Langkau ke kandungan utama

Ada apa dengan TINGKATAN 6 ?? #Form6Life



Assalamualaikum and Hi to you guys! Lama benar tak update pasal hal peribadi, kan? Pada hakikatnya, takde kepentingan pun nak update pada umum, Buang masa dan buang TEBIAT! Tapi kali ni lebih terarah kepada kehidupan TINGKATAN 6. Sebut saje pasal TINGKATAN 6 pasti ada sahaja yang memandang serong terhadap pelajar Tingkatan 6, bukan? 



"Alah, buang masa je kau masuk Tingkatan 6. Kalau kau tak dapat matrikulasi atau mana-mana universiti awam, kau masuklah universiti swasta takpun mana-mana kolej. Takde class betullah kau ni!"

"Kau punyalah dapat tawaran masuk UiTM Shah Alam haritu, kenapa kau tolak? Semata-mata nak masuk Tingkatan 6? Kau tahu tak kau dah tolak peluang keemasan tu? Haih, tak faham betullah aku dengan kau ni. Apa istimewanya Tingkatan 6 pada mata kau ni haaa? Ikut suka kaulah!"

Okey, sememangnya bukan ini saje yang orang luar akan berkata-kata sebegini kepada kami. Ada lagi, namun biarlah . Pada kami semua, biarlah orang nak cakap apa-apa sekalipun. Jangan ambil peduli semua tu.  Cuba tanya pada diri sendiri , 

"Siapa yang nak belajar sekarang ni? Dia ke aku?" 

Fikir-fikirkanlah, Kalau terlalu ikut cakap orang je bila kau nak berjaya? Sampai bila nak ikut telunjuk orang? Sedangkan yang nak menanggung tu diri sendiri? Dia ke sendiri nanti nak tolong menduduki peperiksaan for your side?  Takde kan?

Meh sini nak bagitahu sikit ...



Tingkatan 6 ni peluang untuk menjejakkan kaki ke universiti lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan.Bunyinya je ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik. 

Apa yang perlu ada ???
  • SEMANGAT YANG TINGGI
  • KESABARAN
  • TEKNIK BELAJAR YANG SISTEMATIK
  • STRATEGI MEMILIH MATA PELAJARAN SEWAKTU BERADA DI TINGKATAN 6 BAWAH *PENTING!



 MEMILIH  subjek tingkatan 6 penting kerana biasanya setiap kursus di universiti minima memerlukan gred yang baik dalam 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong 'pointer'.




                         KELEBIHAN TINGKATAN 6 

  1. Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  2. Dengan sijil STPM , ia dah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Yang pastinya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal mahupun 2 subsid mana-mana yang terpakai. 
  3. Pointer nak masuk universiti guna STPM tak tinggi berbanding dengan kursus di matrikulasi, pra-universiti lain, diploma dan sebagainya sebab taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.
  4. Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjeklah.
Sastera pun susah, sains pun susah *PEPERIKSAAN TOP 5 PALING SUSAH DI DUNIA*, Entahlah, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni.  Tak percaya? cubalah minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan  spa.gov.my  . Layari  je laman web ni, semua jawatan diploma boleh cuba ambil.


"Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level. A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian."

SESI PEMBELAJARAN DI TINGKATAN 6  


  • Macam belajar budak universiti, takleh nak harapkan pengajar bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.
  • Fikiran harus matang dan tinggi,terbuka dan minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas,usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, In Sha Allah pasti berjaya kelak



PERSEDIAAN ROHANI DAN JASMANI PERLU ADA DARI AWAL PEMBELAJARAN LAGI. JANGAN MAIN-MAIN DENGAN STPM SEBAB IA MERUPAKAN PEPERIKSAAN TOP 5 TERSUSAH DI DUNIA NI TAU TAPI BANYAK KELEBIHANNYA.




           TARAF SIJIL STPM 


  1. Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
  2. Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
  3.  Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM - Junior Cambrige.. kekadang School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
  4. Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…









Every single picture may describe  thousands meaning.









StarWalk 2015 , Penang Times Square




 Memori 6 Bawah dan 6 Atas . StarWalk 2015 , Penang Times Square







                   Aktiviti dalam kelas Pengajian Am



                     Gotong-royong menceriakan kelas


           

                        Pertandingan Tenpin Boling Tingkatan 6



IFTAR WITH THEM







           HILANGKAN TEKANAN DALAM KELAS 



                                *promoting of Jamuan Perpisahan 6 Atas *












Selamat maju jaya kepada sesiapa yang ambil STPM. Jangan putus asa. Ikut kata hati. Jangan sesekali ikut kata orang mengenai sesuatu perkara. Kita yang akan menghadapinya sendiri. Sebelum memilih tu fikirlah banyak kali. Buat istikharah dalam sesuatu perkara. In Sha Allah..





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....

MAYA

Air yang tenang jangan disangkal tiada buaya, Manusia yang pendiam jangan disangkal bodoh pemikirannya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana perut tong. Pat pat siku lipat, zaman sekarang semua cepat. Tan tut buah peria, Siapa kentut bini saya. Buai laju-laju  ke pohon sena, Apa dalam baju sekeping laman maya. Buah akal milik kita, Salah guna merana tiada gunanya. Pergi ke kedai membeli kopi, Mahu mudah semua ikat tepi. Bunga harum mekar di taman, Amat mudah jatuh di laman. Kais pagi makan pagi, Tanpa kasih hancurlah hati.