Suasana di kampung halaman Farhana meriah. Cahaya pelita yang dipasang di setiap genap sudut menyinari kawasan yang gelap. Kanak-kanak kelihatan gembira bermain bunga api tidak kurang juga dengan sekumpulan anak-anak muda bermain mercun. Jelas kelihatan seorang gadis memakai baju t-shirt NIKE dan berkain batik sedang duduk melihat suasana itu. Sedang orang lain bertungkus-lumus di dapur menyiapkan juadah untuk rumah terbuka esok, Farhana tidak. Baginya, itu hanya dilakukan oleh orang-orang yang sudah berusia. Masakan dia harus menganyam ketupat? Menaburkan butir-butir beras di dalam bekas anyaman tersebut? Musnahlah tangannya yang halus-mulus ini. Farhana dan dapur tidak boleh bergabung! Kalau bergabung nanti meletopp! Farhana, seorang wanita yang cantik. Tidak mungkin ia berlaku. Farhana Naqibah, seorang gadis yang peramah, ceria tetapi disebalik sikap peramahnya, terselit sikap panas baran. Sesiapa sahaja yang didapati mencari masalah dengannya secara sengaja mahupun