“Jangan bergerak ! Anda semua telah dikepung,” arah ASP Zainul . Keadaan di rumah using itu bercelaru . Semua penagih itu bertindak agresif dengan sedaya upaya melawan arahan yang diberikan untuk memboloskan diri . Termasuk aku ! “Arghh !! Keliling rumah ada polis ! Macam mana ni ? Kalau kena tangkap , habislah aku! Mesti daddy dengan mama akan marah kan aku . Then , takdelah lagi duit poket untuk aku,” keliru aku memikirkannya . Namun , aku tidak pernah betah menyerah kalah sebelum bertindak. Aku mengacukan pisau kepada salah seorang anggota polis yang bertugas itu. Dengan sepantas kilat sahaja , aku berjaya ditumpaskan oleh anggota polis itu. Kami semua telah berjaya dibawa keluar dari rumah usang itu oleh pihak polis tersebut . Apa boleh dibuat , ' redo ' ajelah ….