang menginginkan untuk menjadi seorang anak yang soleh,malah memenuhi ruang keinginan dalaman yang bersungguh-sungguh,kan..?? Namun,untuk merealisasikannya pada perbuatan untuk menjadi anak soleh itu terabai. Maka,iannya menjadi angan-angan ..ibarat angan-angan mat Jenin dan bukanlah niat..

Antara lain ,ianya terdapat dua perkara utama yang mempengaruhi cita-cita, imaginasi,angan-angan,perancangan ataupun yang lain yang terkandung dalam niat asal seseorang iaitu :

  • PENGETAHUAN TENTANG MASA HADAPAN                                                                                                                                                                                                                                       Seseorang yang berniat sudah pasti tentang akan perkara yang ingin dicapai olehnya pada masa akan datang,kan..?? Oleh itu, pengetahuan tentang masa hadapan itu penting.Seseorang akan mula berimaginasi yang berasaskan kepada apa yang dia ketahui  .                                                                    Untuk mendapatkan ketulenan keinginan yang benar dan dengan lebih teliti lagi,kita boleh dapatkan pengetahuan yang kukuh tentang apa yang kita niatkan sebenarnya??                                         For Example: kita sebagai pelajar yang sedang menuntut di peringat SPM,sudap pasti ingin bercita-cita untuk ke menara gading ataupunmenyambung pelajaran ke universiti kegemaran kita,kan..?? Begitu juga dengan saya..*harap-harap tahun depan saya boleh melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM...Wish me LUCK,okay! sudahkah kita tahu jurusan apa yang bakal kita ambil ketika melangkah masuk nanti..?? Jika belum..mualah berfikir dari sekarang demi menjamin masa hadapan kita agar lebih terjamin.. jangan biarkan buah pisang berbuah buat kali yang ke-2 ,tau!                Tentang masa hadapan secara umumnya,sebagai seorang muslim sudah tentu kita mengetahui bahawa kita akan mati,ke alam Barzakh dan selanjutnya ke akhirat, Oleh itu, niat umum kita haruslah dikhususkan untuk membina satu kehidupan yang baik di dunia mahupun akhirat kelak :)               
                     Ilmu tentang alam kedewasaan,keperluan ketika dewasa juga harus kita mengetahuinya secara lebih mendalam.Ianya membantu kita untuk membina perancangan yang bakal menjadi sebahagian daripada niat seseorang yang inginkan kejayaan secara berterusan dan lebih bermanfaat.
                     Oleh itu,pengetahuan yang luas tentang masa hadapan sangat penting untuk membina niat yang lebih sempurna.



  •   PERSEKITARAN JUGA MEMPENGARUHI NIAT        

       Tanpa kita sedari dari kecil bahawa persekitaran hidup kita masa kecil membina imaginasi dan cita-cita kita pada masa yang akan datang. In this case,Kita seharusnya bijak memerhati persekitaran dan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya,sehingga kita tidak membina cita-cita ataupun imaginasi yang bercelaru dalam membuat niat.
      Persekitaran kita,lain daripada yang lain..ianya bergantung pada keadaan kita buat masa sekarang.Seseuatu yang pasti, setiap daripada kita berbeza keadaan persekitaraan keluarga.Ada diantara kita yang hidup dalam keadaan susah sehinggakan ada yang merempat di tepi jalan,ada juga orang yang sederhana,dan orang yang berada. Begitu juga,ada antara kita oarang kampung dan orang bandar, dan pinggir bandar,malah dalam kota yang besar. Kesemua persekitaraan itu sebenarnya sedikit sebanyak telah mempengaruhi imaginasi kita secara diam-diam tanpa kita ketahui.
     Selain itu,pengaruh keinginan ibu bapa akan kehidupan masa depan anak-anaknya.Ibu bapa,melalui kehidupan mereka yang tersendiri sejak kecil dan tumbesarannya.Ibu berbeza dengan ayah,datuk dan nenek juga begitu. Oleh itu,cara yang terbaik adalah dengan berbibcang secara baik denga kedua ibu bapa kita tentang masa hadapan kita masing-masing.
      Begitu jugalah halnya,pengaruh rakan sebaya dalam membina niat,cita-cita dan imaginasi.Seseorang yang tidak kuat pegangan agama akan mudah terpengaruh dan tidak kuat pengangan dalam dirinya untuk memberi fokus akan apa yang ingin dia niatkan sebenarnya.
             Begitulah antara lain,perkara-perkara yang mempengaruhi niat kita seharian.


Binalah pengetahuan yang mendalam tentang niat ini,kerana ia faktor besar terhadap apa yang ingin kita realisasikan.

  *I wish you LUCK !


 Sekian.terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.