Langkau ke kandungan utama

Peringkat Nur untuk menyingkap rahsia alam ghaib

Assalamualaikum diucapkan kepada umat Islam sekalian.. Perkara yang hendak saya kongsikan buat kali ini adalah mengenai NUR


Menurut pembahagian, nur itu terbahagi kepada dua iaitu :

1. Nur Lahir (Hissi) iaitu cahaya yang menolong kita melihat sesuatu dengan mata kepala kita sendiri seperti cahaya matahari yang member kita cahaya terang dikala siang.

2. Nur Batin(Ma’nawi) iaitu cahaya yang menolong kita melihat dengan mata hati terhadap sesuatu yang ghaib atau memahami sesuatu hakikat atau pengertian. Nur batin itu terbahagi kepada 8 jenis, iaitu :

a) Nur Al-Iman : Cahaya Keimanan iaitu cahaya sejati yang dapat menembusi segala kegelapan dimana akan ternyata keagungan dan keesaan Allah menyinari hati insane.

b) Nur Al-Qalb : Cahaya Hati iaitu cahaya yang wujud dengan sempurna dengan memperoleh sinaran cahaya dari Nur Al-Iman.

c) Nur Ar-Ruh : Cahaya Ruh(jiwa) iaitu cahaya yang diperoleh dengan sebab kepatuhan yang sungguh-sungguh kepada Allah dan menyucikan peribadi daripada perlakuan liar dan adat resam yang merugikan sehingga ruhnya dapat berhubung dengan Alam Malaikat.

d) Nur An-Nafs : Cahaya Peribadi yang wujud dengan sempurna berikutan dengan memperoleh sinaran daripada Nur Ar-Ruh

e) Nur As-Sirr : Cahaya Rahsia yang diperoleh dengan mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan yang diikuti dengan hubungan kepada Maha Pencipta tanpa selain-Nya sehingga dapat menyaksikan kebesaran Ilahi di Alam Malakut dan Alam Mulk dan Syahadah.

f) Nur Al-Aql : Cahaya Akal yang wujud dengan sempurna dengan memperoleh sinaran cahaya daripada Nur As-Sirr.

g) Nur Al-Quran : Cahaya Al-Quran yang merupakan Nur Allah SWT yang berhubung rapat dengan zatNya yang Maha Tinggi. Hakikat nur ini adalah diserahkan kepada Allah. Cuma diketahui bahawa nur inilah yang menimbulkan Nur As-Sirr dan Nur yang lain-lainnya.

h) Nur Al-Kaysf : Cahaya Singkapan iaitu Nur Al-Quran yang merupakan nur yang paling tinggi dan member kesan istimewa.

Nur ini dapat menggilap cermin hati para insan dengan membaca ayat-ayat suci, zikrullah, juga dengan memakan makanan yang halal, berlaku ikhlas, berpuasa meninggalkan sesuatu yang memesongkan, sentiasa membersihkan diri dan peribadi dengan mengekalkan wudhu dan menjaga segala waktu untuk ketaatan dan berbakti kepada Allah SWT.

Menurut golongan sufi bahawa nur ini memungkinkan mengangkat pandangan kepada Arasy dan Kursi dan menyaksikan segala nur-nur yang indah sehingga terbuka segala rahsia-rahsia alam dan bermacam-macam rupa alam ghaib..





     Sekian ,wassalam:) 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.