Langkau ke kandungan utama

CERPEN : CINTA PBS

 I'm gonna live my life
No matter what, we party tonight
I'm gonna li-li-live my life
I know that we gon' be alright
Nada deringan IPhone 6s milik Marina Aliesya memecah keheningan dingin pagi yang disulami kicauan burung pipit peliharaan atoknya. Namun, dia biarkan sahaja deringan tersebut sehinggalah tiada bunyi deringan.
 "Siapalah agaknya yang menelefon aku pada pagi ni. Haih, menggangu ketenteraman aku jelah. Tak tahu ke apa hari Ahad orang nak berehat di rumah?" bebel Marina Aliesya sendirian lalu membuka langkah menuju ke dapur. Beberapa derapan  langkah dia keluar dari bilik itu ke dapur, nada deringan Live My Life itu bergema sekali lagi.
Damn it! Kau tak boleh tengok aku senang sikit ke, hah? Aku baru nak rasa heaven sikit hari ni sebab cuti, takde kelas, tak perlu streskan otak aku dengan subjek Pengajian Am yang  kena  hafal dan faham semua fakta dasar-dasar Malaysia. Arghh!!! Bencinyaaaaaa” dengan langkah longlainya Marina berpatah kembali memasuki biliknya itu sambil sedikit kakinya menghentak lantai rumah papan itu. Eh, bilik aku ke ni? Bukankah aku cuma datang ke rumah atok sebab nak melepaskan rindu? Lantaklah!
“Mar!!! Kamu nak rumah atok roboh ke, hah? Cuba jalan elok-elok sikit, atok kerat kaki kamu tu kang nanti haa,” jerit Tok Amin dari laman luar.
****
“Acuuuu......”dengan tidak semena-mena aku merasakan ada seseorang sedang menerpa lalu memeluk diriku dari arah belakang. Acu? Siapa Acu dia? Aku manalah ada abang atau kakak, setahu akulah, aku anak tunggal dalam keluarga aku. Ke papa aku kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan mama? Aip, papa nak kena dah ni. How could you, papa betrayed mama!
“Ayyan, come here dear. Acu dah takde Ayyan. Ayyan salah orang tu. Meh sini meh kat mummy,”pujuk seorang gadis kepada budak lelaki itu. Namun, bertambah erat pelukan budak tersebut kepadaku. Aku yang sedari tadi hanya menyaksikan aksi pujuk memujuk itu dengan membatukan diri terus bersuara untuk meleraikan segalanya.
“Adik rindu Acu adik eh? Alolo, ciannye dia.Tapi abang bukan Acu adik,” butir-butir jernih dikaca mata budak lelaki itu makin kelihatan dan tidak seberapa lama kemudian tangisan mulai menguasai suasana di pantai. Bertambah gelabah aku dibuatnya. Aduh, apa aku nak buat ni, aku dahlah takde adik kecik kat rumah, nak pujuk bebudak ni manalah aku expert sangat. Keluh kesah aku dibuatnya dan aku mengalihkan perhatian ke gadis yang berada disebelah aku ini.
“Ayyan, stop crying please. Hey , look here my hero. Tengok tu habis tak hensem dah anak mummy ni. Mummy belanja Ayyan Baskin Robbins nak tak?”
“Ayyan nanak aiskrim, mummy!!!!! Jomlah, jomlah, Ayyan lapar,”sekelip mata sahaja mata bundar milik budak lelaki dihadapan aku ini kembali ceria. Aku melihat tanpa kerdipan kearah mereka berdua. Gadis itu memiliki naluri keibuan. Ya, jelas terpancar aku dapat melihatnya.
“Minta maaf kat abang ni dulu, then baru mummy belanja Ayyan aiskrim,”
“Sorry uncle. Eh, abang ensem. Ayyan minta maaf ye salah orang. Ayyan ingat abang encem ni Acu Ayyan. Hurm, kalau abang encem ada jumpa Acu Ayyan bitau Ayyan tau. Ayyan rindu Acu. Papaiii abang encem, Ayyan pergi makan aiskrim dulu ye,”
“Maafkan anak saya kerana menyusahkan awak. Saya pinta diri dulu ye?” terkedu aku mendengar perkataan anak keluar dari mulut si dia. Anak? Sudah kahwin rupanya si dia, padanlah aku nampak naluri keibuan dalam diri dia. No wonderlah! Apalah kau ni, Shafieq.
“Shafieq, jom!”
“Shafieq Aiman bin Azahari Man!!! Kau dengar tak kami panggil kau, hah?” teriakkan daripada rakan-rakanku mematikan pandangan jauh aku terhadap budak lelaki dan perempuan tadi.
“Kau apehal doe? Tak boleh ke panggil aku dengan elok-elok sikit? Bingit tahu tak BINGIT! Naik bernanah aku dengan suara kau, Hadzriq! Haih, padanlah kat sekolah semua perempuan tak suka dengan kau. Cubalah perlahan sikit suara kau tu,” tamparan aku terima daripada Hadzriq. Entah apa-apa aje mamat BINGIT ni. Kadang tu perangai macam perempuan pun ada aku tengok dia ni. Lantak kaulah.
“Ahh, jomlah pergi library cari bahan untuk kerja kursus kita tu. Then, teman aku dan Azizi kejap pergi lawat kawasan kajian aku tu sekali,”anggukan cuma kuberikan kepada mereka berdua. Yalah, dua hari lepas mereka dah tolong aku, takkanlah hari ni aku tak boleh tolong mereka siapkan kerja kursus mereka pulak kan? Apa gunanya sahabat jika tidak saling bantu-membantu. Sahabat bukan sahaja dalam erti kata setia dalam hubungan tidak kira susah mahupun senang, sahabat juga membawa erti keluarga.
“Korang nak pergi library dulu atau site location korang tu haa? Rancang biar strategik dulu, nanti kang kena buat kerja tiga empat kali. Dahlah dengan study entah kemana, selalu menghadap KK je. KK, KK,KK, naik KK aku dibuatnya,”bebel aku kepada mereka. Bukannya sehari dua kenal, malah sejak sekolah rendah laginya. Pokok kata, aku masak benar sangatlah dengan perangai mereka.
“KK apa pulak dah kau ni, Fiq?” soal Azizi sambil mengusap dagunya yang tidak berjanggut itu.
“Kepala Kurap,” aku melajukan langkah menuju ke tempat parkir kereta yang letaknya kurang 100meter dari pantai tadi. Terkejar-kejar mereka dibelakangku ini. Siap boleh shoots filem Hindustan bhaiii. Tak caya? Lantak koranglah!
Kedua-dua lokasi kajian sudah kami pergi. It’s a little bit tough jugaklah dengan nak dapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian dikawasan ini. Nasiblah aku punya kajian senanglah juga. Ya, boleh dikategorikan senang sebab aku cuma menjalankan kajian berkaitan “Jenis-jenis kemudahan yang disediakan dan tahap kepuasan pengguna di Masjid Al-Hidayah”. Masjid je kot? Relaks sudahlah, depan kawasan perumahan aku je kot masjid tu. Hehe.
“Psst.. psstt.. Fiq, kau tengok tu siapa dia? Cantik doe budak perempuan tu. Kau agak-agaklah kan, dia dah ada pakwe ke belum?”suara sumbang si Azizi membisik ditelingaku. Haih, kalau dah dasar Playboy tu memang Playboy jugaklah. Kau letaklah seribu perempuan cantik, kesemuanya dia nak bedal. Pantang nampak yang cantik, berdahi licin, semua menang kat dia.
Telinganya aku piat habis-habisan. Rasakan kuasa Fiqoboy Shafieq Aiman ini. Yaaaaaaaaa!!! Ketawa berdekah-dekah si Hadzriq melihat aksi aku menarik telinga si Azizi ini.
“Kau cakap nak cari bahan untuk KK, bukannya cari koleksi perempuan. Lainlah kalau kesemua koleksi perempuan kau tu boleh kahwin dan menjamin kebahagiaan kau. Be serious please, Azizi. Kalau kau rasa nak buat sambil memain, better kau quit jelah Form 6 aku nasihatkan kau. Buang masa je setahun setengah kau belajar.” Nahhh, hambek kau pabila Kaunselor Shafieq Aiman berbicara.
****
Dua minggu sudah berlalu peristiwa aku menegur Azizi. Dia seakan mulai menjauhkan diri daripada kami berdua dan kelakuannya disini amatlah berbeza. Dengan rakan sekelas yang lain pun dia tidak melawak seperti kebiasaannya. Kesunyian begitu terasa tanpa jenakanya di kelas.
Kringggggg…..
Deringan loceng menandakan waktu rehat sudah kedengaran. Namun, tiada satu petanda pun jelas menunjukkan bahawa salah seorang daripada rakan sekelasku ingin keluar menujuk ke kantin. Tapi itu semua tidak pelik pun sebab itu sudah menjadi tabiat kepada kami. Picnic in the classroom yoww!! Apa ada hal! Cikgu bukannya ambil kesah sangat pun pasal kami budak-budak Prau. Masing-masing mengeluarkan bekal sambil menyiapkan kk.
Damn it! Kk lagi. Mesti korang bosankan asyik dengar pasal KK je sejak tadi. Apa nak boleh buat, aku sendiri pun dah bosan. Menyampah pun ada tapi tak bolehlah menyampah. Ada sebab kenapa KK tu penting. Giler die kalau kau sangkut atau tak siapkan ataupun tak buat KK tu, namateyyyyy? Half of the marks a.k.a our beloved pointer ada kat situ kot? Gagal KK tu maknanya gelaplah masa hadapan sebagai pelajar Form 6.
Pintu kelas dikuak oleh seseorang. Dia. Kenapa perlu munculkan diri disini? Bukankah dia ibu kepada budak lelaki beberapa minggu yang lepas di pantai? Takkanlah dia kahwin disaat usia muda pula? Habis, anaknya campak ke mana? Huh! Itulah, mudah-muda dah pandai buat projek sehinggakan tak tahu membezakan mana satu haram mana satu halal sehinggakan mengandung luar nikah. Allahu, remaja zaman sekarang. Semoga diri dan keluargaku tidak  berada dijauh simpang .
“Siapa di dalam kelas ini bernama Ahmad Azizi dan Shafieq Aiman? Sila berjumpa dengan Encik Abdullah sekarang.”dengan malas aku bangun dan keluar dari bilik darjah lalu ke bilik guru untuk berjumpa dengan Encik Abdullah bersama-sama dengan Azizi.
“What?! Takkanlah macam tu sekali, Sir. Masuk kali ni dah 7 kali  part pengenalan dan lokasi kajian saya dan Shafieq kena reject. Orang lain sudah sampai part membuat Metodologi Kajian dah. Kami ni? Please Sir..”meleret rayuan Azizi kepada guru Pengajian Am itu. Dia sudah tidak larat dan tahan untuk membuat sekali lagi. Kalau betullah kena repeat again tu maknanya kali ke-8! Dan kali keberapa entah beberapa puluh helaian kertas A4 dan dakwat printer sudah dihabiskan sehinggakan abangnya, Amir sudah naik bising.
“ Alahai, dugaan sungguhlah. Ini tak termasuk dengan KK Sejarah lagi. Dahlah proposal dia aku tak siap apa-apa lagi. Buat pun tak tahu, hahahahaha.. Shafieq is right! I’ve to pay my 100% commitment on it not in just playing around flirting with someone else.Kalau beginilah gamaknya, matilah nak oii,”perang Azizi sendirian sambil mulutnya mengomel.
“No, you’ve to do it again! Jangan nak melawan. Kamu nak ke kalau saya gagalkan kerja kursus awak berdua dan…”
“Tak nak, Sir! Alright, we will do it again, Sir. Willing to do that so,” belum sempat guru muda itu menghabiskan kata-katanya itu, aku dan Azizi terus menyampuk.
“Great then, pergi suruh Marina ajarkan kamu berdua kalau mahu bertanya kepada saya. But.. don’t you ever bully her to do it if not..” senyuman sinis diberikan oleh guru muda itu.
Marina, Marina, Marina. Memang takde nama orang lain dah ke boleh tolong? Sama je kot. Alahai, entah apa-apalah, Sir ni. Ngomelan si Shafieq Aiman boleh tahan jugak guysss, mengalahkan nenek-nenek kat kampong sambil kakinya menendang batu-batu kecil di tepi padang sekolah menuju ke Blok Tingkatan 6.
****
Senyuman lelaki tua itu sentiasa membuatkan diriku bahagia. Lelaki tua itulah yang banyak berkorban kudrat membanting tulang 24 jam untuk melihat diriku senang, sanggup melakukan apa-apa sahaja dan memberikan aku sinar bahagia. Namun, senyuman itu sudah tidak dapat aku lihat. Si dia yang sudah pergi menghadap Ilahi, sang Pencipta segala kehidupan dimuka bumi ini. Ajal atau maut semuanya sudah ditentukan,, kita sebagai hamba-Nya dimuka bumi ini hanya perlu bersiap siaga dalam menempuhinya yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja. Mana tahu seminit kemudian atau esok, lusa atau …? Tak ada sesiapa yang mengetahuinya.
Wajah lelaki tua itu hadir lalu menghulurkan tangan kepadaku. Aku menyambutnya dengan perasaan bahagia. Sudah lama aku dambakan wajah lelaki tua itu semenjak pemergiannya beberapa bulan yang lepas akibat Hepatoma tahap ke-4 yang dihadapinya.
“Pa..?”tergagap aku untuk mengeluarkan kata-kata. Ia merupakan satu impian yang sudah lama aku inginkan sebelum ini dan pada ketika ini, ia dimakbulkan. Lelaki tua itu hanya tersenyum sahaja mendengar suaraku memanggilnya.
“Pa, kenapa papa pergi meninggalkan Icha. I miss you so bad, pa. Miss you.. Icha nak papa balik. Icha janji akan dengar cakap papa dan takkan pergi ke tempat tu diluar pengetahuan papa. I am so sorry, pa. Icha berdosa sangat pada papa. Bodohnya Icha pada masa itu. Icha menyesal. Menyesal sangat ,”luahku dengan rasa kesal. Betapa jahilnya jika aku mengimbau kembali peristiwa sehingga menyebabkan peristiwa hitam itu berlaku.
Stop crying,my princess. You have to be strong. I know you could handle and get through it. Mama is there with you. Jaga mama elok-elok, sayang. I am no longer there nak pantau semuanya. My princess makin bertambah cantik. Study hard dear, makes mama proud of you, jangan lupa solat dan jangan mudah berputus asas mengejar kejayaan,”lelaki tua itu mengusap ubun-ubun rambutku biarpun diriku memakai tudung ketika ini, namun aku dapat merasainya dengan jelas dan tidak seberapa lama kemudian, bayangan lelaki tua itu menghilang dan aku….
“Paaaaaaaaaaaaa.. where are you, pa? Papaaaa! Papaaaa!”jerit aku dan tanpa disedari aku merasakan bahuku disentuh oleh seseorang. Aku cuba mengalih dan melihat siapakah gerangannya namun ia kabur.
Renjisan titisan air dapat aku rasakan. Haih, siapa yang renjis aku pulak ni? Tak senang duduk betullah tengok aku sedang bahagia. Tak tahu ke aku terharu dan rindukan si dia. Feeling like I’m gonna guns that SHIT!
“Bangun kau! Kerja nak tidur je. Mak bapak hantar pergi sekolah untuk belajar bukannya buat taik mata. Nahhh.. buatkan untuk aku, semua bahan aku dah sediakan. Kau cuma buatkan je. Make sure benda tu kau hantar kat aku ESOK! Aku ulang sekali lagi, ESOK. E-S-0-K! Kalau tak, siaplah kau,” jerkahan suara seseorang membangkitkan aku dari alam mimpi. Kau apehal doe, mamat kepoh? Kerja kau nak suruh aku buat. Tinggalkan kerja kau atas meja aku, lepastu blah macam tu je.
Tunggulah, kau!!!! Ada hari ada batas, ada hari akan kubalas. Jangan main-main dengan Marina Aliesya binti Ahmad. Bebal aku seraya memerhati keadaan sekeliling kelas. Eh, mana semua orang? Jam ditangan aku kerling,
2.50 p.m
What? Gilalah aku ni boleh tertidur. Lama pulak tu. Kalau tak silap dua waktu terakhir kerana guru Pengajian Perniagaan menghadiri mesyuarat. Aku segera mengemas kertas latihan Reading MUET yang kubuat sehingga terlelap sebentar tadi. Mataku terpandang sesuatu disebelah mejaku.
KUNCI! Mataku memandang kearah pintu. Alhamdulillah, nasiblah korang masih perasan akan kewujudan aku dalam kelas ni. Kalau tak, matilah aku nak tunggu korang datang sekolah dua hari kemudian. Sudahlah hari ini hari Jumaat, kalau Isnin ke Rabu ke takpelah jugaknya. Aku sanggup lagi sebab masih ada baki bekalan roti gardenia RM0.85 sen berperisa semestinya COKLAT! My peberett ever you all. Hehehe. Air habis takpe sebab dalam kelas sudah ada air dan aku cuma perlu panaskan dia dalam sweetie pie electric kettle tu je. Serbuk Nescafe, Kopi, Milo masih ada banyak. Eh, banyak pula aku membebel. Ayuh, kita pulang ke RUMAHKU SYURGAKU!! Mesti mama tengah risau anak daranya ini tidak balik ke rumah lagi, kan?
****
“Shafieq Aiman! Apa benda yang awak cuba lakukan ni hah? Cubalah serius sikit buat KK ni. Kalau beginilah caranya, jangan harap pointer keseluruhan STPM awak akan elok. Ini belum campur dengan hasil pelajaran untuk peperiksaan Semester 2. Kamu repeatlah kertas Pengajian Am setiap sem sekalipun, kalau KK kamu gagal, takde maknanya juga. Dah, keluar kamu dari sini,”kesal Encik Abdulullah dengan perlakuan anak murid harapannya terhadap kerja kursus yang perlu dilakukan.
Dalam masa yang sama, disebalik pintu Bilik Guru tersebut, kelihatan kelibat seorang gadis sedang mengintai sambil ketawa terkekek-kekek.
HAHAHAHAHAHAHA! Rasakan kau, Shafieq Kepoh! Kau nak bermain api sangatkan dengan aku? Nahhh, hambek! You deserved it.
Sementara itu…
“Tagunaaa kau, Mar! Kau pergi hancurkan KK aku dah kenapa? Tunggulah kau kejap lagi aku pergi ke kelas kau. Arghhh!!”bentak hati Shafieq.
Kakiku langkah menuju ke kelas sebelah. Perasaan marah kian membara didalam hatiku. Sungguh mudah dia ambil terhadap KK yang aku suruh lakukan. Dia fikir KK aku tu sampah? This shit gonna pay a piece of shit she had done.
“Marina Aliesya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kau keluar cepat, SEKARANG!”jeritku kepada gadis itu yang kulihat sedang diulit mimpi indah barangkali. Shit! Kerja kau tidur je kan? Hari tu pun kau tidur, hari ni pun sama?
Pappp! Tamparan dilayang ke bahu.
Terpisat-pisat Marina cuba membuka matanya. What the hell is going on? Oh, you are so BULLSHIT,man! Dia memandang sekeliling dan kesemua rakan sekelasnya termasuklah kelas sebelah melihat kejadian tersebut.
“Kau apehal doe? Takde angin takde ribut kau tampar aku. Who are you have a right in doing this SHIT on me? Mama dan papa aku pun tak pernah naikkan tangan, inikan pula KAU, BULLSHIT!” berang Marina terhadap perlakuan tersebut. Marina seorang yang pantang dicabar dan panas baran jika seseorang dengan melulunya datang mencari gaduh dengannya. Sekali dia marah, habis segala mak nenek perkataan keluar dari mulutnya.
“BULLSHIT kau panggil aku? Hey, perempuan! Kau yang mulakan dulu permainan ni dan sekarang kau kata takde angin takde ribut aku kacau kau ye? Sedarlah diri sikit dasar perempuan murahan. Kau ingat aku tak tahu kau tu siapa? Padanlah kau jadi macam tu sebab mak bapak kau tak naikkan tangan dengan kau. ESPECIALLY BAPAK KAU! Huh! Ayah yang dayus. Apa kau dah buat haaa dengan KK aku?”tersentak Marina tatkala mendengar sindiran dan kata-kata pedas yang keluar dari mulut jejaka dihadapannya itu.
“Get out from my classroom! I said GET OUT! Kau takde hak nak judge aku dalam semua hal. Kau tu siapa? Abang aku? Suami aku? Huh! Diri sendiri pun masih terumbang-ambing. KK sendiri pun suruh aku buat. Oh,ya.. KK kau aku buat apa? Lantak akulah nak buat apa-apa pun. At least aku buat jugak daripada dibiarkan kosong? And now, PLEASE GET OUT FROM MY CLASS. NOW! I don’t want to see your face anymore,” habis semua barangan yang berada berhampiran dengan  Marina habis dibalingnya termasuklah barangan milik rakan-rakan sekelasnya. Semua yang sedang menyaksikan perlakuannya ketika itu tergamam kerana semua itu adalah diluar jangkaan. Tidak pernah mereka melihat Marina mengamuk sedemikian.
Shafieq yang sedari tadi tersenyum sinis turut tergamam dan terpaku dengan perlakuan Marina. Dia tidak menyangka sama sekali ia akan berlaku. Perasaan serba salah mula menakluki diri ini tatkala melihat hadirnya titisan yang cuba disembunyikan oleh Marina.
Apakah kata-kataku ini merobek hatinya? Betul apa yang aku katakan tadi. Perempuan murahan! Masakan tidak sudah mempunyai anak lelaki disaat usia 19 tahun.
****
Banggg!!
Bunyi hempasan pintu dari arah tingkat atas mengejutkan Puan Malisa yang sedang beristirehat di laman rumah.Segera dia beristighfar dan menenangkan hatinya dan dalam masa yang sama fikirannya melayang memikirkan akan perangai anaknya sebentar tadi. Apa yang sedang menganggu fikiran anaknya di sekolah hari ini? Dia masak benar dengan perangai Marina. Seorang gadis yang sukar untuk marah namun kemarahan dia akan meletus sekiranya ada sesuatu yang mencabar dan menyakitkan hati dia. Majalah Mastika ditangan Puan Malisa diletakkan, kerusi besi itu diseret ke belakang lalu mula mengatur langkah memasuki rumah bangle tiga tingkat hadiah bersempena Ulangtahun Perkahwinan yang ke-10 oleh arwah suami tercinta.
Arghhh!!! I hate you so much! Go die now, BITCH! I am nothing to do with your life, bitch. Mind your own business than mine. Did you think you’re good enough in advising me? JUST GO TO THE HELL!” makin kuat jeritan Marina dan semua barang yang berada diatas meja solek itu direntap dengan rakusnya. Bagai orang dirasuk makhluk halus ketika itu. Puan Malisa yang ketika itu sedang menutup pintu utama bergegas naik tanpa memikirkan apa-apa.
Kriukk…
Pintu bilik Marina dibuka dan dia terkejut dengan keadaan yang dilihat olehnya ketika ini. Berselerakan! Sekilas dia memandang kearah katil, habis bersepah baju dalam almari dibawa keluar oleh anaknya dan kabus-kabus bantal turut jelas kelihatan.Kemudian, matanya ligat mencari kelibat anaknya namun tidak kelihatan hinggalah dia menjumpai sekujur tubuh diatas lantai marmar berhadapan dengan meja solek. Dengan segera dia meluru kearah Marina dan hati tuanya terkejut dan tidak menjangkakan benda yang berada dalam gengaman anaknya itu. Pil tidur? Sejak bila anaknya mula berjinak dengan pil tidur balik ini? Seingatnya kali terakhir Marina mengambil pil tidur adalah ketika berusia 15 tahun, itupun atas nasihat doktor.
Tubuh Marina terkulai begitu sahaja.
Astaghfirullahaladzim, apa dah jadi dengan kamu, sayang. Bangun nak bangun, jangan buat mama susah hati macam ni. Cukuplah mama menderita dan kesunyian diatas pemergian papa kamu beberapa bulan yang lepas.Rintih hati Puan Malisa melihat keadaan Marina. IPhone 6s miliknya dicapai dan jari-jemarinya menari mencari nombor seseorang untuk meminta bantuan.
“Bell, kamu sibuk tak? Datang ke rumah aku sekarang jugak! Please, this is urgent. About death and life someone. Please Bell, please NOW! I’ve nobody else in helping me. I’ll wait you,”cemas suara Puan Malisa menelefon sahabatnya untuk meminta bantuan. Bukan dia tak ada lesen kereta namun faham-faham jelah hari ni hari lahir Puan Malisa, untuk dipendekkan cerita “due date lesen dah expired” hahaha.
Sementara menunggu, Puan Malisa mencuba pelbagai cara untuk menyedarkan Marina. Beberapa renjisan air dihadiakan kepada anaknya itu namun ia tidak membuahkan hasil. Tidak seberapa lama kemudian terdengar bunyi hon diluar kawasan rumah. Kelihatan Subaru Impreza WRX STI dihadapan pagar bangle tiga tingkat itu. Puan Malisa bergegas keluar sambil memapah Marina keluar dari rumah menuju kearah kereta tersebut. Kelihatan seorang jejaka berkulit cerah dan berketinggian agak-agak 178cm keluar dari kereta tersebut dan pintu masuk sebelah tempat duduk pemandu dibuka seraya membantu Puan Malisa yang sedari tadi memapah Marina.
“Maaflah aunty, mama tak dapat datang. Dia suruh saya gantikan dia datang ke rumah aunty. Katanya ada hal mustahak. Menggelabah mukanya masa aunty call tadi tapi dalam masa yang sama butik mama ada masalah yang nak kena settle,”ujar jejaka itu yang tidak lokek dengan senyuman sedari tadi. Anggukan dibalas oleh Puan Malisa kepada jejaka tersebut. Ditutup pintu kereta tersebut dan dia memaling langkah ke belakang lalu menuju masuk ke dalam rumah. Semasa pintu dikuak, jejaka tersebut memanggil Puan Malisa dan mematikan langkahnya untuk terus memasuki rumah.
“Aunty, jomlah!” teriak jejaka itu kepada Puan Malisa.
“Takpe, Rizal pergilah dulu. Aunty menyusul kemudian. Aunty nak pergi ke renew lesen aunty jap. Takut apa-apa jadi pulak lepas ni, aunty terpaksa menyusahkan kamu sekeluarga sekali lagi,”balas Puan Malisa sambil langkahnya terus diaturkan memasuki rumah.Sebaik mendengar kata-kata Puan Malisa tadi, kereta Subaru Impreza WRX STI meluncur laju keluar dari perkarangan banglo tiga tingkat tersebut dan menuju ke hospital berhampiran.
Pada saat itu, mereka tidak perasan bahawa ada seorang lelaki sedang bermain dengan perasaan ketika itu. Perasaan berbelah bahagi dan rasa bersalah makin menguasai diri. Lebih-lebih lagi selepas mengikuti gadis itu pulang ke rumah secara senyap dan makin galak perasaan itu hadir setelah melihat gadis itu tidak sedarkan diri sehingga terpaksa dipapah oleh ibu gadis itu barangkali dan dibantu oleh seorang jejaka yang mungkin suami kepada gadis tersebut. Akan tetapi, dia seolah-olah pernah melihat kereta tersebut dengan calitan berwarna hitam metallic dan nombor plat kereta tersebut menimbulkan keraguan. Takkanlah….
****
Mataku ralit mencari kelibat si dia di tapak perhimpunan. Jam ditangan aku tilik dan pandanganku lemparkan ke pintu masuk. Namun, semuanya adik-adik arus perdana. Manalah si dia ni, aku mahu meminta maaf. Masuk hari ini, sudah hari ke-12 dia tidak munculkan diri ke sekolah. Takkanlah disebabkan peristiwa haritu menyebabkan dia tidak mahu datang ke sekolah terus? Tak bersikap professional langsunglah, sudahlah dengan bulan depan due date hantar KK, kemudian buat persediaan untuk pembentangan. Seminggu berikutnya pula, peperiksaan percubaan STPM Penggal 2. Ya Allah, rasa bersalahnya aku.
“Amboi, kepala kau tu macam zirafah dah aku tengok. Kan Azizi kan?”Tanya Hadzriq kepada Azizi yang duduk bersebelahan dengan Shafieq. Aku mengerutkan dahi sahaja mendengar omongan kosong Hadzriq itu. Kepala zirafah tengorak kau! Aku elok-elok manusia, kau memandai nak samakan aku dengan zirafah. Manusia sekacak aku ini kau panggil ZIRAFAH ya? Kau ingat aku ni Kwang Soo?
“Ya, ya, kau betul tu Riq. Bukan setakat zirafah je, ayam tengah berak pun ada aku tengok si Fiq ni. Eh, bukan, bukan, ada lagi….”ligat Azizi memikirkan perumpamaan untuk Shafieq dan belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Shafieq sudah memotong.
“Apa lagi-lagi haaa? Lagi lagi, senariooooo… ooo…”tidak semena-mena kepalaku diketuk oleh Azizi dan Hadzriq. Sakit doe, kau ingat kepala aku ni besi? Diperbuat daripada aluminium gitu? Acewahh, mudahlah kalau macam tu, biar diperbuat daripada besi, hati pun kuat macam besi, takdelah selalu pening kepala dan mudah sakit hati.
“Riq, kau tahu tak hulk jadian tu sebenarnya bukannya quit sekolah, rupanya dapat kebenaran study di rumah buat sementara waktu. Entah ye ke tak dapat kebenaran atau saja nak mengelak dari datang ke sekolah. Malulah tu kan,”kata Azizi membuatkan aku terpana. Daripada aku malas hendak melayan perangai dan perbualan mereka sebentar tadi, terus sahaja aku berminat untuk mendengar.
Hulk jadian. Siapa lagi kalau bukan Marina Aliesya itu. Semenjak kejadian tersebut, ramai orang menggelarkan dia HULK JADIAN takpun MISS HULK WANNABE. Tapi, betul ke apa yang aku dengar tadi itu? Dia dapat kebenaran tak datang ke sekolah dan study sendirian di rumah? Habis kerja kursus dan pembentangan dia macam mana? Haih, buat apa entah aku memikirkan mengenai si dia.
“Kau dah kenapa sejak tadi, Fiq? Kau sihat tak? Atau kau ternanti-nanti kemunculan Marina? Kau tak perlu susah-susahkan dirikau cari dia la, sebab dia takkan muncul. Kau nak jumpa dia, better kau pergi rumah dia. Takpun, kalau kau tak tahan menunggu kemaafan daripada dia, better kau WhatsApp dia, takpun call lebih baik untuk selesaikan masalah ni kalau kau tak berapa nak yakin jumpa dia bertentangan mata,” kata-kata Riq mengejutkanku. Eh, mana dia boleh tahu ni? Sejak bila dia ada sixth sense sampai boleh teka apa yang aku sedang fikirkan. WhatsApp? Nombor telefon dia pun aku takde, inikan pula nak WhatsApp dia.  Mimpi disiang hari agaknya?
Dahiku kerut kepada Hadzriq, dia membalas kerutkan dahiku dengan mengerut dahinya juga dan diikuti pula oleh Azizi. Haih, kalau beginilah sampai esok tak habis mainan kerutkan dahi. Hurm, abang-abang semua nak main Kerut Dahi Goyang Inul ke? Lai, lai, lai, bro Shafieq Aiman sedia menyahut cabaran. Nak suruh bro Shapittman buat kening Ziana Zain pun bolehlah. Dengan sekelip mata sahaja bro buat, okey?
****
Mundar-mandir Shafieq didalam biliknya itu memikirkan jalan penyelesaian. Nak jumpa dia ke atau WhatsApp takpun call dia terus jelah? Hurm.. Rungut Shafieq sendirian sedari selepas menunaikan solat Subuh tadi. Cubalah jelah, manalah tahu kan. Tak gentleman laa kalau takut nak berdepan dengan kesalahan sendiri.
 I'm gonna live my life
No matter what, we party tonight
I'm gonna li-li-live my life
I know that we gon' be alright
Nada deringan IPhone 6s milik Marina Aliesya memecah keheningan dingin pagi yang disulami kicauan burung pipit peliharaan atoknya. Namun, dia biarkan sahaja deringan tersebut sehinggalah tiada bunyi deringan.
 "Siapalah agaknya yang menelefon aku pada pagi ni. Haih, menggangu ketenteraman aku jelah. Tak tahu ke apa hari Ahad orang nak berehat di rumah?" bebel Marina Aliesya sendirian lalu membuka langkah menuju ke dapur. Beberapa derapan  langkah dia keluar dari bilik itu ke dapur, nada deringan Live My Life itu bergema sekali lagi.
Damn it! Kau tak boleh tengok aku senang sikit ke, hah? Aku baru nak rasa heaven sikit sebab cuti, takde kelas, tak perlu streskan otak aku dengan subjek Pengajian Am yang  kena  hafal dan faham semua fakta dasar-dasar Malaysia. Arghh!!! Bencinyaaaaaa” dengan langkah longlainya Marina berpatah kembali memasuki biliknya itu sambil sedikit kakinya menghentak lantai rumah papan itu. Eh, bilik aku ke ni? Bukankah aku cuma datang ke rumah atok sebab nak melepaskan rindu? Lantaklah!
“Mar!!! Kamu nak rumah atok roboh ke, hah? Cuba jalan elok-elok sikit, atok kerat kaki kamu tu kang nanti haa,” jerit Tok Amin dari laman luar. Serta-merta Marina memerlahankan langkahnya dan segera IPhone 6s hadiah daripada arwah papanya empat bulan yang lepas.
Ditekan password lalu melihat … “100 missed calls from 0118975720” daripada nombor yang tidak dikenali. Tidak dikenali ke? Entahlah, Marina ni jenis yang tidak suka menyimpan nombor telefon orang luar termasuklah rakan-rakan sekelasnya. Tetapi, jangan ingat kesemua rakan sekelasnya dia tak ada nombor telefon, ada tu ada, cumanya tak semua dia simpan dalam KENALAN di telefonnya itu.
“Haih, siapa pulak dah ni yang call aku pepagi buta. Nak call balik ke tak eh? Nak ke tak, nak ke tak? Nak ke tak nak ke tak, haih, dah serupa nak katak je bunyinya Mar oiiii. Mesej jelah jimat kredit sikit,” jari-jemari halusnya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Tidak seberapa lama kemudian, jari-jemarinya yang halus itu ligat menekan pada papan kekunci telefonnya itu.
SEND!
Lantak kaulah nak cakap apa, biadap ke sopan ke? Kau tak tahu ke kau lagi biadap sebab menggangu waktu cuti aku daripada membuat ulangkaji sepanjang hari ini. Ahad merupakan hari cuti daripada memikirkan segala kerja sekolah atau membuat ulangkaji. You don’t respect my day! IPhone 6s itu ditinggalkan begitu sahaja diatas meja solek tanpa menunggu balasan daripada si empunya nombor misteri itu.
Beep, beep..
Bunyi mesej masuk segera dibuka oleh Shafieq tanpa melengahkan masa. Dibaca mesej itu dan…
Assalamualaikum. Awak siapa? Tahu tak awak sudah menganggu ketenteraman cuti saya? Kaya sangat ke kredit tu sampai called saya 100 kali? Dah tahu kaya tu pergilah derma ke anak-anak yatim atau golongan asnaf dalam betuk wang, bukannya kredit untuk menelefon saya. Bukannya dapat pahala pun. Sekian, terima kasih.
Amboi, indahnya bahasa dia. Nasib baiklah kau takde depan aku sekarang ni, kalau tak… mahunya aku belasah kau cukup padat! Aku call kau, bukannya kau nak angkat ye? Kejap eh, aku call kau sekali lagi…
I'm gonna live my life
No matter what, we party tonight
I'm gonna li-li-live my life
I know that we gon' be alright
“Mar!!! Angkatlah phone kamu tu. Bingit tahu tak? Atok nak buat kerja pun tak senang. Angkatlah, mana tahu pakwe kamu telefon. Ke kamu bergaduh dengan pakwe kamu? Wahhh!! Jangan bergaduh lama-lama ye, bawa dia jumpa atok terus. Kalau lulus, atok izinkan kamu kahwin,” bluerkk! Nak termuntah aku. Apehal doe dengan atok aku ni? Tetiba pandai cakap pasal pakwe kahwin bagai ni. Tak tahu ke komitment cucu kesayangan dia terhadap pelajaran adalah amat tinggi.
“Ya, ya, Mar pergi angkat call tu,”dalam diam sebenarnya Marina bebal.
“Hello, assalamualaikum. Marina Aliesya ditalian. Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu sehinggakan awak call saya untuk kali ke-101,”mendengar suara Marina sahaja terus membuatkan diriku seakan-akan mahu bersenam aerobic dan berzumba je. Alhamdulillah, akhirnya angkat juga dia. Ingatkan tak nak angkat dah. Mahu je aku hantar SMS , “harapkan pakai fon je canggih tapi bila orang call tak tahu nak angkat. Lebih baik campak ke laut jelah font tu,” hahahahaha.
“Hello, is there anybody at there? Jangan bazirkan masa aku boleh tak. Haih, dahlah ganggu suasana jimba aku, ini nak dah melampau kalau kau nak curi masa aku. Kau pekak ke bisu haaa? Dah orang bersuara tu cakaplah,”jerkah Marina ditalian. Sedikit pun tidak terkutik perasaan kecil hati dalam hati Shafieq. Dia tahu ini salahnya.
“Err.. hello. Mar..” suara itu. Aku benci kau!!!! Dengan serta-merta aku menamatkan panggilan.
Where do you get my contact number, bitch?! I hate you as much as I could telling you than literature studies of Shakespeare about cannabis. Makin bertambah benci terhadap jejaka itu lantaran keberaniannya menelefon dengan ‘merompak’ nombor telefonnya dari seseorang.
Mar, aku tahu kau akan menamatkan panggilan terlebih dahulu. Aku sedar akan kesilapanku. Aku jahil ketika itu. Aku jahil dalam menuduhmu seorang perempuan murahan. Aku sedar semua itu, kekhilafan aku yang aku sendiri rekakan. Padan muka aku kan? Apa yang aku rancangkan semua ini tidak menjadi. Aku menyuruh kau membuat KK aku sebab aku sengaja nak buli kau. Buli supaya nanti habis STPM kau akan ingat dan jadikan ia sebagai memori. Aku sebenarnya nakkan perhatian kau. Aku mula tertarik dengan kau semenjak peristiwa di tepi pantai. Cara layanan kau pada budak lelaki itu telah berjaya mencuri hatiku. Tika itu pelbagai andaian bermain dibenak fikiranku.
“Sudah berpunyakah si dia?”
“Atau itu cuma adiknya? Anak saudara atau adakah benar itu anak si dia?”
Disaat aku menyakitkan hati kau selepas dimarahi Sir disebabkan oleh kau, kau yang merosakkan KK aku. Di setiap bahagian kau letakkan pickupline. Manakah aku tidak mengamuk?
Pengenalan
Masjid  didefinisikan sebagai tempat sembahyang. Namun, jika ditinjau lebih mendalam lagi pengertian tersebut tidak memberikan maksud sebenar. Perkataan masjid berasal perkataan arab ‘sajada’ yang bermaksud sujud. Dengan demikian, masjid sebagai satu bangunan, merupakan ruang yang berfungsi sebagai penampung kegiatan pelaksanaan ajaran Islam sehingga wujud pertalian yang erat Antara seluruh kegiatan keagamaan dengan masjid. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam Surah AL-Alaq ayat 19
“Wasjud waqtarib” yang membawa maksud “sujudlah dan dekatilah diri (kepada Allah S.W.T.)
Ini aku tak kesah sangat. Paling membuatkan aku berang bila aku terlihat ada catatan ringkas dibawah bahaggian sumber ayat Al-Quran tersebut.
CATATAN:
Saya seorang pemalas pergi ke masjid termasuklah Hari Jumaat. Sesungguhnya saya tidak pernah mendirikan Solat Jumaat buat sekian lamanya
Perasaan malu dan geram menakluki diri ketika itu. Jatuh maruah aku kot masa tu. Kau membuat fitnah terhadap diriku yang tidak pernah ke masjid untuk mendirikan Solat Jumaat, sedangkan aku tak pernah ponteng Solat Jumaat. Okey, kemudian kau menjahanamkan LOKASI KAJIAN aku pulak. Di lokasi tersebut kau tulis (sama juga dibahagian catatatan)
CATATAN:
“Awak pandai lukis peta tak?”
“Kenapa tetiba tantya macam tu. Awak nak buat apa sebenarnya,”
“Untuk memudahkan saya meunju ke hati awak,”
Aku rasa bengang tapi dalam masa yang sama aku dapat rasakan sesuatu yang sedang menjalar dalam diriku.Sebenarnya banyak lagi CATATAN yang kau buat membuatkan hatiku panas. Hati aku bertambah panas lepas je kita gaduh. Aku ikut kau balik rumah. Aku tengok keadaan kau dengan melulunya masuk ke rumah dan bunyi hempasan pintu itu jelas kedengaran di luar. Aku ingat aku balik selepas melihat keadaan kau macam tu, tapi selang beberapa minit kau menjerit-jerit, terlolong-lolong bagai orang sasau. Aku rasa seperti mahu masuk kedalam rumah dan menenangkan kau. Aku sedar kalau aku masukpun belum tentu kau akan terima aku.
Disaat ada sebuah kenderaan datang secara tiba-tiba dan berhenti betul-betul dihadapan pagar rumah kau membuatkan aku tertanya-tanya. Dengan situasi dimana ibu kau memapah kau keluat dari rumah menuju masuk ke dalam kereta tersebut membuatkan hatiku terasa dicucuk. Dicucuk sedalam-dalamnya. Tapi aku cuba menangkis perasaan tersebut sebaik melihat hadirnya seorang jejaka berkaca mata, berkulit putih dan tinggi lampai bersama-sama dengan kau menuju ke hospital tanpa ibu kau.
Aku hanya mampu melihat kau dari jauh di hospital tersebut. Hatiku risau sebaik mendapat tahu kau makan pil tidur melebihi dos dan koma dan dirikau ditemani oleh jejaka tersebut. Situasi itu mengukuhkan lagi pernyataan aku bahawa kau sudah mendirikan rumahtangga.
PBS  membuatkan diriku kacau-bilau. Kacau oleh senyumanmu, lirikan matamu yang mampu mencairkan hati lelaki aku. PBS yang mampu menyedarkan aku akan nilai kasih.Namun, aku memahami bahawa menyukai seseorang itu tidak semestinya kita miliki. Ego dan percaturan yang kurang bijak mengajar diriku supaya menjadi insane yang lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang kau lakukan. Mungkin suatu hari nanti, kemaafan kau berikan kepadaku akan melahirkan satu ikatan ukhuwwah sebagaimana masjid berjaya  memainkan peranan dalam mewujudkan talian persaudaraam sesama Islam atau mana-mana agama seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.




Assalamualaikum and hi guys! lama kan tak update story kat blog ni? Hurm, actually masih lagi menulis cuma terpaksa kurangkan disebabkan oleh kesibukan kehidupan sebagai seorang pelajar * Ya Allah, skema yang amat jawapan yang aku bagi ni* Takpe, abaikan semua tu. Sekarang nak beritahu sesuatu yang semua story yang saya created tu saya letakkan di #Wattpad dan dibawah username @farahnadialee dalam Koleksi Cerpen #Cintahati . Dan untuk pengetahuan semua Cinta PBS ni ada kesinambungannya dalam versi novel so tungguuu untuk mengtahui kisah selanjutnya mengenai Shafieq Aiman dan  Marina Aliesya di samping kehadiran orang ketiga iaitu Rizal Ahmad Shah.

Sekian, sehingga kita berjumpa lagi. Adios, amico mio!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.