Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

MISI MEMIKAT BAKAL MAK MENTUA (REUPLOAD BLOG) - BAB 3

Suasana di kampung halaman Farhana meriah. Cahaya pelita yang dipasang di setiap genap sudut menyinari kawasan yang gelap. Kanak-kanak kelihatan gembira bermain bunga api tidak kurang juga dengan sekumpulan anak-anak muda bermain mercun. Jelas kelihatan seorang gadis memakai baju t-shirt NIKE dan berkain batik sedang duduk melihat suasana itu. Sedang orang lain bertungkus-lumus di dapur menyiapkan juadah untuk rumah terbuka esok, Farhana tidak. Baginya, itu hanya dilakukan oleh orang-orang yang sudah berusia. Masakan dia harus menganyam ketupat? Menaburkan butir-butir beras di dalam bekas anyaman tersebut? Musnahlah tangannya yang halus-mulus ini. Farhana dan dapur tidak boleh bergabung! Kalau bergabung nanti meletopp! Farhana, seorang wanita yang cantik. Tidak  mungkin ia berlaku. Farhana Naqibah, seorang gadis yang peramah, ceria tetapi disebalik sikap peramahnya, terselit sikap panas baran. Sesiapa sahaja yang didapati mencari masalah dengannya secara sengaja mahupun

MISI MEMIKAT BAKAL MAK MENTUA ( REUPLOAD BLOG) - BAB 2

Gila sungguh lelaki di hadapannya ini. Aku yang secomel dan secantik ini hendak dijadikan pembantu rumah?  Oh, tidak !   Mohon kau bawakan kepada aku cermin sebesar mana-mana sajalah yang mungkin, aku mahu kau cerminkan diriku. Tengoklah betapa cantiknya aku. Mata kau itu yang rabun. Ops, bukan setakat rabun tetapi buta! Ya, layak. Kenapa perlu aku pedulikan dia? Dia yang salah, bukannya aku. Salah dia kalau Iphone kesayangan dia tu rosak, bukan aku. Sesuka hati saja menyuruh aku menggantikan kembali. Aku masih teringat lagi akan reaksinya sebaik saja aku berkata sesuatu. Muka seperti harimau nak 'ngap' orang pun ada. Kaki Adrian dipijak tanpa belas kasihan. Auch! " What??! " terkejut bukan main kepalang Ahmad Adrian Rafqi melihat tingkah laku seorang gadis di hadapannya kini. Gadis itu yang bersalah dalam hal ini tetapi dia pula yang kena? Mana perginya budi bahasa yang sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian? Iphone 6plus aku yang jatuh - skri

MISI MEMIKAT BAKAL MAK MENTUA ( REUOPLOAD BLOG) - BAB 1

Kesesakan lalu lintas di lebuh raya menghala ke Bangsar tidak mematahkan keinginanku menuju ke Mid Valley Megamall. Aku pergi dengan satu tujuan - produk penjagaan muka. Ini semua berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh seorang wanita berpangkat "mak cik" pada perkiraanku. Aku kagum melihat akan kulit wajahnya yang putih mulus dan bebas dari sebarang kedutan walaupun usianya sudahpun memasuki akhir 40-an. Celoteh DJ di corong radio sedikit sebanyak membantuku menghilangkan rasa kebosanan sepanjang perjalanan. Sesekali mendengar dia gelak ketawa tanpa sebab. Entahlah, mungkin aku sendiri seorang manusia yang tidak mempunyai perasaan, mungkin? Atau lawak dia itu tidak sampai ke tahap lawak yang sewajarnya diberikan. Seusai itu, lagu Imagination  dari Shawn Mendes bergema. Senyuman mula terukir.  Oh, Shawn Mendes.. Bilakah aku mampu bertemu dengan kau? Oh, there she goes again Every morning is the same You walk on by my house I wanna call out your name I wanna