Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Novel : MELODI CINTA KITA [ BAB 5]

Berair airmata Engku Danisha mendengar mamanya membebel. Sofa empuk yang didudukinya itu menjadi mangsa melepaskan gelak tawanya. Lawak sungguhlah orang gajinya itu. Tidur sehingga termimpikan Syafiq Kyle? Serius, itu memang lawak! Aku sendiri pun tidak tahulah apa yang ramai tergilakan dia sangat. Kacak sangatkah dia sehingga menjadi idaman malaya? Memang sah mata mereka ini rabun. Ya, R-A-B-U-N.  Ops!  Aisyah hanya memerhati saja anak gadisnya itu. Sudah masak benar dengan perangai Engku Danisha. Entah apa yang lawak sangat, dia sendiri pun tidak tahu. Tangannya ringan menghempap paha anaknya itu. Terdiam seketika Engku Danisha ketika itu. Segera dikalih pandangan bertentangan dengan mamanya. "Apa ni, maa!! Nish tak buat salah apa-apa pun, kan?"soal Engku Danisha kepada mamanya. Dia tidak berpuas hati mengapa mamanya berbuat sedemikian. Mama akan berbuat sedemikian kalau dia ada buat salah. Ya, ingat lagi memori sewaktu mereka tinggal di istana atoknya. Dia terlontar

SALAM MERDEKA!

Adakah jiwa kita benar-benar MERDEKA? Jika ya, mengapa kita masih berprasangka buruk terhadap kaum lain? Jika ya, mengapa perlu hadirnya diskriminasi pada masa ini? Jika ya juga, apakah kita memahami dan mendalami budaya dan adat resam dalam kalangan 'ahli keluarga' di negara kita? Kata #sehatisejiwa .. jika benar sekalipun, apakah kita mengenali kesemua bendera negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak? Tidak pernah terlintaskah di benak pemikiran kita, apakah fungsi 'bacaan ikrar' yang dilafazkan pada setiap hari Ahad/Isnin setiap kali perhimpunan diadakan (terutama sekali pelajar sekolah) ? Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Adakah ia ibarat tin kosong sahaja? Bangkit! Celikkan mata ..dan renung-renungkan sebentar. #NotaUntukDiriSendiri