Kakiku melangkah dengan pantasnya seperti lipas kudung .
Arghh !!
Biarkan semuanya. Apa hendak aku hairankan ? Mereka tidak pernah mempedulikan diriku ini . Aku ibarat tidak pernah wujud dalam hidup mereka.
Siapakah diriku ?
Mengapakah harus melakukan aku sebegini?
Apa salahku ?
Namaku Muhammad Khalis Adrian Wong. Aku bukanlah seorang mualaf kerana sedari lahir , aku sudahpun Islam.
Ya , bapaku berbangsa cina . Ia berubah 360 darjah sebaik sahaja bapaku bertemu dengan seorang gadis berbangsa Melayu. Gadis ayu berbaju kebaya , berlesung pipit , bibirnya merekah bak delima malah dagu yang meruncing.
Aku tidak tahu bagaimana detik perkenalan mereka kerana apabila mahu sahaja bertanya perihal itu , mereka seolah-olah mengelak. Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri.
Disaat aku menghentikan langkahku , terlihat seraut wajah yang kelihatan agak sunggul sahaja.
Budak kecil itu ! Ya , aku yakin sangat-sangat . Dialah.
Aku pasti sekali bahawa budak kecil itulah yang sering menghantui diriku. Aku sering melihatnya di rumah nenek.
Apa kaitannya dengan keluargaku ? Aku melihat dia begitu akrab dan mesra dengan mereka. Jika dia boleh , mengapa tidak aku ?
Tanpa membuang masa , aku dengan berani menyapanya.
'' Maafkan abang , dik. Sejak tadi abang melihat sedih sangat. Adik ada masalah , ke ?'' dia berpaling kearah aku.
Wajah mulusnya aku tatap. Kulihat hadirnya sejernih cecair daripada kaca matanya.
'' Waalaikumussalam, tak adalah. Abang tak menganggu saya pun , sikit pun tidak sama sekali,'' Terkesima aku dibuatnya.
Melayu rupanya !
Aku ingatkan anak cina manalah yang tersesat tadi. Jika dilihat dari segi raut wajahnya , saling tidak tumpah seperti orang cina. Tiada langsung raut wajah Melayu.
'' Maafkan abang. Abang ingatkan adik ini orang cina , rupanya salah sama sekali tekaan abang,'' dia seakan-akan mengerti apa yang ingin aku bicarakan.
'' Tidak mengapa , saya sudah ralit dengan semua ini. Baiklah , abang , saya minta diri dahulu,''pintanya tanpa sempat aku memintanya menjelaskan perihal tadi.
Aku yakin bahawa dia sedang menghadapi kesulitan, namun aku sendiri tidak pasti , apakah ia ? Termengah-mengah dia melarikan diri.
Lima tahun kemudian ...........
'' Ryan , cepatlah sikit. Tadi bukan main semangat , sekarang tengok ! Siapa yang terlebih semangat ? Aku ke kau , hah ?!'' bebel Syirazi , rakan sekelas denganku.
'' Iya , iyalah. Patik menjunjung perintah, Tuanku,'' lagakku persis dalam istana pulak dah ! Hahaha ...
Dengan senangnya dia mengetawakan diriku dengan bahagianya. Eeeiiiii !! Menyakitkan hati betul ada kawan macam dia ini. Argh !
'' Sudahlah , jom ! Tak kuasa kawe dok melaye demo. Tok caro langsung !''
Oh , mama .... Dia mula dah !
Tanpa memikirkan apa-apa , aku percepatkan langkah lalu meninggalkannya.
Malas hendak melayan Razi ni. Kalau dia mula kecek kelate dia , habis !
Sekelip mata sahaja , dia memintas aku.
'' Amboi , cepatnya kau . Kau pakai ilmu apa ?'' aku bertanya kepadanya.
Belum menjawab pertanyaan aku , dia menarik tanganku meluru masuk ke Bilik Guru.
Aku hanya menurut langkah sahaja. Apatah dayaku bertubuh kecil melawannya . Haha .. Tak adalah , hendak tak hendak , aku perlu masuk ke bilik itu juga.
Kami dengan termengah-mengah mencari tempat guru Sejarah kami yang bertubuh sasa , abang sado gitu ! Sudahlah , tak perlu mengarut lagi. Beliau yang berkulit hitam manis ditambah pula dengan kehadiran misai kumisnya.
Garang ? Usah dikatakan , semua penghuni di sekolah aku mengenalinya. Beliau seorang yang tegas dan berdedikasi dalam menjalankan tugas yang disandangnya. Iyalah , kalau tidak senang-senang para pelajar memijak kepala guru.
Mendengar sahaja ' SEJARAH' pasti sahaja ada yang sudah mahu mengambil bantal , kan ? Bohong sangatlah kalau tak pernah rasa walaupun sekelumit ? Haha , aku pun sama jugak !
'' Mata pelajaran Sejarah bukan sahaja mempelajari dan mengetahui kesusahan , kepayahan dan keperitan yang dialami oleh masyarakat terdahulu . Malah , ia secara objektif lebih cenderung kepada kesedaran cinta akan keamanan , kesejahteraan serta menghargai setiap nikmat yang dikurniakan,'' itulah kata-kata yang sering didengari oleh kami daripada beliau.
Walaupun sudah berlalu tiga tahun , namun ianya tetap tersemat disanubari. Siapa yang boleh lupa akan kata-kata itu ?
Jikalau kami sebagai pelajar terlupa ataupun menunjukkan tanda tidak berminat , beliau akan menyuntik kami dengan kata-kata hikmat yang boleh dikaitkan dengan jiwa remaja kami pada masa kini.
Kamcheng gitu lagaknya !
Dalam mencari tempat guru itu , seorang guru wanita bertubuh genit menyapa kami berdua.
'' Ya , kamu berdua sedang mencari siapa ?'' soal guru muda itu.
'' Err... Cikgu , boleh kami tahu Cikgu Hamid dimana ? Puas kami mencari tetapi tidak menjumpainya pun,'' terang Syirazi. Aku hanya mengangguk sahaja.
Kemudiannya , guru itu memberitahu bahawa dia melihat Cikgu Hamid di Koridor Sejarah.
Berjalan menuju ke Koridor Sejarah tidaklah memakan masa yang agak lama tetapi boleh dikatakan agak memenatkan .
Fuhh !!
''Haih , kalaulah bukan kerana atas arahan , jangan haraplah ! Lebih baik duduk di dalam kelas Biologi tadi. Sudahlah tidak lama lagi mahu SPM,'' keluhku seorang diri.
Ternampak Cikgu Hamid sedang sibuk mengeluarkan barang-barang daripada beberapa kotak.
Tekun sungguh aku melihatnya.
Wah , begitu penting nampak gayanya acara pada kali ini !
Syirazi yang sedari tadi membatu sahaja , menegur guru itu. Aku ? Seperti biasa , jadi patung cendana lah jawabnya. Sebenarnya, aku tidak tahu apa yang perlu dibicarakan.
'' Cikgu , puas kami mencari satu sekolah tadi. Nasib baiklah Puan Noor beritahu kami cikgu ada disini. Kalau tidak , ada orang tu dah lama cabut balik ke kelas,'' muncung Syirazi kearah aku.
Cis , bertuah punya kawan ! Nak mengadulah kononnya. Tak kuasa aku !
''Maaflah , saya terlupa hendak beritahu kamu yang saya tunggu disini. Baiklah , memandangkan kamu berdua sudah berada disini , saya mahu minta tolong sikit.''
''Tolong apa tu , cikgu ? Beri pada Syirazi ajelah. Saya tak boleh angkat benda-benda berat ni. Rayu aku kepada guru itu.
Padan muka kau , Razi !
'' Amboi , kau ........ Kang kena jugak dengan aku ni !!'' Dia membesarkan matanya kepada aku.
Arghhh ! Mama , tolong Ryan !!
Choii !! Tak kuasa aku ! Tak ada maknanya aku nak takut dengan kau . Jeliran aku hadiahkan kepadanya.
'' Sudah, sudah ! Jangan nak berkelahi disini. Nanti saya bawa kamu berdua ke bilik disiplin , nak ? Hah , kalau tak nak diam . Tujuan saya panggil kamu berdua untuk bantu saya , bukannya untuk berkelahi . Kalau rasa nak berkelahi sangat balik sambung di rumah !'
Sekarang , kamu , Razi tolong angkat semua kotak dihujung sana tu dan bawa kesini,'' arah Cikgu Hamid kepada Syirazi.
''Yahooo ! Yabedabedu ! Aku tak kena tolong ? Senangnya dalam hati kalau .....'' Nyanyi aku dengan penuh bersemangat di dalam hati.
Alhamdulillah.
Cikgu Hamid melihat aku dengan penuh kehairanan. Dia mengangkat sebelah keningnya ke arah aku.
'' Apa yang gembiranya ? Kamu ingat kamu dikecualikan ? Jangan haraplah ! Sekarang , pergi tolong Syirazi, cepatlah sikit habis kerjanya,''
Alaaaaa ... Terbantut mood aku pada hari ini. Haih , apalah nasib kau , badan !
Aku melangkah dengan penuh longlai menuju kearah Syirazi.
Kelihatan dia sedang sibuk mengeluarkan semua kotak dari dalam sebuah bilik stor lalu disusunnya satu per satu di bawah.
Aku menghulurkan tangan kearahnya. Dia memandang aku dengan penuh kehairanan . Apa ? Kau ingat , kau seorang saja yang rajinnya ? Aku pun rajin jugaklah !
Apa kena dengan dia pada hari ini ? Tadi kata tak nak bantu dan sekarang ...... ? Betul ke tidak kawan aku ni ? Desis Syirazi.
'' Kau kenapa ? Pandang aku semacam je aku tengok ! Maaflah eh , ini edisi terhad punya . Tak mainlah kaum sejenis. You are not my taste !''
'' Perah santannya kawan aku yang seorang ni. Aku lagilah seribu kali tak ingin. Buang tabiat agaknya ?! Taklah , aku cuma pelik sikit dengan kau ,'' balas Razi kepada aku.
'' Oh, pasal tu. Kan kau tahu aku inilah kawan kau yang paling rajin sekali. Dahlah , jangan tengok aku macam tadi. Terharu kawe !''
'' Hahahaha .. Tak lawaklah ! Paling 'rajinlah' kononnya. Rajin dalam kurungan adalah aku tengoknya , Encik Muhammad Khalis Adrian Wong !'' Terbahak-bahak ketawa Syirazi kepada aku.
Ah ! Malaslah aku nak layan dia ni. Aku mengambil kotak yang sudah dikeluarkan oleh Razi itu.
Nampak gayanya , Cikgu Hamid sudah lama menanti akan kemunculan kami. Maaflah cikgu , kerana kami semua urusan cikgu terbantut. Kalaulah cikgu sedang dalam proses membuat bahulu mesti sudah terbantut , bukan ? Sudah semsestinya , tidak nampak menarik dan kurang mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Haih ....
'' Hah ! Kamu pergi angkat kotak atau pergi merayau mana ? Ini , mana kawan kamu ?''
Sudah aku jangkakan , ia pasti akan berlaku.
'' Errr... Razi sedang punggah semua kotak dalam bilik stor itu. Berat sangatlah , cikgu. Ketul emaskah isi kandungannya ?''
'' Haha , lawaklah kamu ni , Khalis. Kalaulah benda dalam kotak itu jongkong emas , takkanlah saya suruh kamu ? Lebih baik saya bawa balik simpan di bilik stor rumah saya saja. Ada juga faedahnya. Masyuk saya !'' seloroh Cikgu Hamid.
''Okey , kalau kamu hendak tahu isinya, bukalah tengok,''
'' Suspencious betullah cikgu ni!''
Aku membukanya dengan penuh debaran.
Satu , dua, tiga ........
Kejap !
Merah , biru , putih dan kuning ? Apa maksudnya ? Hendak dibuat apakah?
Aku termangu seketika. Otak aku sedang ligat memikirkan maksud tersirat disebalik semua ini.
Aku mengambil salah satu daripada lalu menunjukkan kepadanya.
'' Mahu lakukan apakah , cikgu ? Seperti mahu mengadakan acara secara gilang-gemilang aje,''
'' Kau ni , menyibuk ajelah kerjanya! Aku punyalah tunggu lama tadi , sampai aku dah naik menyampah ! Nah , ambil ni ! Aku nak am bil kotak yang terakhir. M-E-N-Y-A-M-P-A-H !''
Tak kacau aku memang tak senang ! Cemburu sangatlah tu tengok aku bebas tidak membuat apa-apa.
Setelah selesai semuanya , kami berdua meminta diri untuk pulang ke kelas. Haih , penatnya !
Biarpun apa sebabnya kehadiran kain berwarna itu , aku tidak mahu menyibuk tahu. Mungkin ada sebab yang tertentu sehingga perlu dirahsiakan. Sama sahaja dengan kisah keluarga aku, sehingga sekarang , aku sendiri pun tidak tahu maksud tersirat disebalik seorang gadis yang sering bertandang tatkala aku tiada di rumah.
Apa yang rahsia sangat sehinggakan aku sendiri tidak boleh mengambil tahu ?
'' Mama tidak bersalah dalam hal ini. Mungkin ini sudah ditakdirkan oleh-Nya untuk kita. Sha rasa sudah sampai masanya abang Ryan tahu akan perkara ini sebenar-benarnya. Sebelum ianya bertambah parah , lebih baik mama berterus-terang sajalah. Mama , Tuk Ki , Nek Peh , dia tidak bersalah sama sekali. Dia cumalah mangsa keadaan . Dia juga seperti kita yang memerlukan kasih sayang , perlindungan dan teman,'' Aku terpaku mendengar perbualan mereka.
Kenapa aku perlu wujud dalam perbualan mereka ? Mangsa keadaan ? Tanpa aku sedari , airmata laju membanjiri pipiku ini.
''Ya Allah , apa salah hamba-Mu ini ? Apa sebenarnya yang berlaku ? Mengapa aku harus kau menguji ?''
Kringggggg !!!!
Aku tersentak.
Aku mengerling melihat jam ditangan.
''Alamak ! Sudah waktu pulanglah . Haih , entah berapa lamalah aku termenung. Takkanlah si Razi tidak menegur aku ? Eh , kejap ! Bukankah tadi sepatutnya kelas Kimia ?'' Aku melihat sekeliling.
Tak ada !
Habislah aku kali ini. Apa yang aku nak jawab dengan Mrs. Ooh nanti ?
Pak cik betullah kau ni, Razi !
Bukannya nak tegur aku , kau boleh buat derkk aje ?
Huh !
Kalau mahu difkir-fikirkan , memanglah loceng itu menandakan bahawa tamat waktu persekolahan namun ia bukanlah bererti kelas sudah tamat .
Otak aku sedang ligat memikirkan alasan yang perlu diberikan kepada Mrs. Ooh.
Apalah nasib kau , Ryan !
'' Ahah ! Senang-senang tak payah masuk kelas ajelah. Senang hati,'' 'Senang hati' lah kau kata , Ryan ? Tahun depan kalau perangai kau macam ini , habislah keputusan SPM kau nanti. Menangis tak berlagulah maknanya !
Seusai sampai di hadapan pintu rumah sahaja , aku melihat begitu banyak kereta diam di laman parkir.
Semuanya tersusun !
Haih , kut iye pun tak perlulah sampai tersusun rapinya.
Salam kuberi lalu disambut oleh seisi rumah. Aku menyalami semua yang berada disitu. Aku melihat satu per satu daripada mereka.
Semuanya aku tidak kenal . Sumpah ! Seorang daripada tetamu itu aku tidak kenal langsung kecuali .......
Gadis itu ! Dia datang ? Tapi , untuk apa ? Kali ini tidak pula dia mengelaknya. Apa tujuannya pada hari ini ? Jangan kata dia hendak .....
'' Pergilah masuk dalam bilik dan bersihkan diri dulu , Ryan. Kemudian , turun ke bawah dan kita makan tengahari bersama-sama,''
Lembut sungguh pertuturan nenek pada hari ini. Apakah kerana berada dihadapan para tetamu ?
Pedulikan ! Tanpa berpaling kepada semua , kakiku meluru memanjat tangga dan menuju ke bilikku.
Selesai semua yang patut dilaksanakan , aku bergegas turun kebawah. Apa yang penting sangat sehinggakan semua orang memandang aku dengan seriusnya ?
Aku melihat semua sedang rancak berbual dalam bahasa kantonis.
Hmmm ... Nampak gayanya nanti , aku jadi tunggul kayulah. Aku manalah faham, inikan untuk diajak berborak ? Nama saja ada darah cina yang sedang mengalir namun satu apapun aku tidak tahu menahu.
Nampak sangat cina celop ! Aku melarikan diri ke kolam renang diluar rumah. Aku mengambil tempat di buaian menghadap ke kolam ikan.
Ya , memang pada asalnya mahu ingin merendam kaki di kolam renang , apabila mengenang akan kedudukan kolam renang berhampiran dengan ruang tamu , terus aku batalkan niat.
Kusut !
Pening !
Kosong sungguh fikiran aku !
Aku ingatkan dengan pulang ke rumah sedikit awal dari biasa akan meringankan beban sebaliknya TIDAK !
'' Hai , abang Rayyan. Boleh adik Sha melepak dengan abang ?'' pinta gadis misteri yang menggelarkan dirinya Sha.
Aku mendiamkan diri sahaja.
Aku bukanlah aku yang dahulu. Aku juga bukanlah seorang pendiam. Dan aku , entah mengapa lidah aku kelu tanpa berbicara.
'' Apa yang abang Rayyan menungkan itu ? Abang teringatkan makwe abang , eh ? Kalau tak silap adik Sha , Kak Mia . Betul tak?'' Jegilan aku hadiahkan kepadanya.
Mia , makwe aku ? Haha , entah dari manalah kau tahu pasal itu. Kenal aku pun tidak !
Aku tersenyum sinis kepadanya.
'' Haha , ada-ada ajelah. Macam mana adik tahu ? Taklah adik , kami berkawan ajelah,''ujarku kepada gadis manis bertudungkan pashmina hijau lumut itu.
Kami berdua hanyut berborak sehinggakan tidak menyedari akan kehadiran Nek Peh. Terdengar seseorang berdehem menyedarkan kami dari berborak. Nek Peh tersenyum kepada kami.
Manis sungguh senyuman. Boleh terkena penyakit kencing manis kalau selalu tersenyum seperti sekarang.
'' Amboi , rancaknya berborak. Dah , mari masuk ke dalam. Mama kamu berdua panggil,''
Gadis itu mengorakkan langkah terlebih dahulu diikuti pula oleh aku.
Aku mengambil tempat disisi mama. Dia kelihatan tersenyum melihat kedatangan aku. Entah apa yang bakal dibincangkan aku sendiri pun tidak tahu.
'' Ya , mama . Ada perkara apa yang hendak dibincangkan sehingga perlu Nek Peh panggil Ryan sekali ?''
Mama mengusap ubun-ubun aku dengan penuh kasihnya. Tangannya memanaskan lagi keadaan aku ketika ini. Dia memandang aku dengan redup matanya.
'' Begini , nak .... Sebenarnya .....,'' tangisan mengiringi mamaku. Aku dengan tidak semena-mena , mengalirkan airmata. Hero menangislah kononnya.
'' Hendak diringkaskan , biarlah Nek Peh yang cakapkan jikalau mama kamu tidak mampu berkata-kata. Sebenarnya , apa yang kami cari sudahpun kami temui dan rasanya tidak perlu lagilah kami semua berselindung dengan kamu,'' Terpinga-pinga aku mendengarnya.
Apa yang mereka semua sudah temui ? Serius , aku tidak faham !
Mama memandang gadis itu. Apa kaitannya dengan dia ?
Semalaman aku tidak dapat melelapkan mataku ini. Makin ligat aku memikirkan peristiwa yang berlaku petang tadi.
Ia seolah-olah tidak pernah sedikitpun terlintas dalam kotak fikiran aku. Dia adik kandung aku ?
Arghh !!
Sepuas-puasnya aku melepaskan apa yang terpendam ketika ini. Semuanya begitu pantas. Diakah yang mereka tercari-cari selama ini sehingga tidak mempedulikan aku ?
'' Jeritlah sekuat yang mampu, jika itu yang mampu membuatkan hati terasa kosong. Pada adiklah , lebih afdal abang tunaikan solat istikharah. Minta tenangkan diri,''
'' Adik minta maaf. Jika dengan kehadiran adik ini membuatkan diri abang tersisih , adik akan pergi. Jika itu yang abang pinta , adik redha pergi jauh dari sini,''
Dia melarikan diri dengan sekuat kudrat yang dimiliki. Aku dengan pantas mengejarnya.
Tidak ! Dia tidak boleh pergi !
Aku menahannya daripada pergi lebih jauh.
Bukan aku tidak redha dengan kehadirannya, malah aku bersyukur kerana tanpa aku sedari aku mempunyai saudara lain.
Tiada lagi gelaran 'Penanggal' a.k.a anak tunggal oleh rakan-rakan aku yang lain. Mereka ingat aku tiada saudara lain ke ? Heyy , ini Ryan okey ! Jangan pandang aku sebelah mata !
'' BERHENTI !'' dia mengalihkan pandangannya kepada aku.
'' Terima kasih , adik. Maafkan abang seandainya adik terasa . Bukan kerana abang tidak boleh menerima akan kehadiran adik, cumanya abang keliru. Tidak ada apa yang dapat digambarkan. Jangan pergi, ya,'' rayuku kepadanya.
Melihatnya ketawa , aku binggung . Kenapakah ?
Aku menjongket kening kepadanya. Semakin kuat ketawanya kepada aku.
'' Abang ni lawaklah. Abang ingat adik nak pergi kemana ? Keluarga adik kan disini,'' jeliran aku terima.
Oh , rupanya dia mahu mengenakan aku. Siaplah kau, adik ! Aku mengejarnya disambut dengan hujan renyai-renyai.
Perhimpunan pada pagi ini disambut dengan gemilangnya. Maklumlah , acara istimewa. Seperti biasa , dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti oleh lagu Negeri seterusnya lagu sekolah.
Dalam banyak-banyak hari , Isnin merupakan hari yang paling dibenci oleh semua pelajar. Biasalah ....
Begitu lama ucapan oleh Tuan Pengetua . Banyak maklumat yang mahu disampaikan termasuklah ' pengorbanan'.
Setelah itu , ucapan daripada Cikgu Hamid. Wah , begitu bermakna sehingga menusuk kalbu.
'' Hendaklah kamu semua ingat dan mengenang akan jasa tokoh-tokoh terdahulu. Tanpa mereka kita tidak akan sesenang begini. Begitu banyak yang perlu kita pelajari. Ya , memang benar Bulan Kemerdekaan sudah berlalu namun itu tidak bermakna kita perlu menyambutnya pada tarikh keramat itu sahaja. Seharusnya , perlulah kita semai untuk selama-lamanya tidak kiralah dimana jua kita berada.
Merdeka ? Apa yang kamu fahaminya ? Merdeka bukan sahaja bebas daripada para penjajah namun terdapat pelbagai makna yang boleh diertikan. Disebalik kejadian , ada hikmah yang terkandung. Siapa kata kita tidak akan dijajh semula ? Jika wujudnya sifat dan sikap yang mementingkab diri , tidak mustahil ! Segala yang terpendam jika dirungkaikan pasti membuatkan diri selesa , bukan ?
Begitu juga dengan erti kemerdekaan bagi setiap manusia. Sikap masyarakat perlulah disemai sedari kecil bukannya hanya dengan berpeluk tubuh sahaja. Pada pascaglobalisasi ini , semakin ligat kita dijajah. Dijajah bukan dengan hadirnya orang asing menghuru-harakan negara kita , tetapi .....
Tahap pemikiran kita . Ingatlah , erti kemerdekaan jika ditafsir pada erti sebenar , ia merupakan detik yang amat bermakna dalam hidup kita. Renung-renungkanlah , wahai generasi muda yang bakal memimpin dunia.''
Terpukau kami dibuatnya. Ya , memang ada benarnya apa yang diucapkan itu.
Minda , pemikiran dan gaya hidup kita kini juga seolah-olah sudah dijajah. Tidakkah kita sedar ? Atau sengaja tidak sedar akan perihal sedemikian ?
Maaflah jika berkata, pakaian muda-mudi pada masa kini , seolah-olah tidak menggambarkan keperibadian MELAYU SEJATI. Hendak dikatakan miskin , semakin lama semakin maju bukannya mundur. Apakah ia sudah membanjiri gaya pemikiran remaja sekarang ?
Selesai sahaja semua acara tersebut , mengingatkan aku akan si dia.
Apakah dia selesa bersama kami ? Adakah layanan aku baik sekali ? Aku sendiri tidak pasti akan semua itu. Aku berharap sangat semuanya baik-baik sahaja.
Ada betulnya dengan terlerai segala yang tersirat akan membuatkan kita tenang dan paling penting kebahagiaan.
Untuk diri aku , merdeka bukan sahaja bebas daripada kuasa luar sehingga berlakunya pertumpahan darah sebaliknya merdeka juga bererti bebas daripada dibelenggui keresahan yang tersarang dihati.
Kehadirannya sedikit sebanyak menyentuh hati aku. Mereka kelihatan bahagia sekali dari sebelumnya.
Alhamdulillah , sekarang aku kian mengerti dan bersyukur kehadrat-Nya. Tanpa-Nya aku tidak kesunyian seperti dulu .
Terima kasih , Ya Allah .

Ulasan
Catat Ulasan