Assalamualaikum and Hi to you guys! Lama benar tak update pasal hal peribadi, kan? Pada hakikatnya, takde kepentingan pun nak update pada umum, Buang masa dan buang TEBIAT! Tapi kali ni lebih terarah kepada kehidupan TINGKATAN 6. Sebut saje pasal TINGKATAN 6 pasti ada sahaja yang memandang serong terhadap pelajar Tingkatan 6, bukan? "Alah, buang masa je kau masuk Tingkatan 6. Kalau kau tak dapat matrikulasi atau mana-mana universiti awam, kau masuklah universiti swasta takpun mana-mana kolej. Takde class betullah kau ni!" "Kau punyalah dapat tawaran masuk UiTM Shah Alam haritu, kenapa kau tolak? Semata-mata nak masuk Tingkatan 6? Kau tahu tak kau dah tolak peluang keemasan tu? Haih, tak faham betullah aku dengan kau ni. Apa istimewanya Tingkatan 6 pada mata kau ni haaa? Ikut suka kaulah!" Okey, sememangnya bukan ini saje yang orang luar akan berkata-kata sebegini kepada kami. Ada lagi, namun biarlah . Pada kami semua, biarlah orang nak cakap ap