Langkau ke kandungan utama

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho








    “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.


   “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....
mama ni kacau daun ajelah. Akak dengan adik baru aje nak tiru iklan di kaca televisyen ni. Rungutku dalam hati.

    “Takde apa-apalah mama.Kitaorang just nak release tension.Lately,banyak sangat assigment yang kena selesaikan. Kan,akak ?”Fuhh! nasib baiklah ada si Najmi . Kalau tak ? Terpaksalah aku menadah telinga mendengar leteran mamaku ni. Mana tak kena marahnya, anak dara terjerit-jerit mengalahkan orang gila ditepi jalan lagi.

       Mama hanya menggeleng sahaja melihat keletah kami dua beradik dan berlalu meninggalkan kami pergi ke dapur untuk menyediakan minum petang. Aku ? Bukan tak nak tolong tapi awal-awal lagi dah kena tegah .

****************************************************************
     “Opocot,mak cik kau !”melatah aku tatkala disergah oleh rakan-rakanku. Ni tak bukan mesti Memey punya angkaralah ni? Dia yang rajin sangat mencucuk rakan-rakanku yang lain supaya menyergahku.

     “Melatah aje kerja kau ,eh ? Wahai cik Mia Farah Amielia, kalau sehari kitaorang sergah kau,boleh tak jangan melatah?Aku tahulah sifat tu memang sebati dengan kau tapi janganlah setiap hari.Ni hah! Meratah pun sifat kau jugak,kan?  Asyik meratah aje lauk-pauk kitaorang!” Oh Mama!! Dia mula membebel sudah. Pantang  aku melatah sikit aje dia dah mula membebel. Sebenarnya,dia tidak ada kerja lain ke nak dibuat? Ah,biarkanlah.

         Aku bingkas bangun dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang terkehel-kehel mengejarku dari arah belakang. Tiba-tiba,dengan secara tidak tersengaja aku terlanggar seseorang dari arah bertentangan. Aku terpegun buat seketika.Mengamati wajahnya dengan teliti. Mak aihhh.... mahu cair dek dibuatnya.

        “Oi,kau buta,eh? Mata kau letak dimana?Di kepala lututkah? Jalan tak serupa bikin! Aku yang kacak ni kau tak nampak?”Amboi,sedapnya bahasa dia.Kacak? Blurrkk!Nak termuntah aku mendengarnya.Harap muka aje kacak macam Lee Min Ho tapi perangai? MasyaAllah,tak boleh blah langsung ! Kan bagus kalau dia berbahasa sedikit.Takkan itupun tak boleh ? Susah sangat,ke?

      Dia menjengilkan matanya kepadaku.Ish,mamat ni dok jegil mata dia bagai.Macamlah mata dia tu cantik sangat! Huhu... Tapi,memang mata dia cantik pun.Terpukau aku dibuatnya beb! Matanya berwarna hazel kehijau-hijauan.Seriously,mahu cair jiwa aku jikalau terlampau lama sangat melihatnya. Dia ni mix blood of what,eh ? Melayu , kah ? Warganegara , kah ? Eh,apa yang aku melalut ni. Dah sah-sah dia ni Malaysian. Takkan kau tak dengar dia marah dalam  bahasa melayu?

Huh !

          “Hello,excuse me ! Yang kau tengok aku macam nak telan tu,kenapa ? Aku tahulah aku kacak.” Angkat bakul betullah mamat ni !

            “Awak,saya nak pinjam mata awak boleh tak ?”eh, apa yang aku soalnya ni ? Ish,cabul betullah mulut ni ! gerutuku sambil tanganku menampar mulutku yang cabul itu.

            “TAK BOLEH ! Ini mata aku,kalau kau pinjam nanti aku nak melihat gadis diluar sana guna mata siapa?” Aisehman,nikmat  yang Tuhan kurniakan dia gunakan hanya untuk melihat gadis-gadis diluar sana aje ,ke ? tak tahu bersyukur langsunglah mamat ni. Malang sungguhlah siapa yang menjadi isterinya suatu hari nanti.

              “Tak boleh, erk ? Oh, tidak mengapalah. Saya acah awak aje tadi. Dahlah,malas saya nak bertekak dan melayan orang yang ARROGANT , PERAH SANTAN dan PLAYBOY macam awak ni. Apa-apapun saya minta maaf sekali lagi. Biane. Assalamualaikum,”kata terakhirku sambil melajukan langakah menuju ke tempat parkir kereta.

               Arrogant ? Perah Santan ? Playboy , dia panggil aku ? Huh ! Kau tunggulah suatu hari nanti ARROGANT,PERAH SANTAN dan PLAYBOY ini jugalah yang akan menjadi pasangan sehidup semati kau ! Eh, yang aku berharap sangat ni ,kenapakah ? Ishhh..... padam,padam,padam ! dah sengal aku agaknya aku ni ! Tak inginlah aku nak memperisterikan dia tu. Tapi,cantik jugak dia . Eh, aku dah mula tangkap cintan dengan dia ,ke ? Alamak ! Terlupa tanya nama dialah. Arrghh ! Tak mungkinlah !

****************************************************************

       “Apa?!”

      “Ish,yang kamu menjerit ni , kenapa ?Mama rasa sekarang ni memang sesuai sangatlah kalau kamu mendirikan rumahtangga. Usia kamu tu sudah menjangkau 26 tahun. Sepatutnya dalam usia kamu sekarang ini, mama dan papa sudah boleh menimang cucu. At least we have one grandchild , you know ? At least ONE !” Kahwin ? Hurmmm.... topik yang  aku paling tidak sukai sama sekali.
Sebagai tanda protes,aku memeluk tubuhku.

        “Mia tak nak kahwin lagilah ,ma. I’m not ready yet for married ! Even as boyfriend pun Mia tak ada, ini kan lagi pulak you want me to get married ?” akal kancilku datang seraya mengeluarkan telefon  bimbitku .

      “TAK NAK lagi ? Haishh, macam manalah kamu ni nak ada boyfriend, bercakap  dan berkawan dengan diorang pun TIDAK ! Lagi satu , perangai dingin dan keras kepala tu cubalah kawal sedikit. Barulah ada orang akan berminat dan hendak memperisterikan kamu. Kami tetap tidak berkira , kamu kena kahwin jugak ! kami bagi tempoh selama 3 bulan, kalau tidak kamu kena kahwin dengan pilihan kami. Ada faham ?”

        Gurllpp !! Biar betik ? 3 bulan aje ? Macam mana aku nak cari ?

        “Tapi,ma....................” belum habis aku bersuara , mama menggelengkan kepalanya sebagai tiada bantahan.

****************************************************************

      Assalamualaikum. Annyeong ! Hi, awak. Buat apa tu ?
                                                                               -Your Mr.Secret Admirer


     Nada mesej masuk mengejutkan Mia tatkala dia sedang ralit membaca novel Eksperimen Cinta di dalam biliknya. Telefon bimbitnya berjenama Samsung Galaxy S4 itu segera diangkat dan mesej itu segera dibacanya.


  Waalaikumussalam. Annyeong ! Hi,awak. Saya takde buat apa-apa pun. Oh by the way, awak ni siapa ,erkk?? Do I know you ? Do we know each other ?

        Segera punat menghantar itu ditekan. Mr. Secret Admirer ? Hah ! Siapakah dia ? Bagaimanakah dia boleh ada nombor  telefon aku ?


Tik......tok....tik....tok...

      Haisshh, lamanya dia nak balas. Ke dia takut dengan aku? Dia takut nak menjawab pertanyaan aku,ke? Tapi............


Maaf ,lambat balas. Biane ^_^ ( Eh, betul tak saya eja “maaf” dalam bahasa korea ?). Saya kenal awak dan keluarga awak pun kenal saya. Dan saya tahu sangat awak amat meminati Lee Min Ho , bukan ? Hehe.. same with me . Saya pun minat juga dan ramai kawan saya cakap yang muka saya  ada iras-iras Lee Min Ho. Tapi............


         Maaf ? Biane ? Haha...lantak kaulah nak eja  betul ke tidak ? Ada aku kesah?  Yang pasti aku faham dan sebutan hampir sama. Tapi, kejap ! Dia kenal aku ? Dia kenal keluarga aku ? Macam mana dia kenal pulak? Ahah !!  I got it ! Mama punya angkaralah ni. Jyeahh !!! Dia minat Lee Min Ho jugak ! Muka dia iras-iras Lee Min Ho , erkk ?

          Segera lamunan aku teringatkan akan peristiwa dua minggu lepas. Mamat tu !  Harap muka aje macam Lee Min Ho tapi perangai ? MasyaAllah, tak tahulah aku nak cakap macam mana . Punyalah biadap ! Orang dah minta maaf secara baik pun, masih nak menengking? Apa punya orang dahhhhh......... Segera aku sedar akan suatu perkara. Tapi, apa ? Kenapa ?


Tapi ? Kenapa, awak ? Warna kulit awak tak secerah Lee Min Ho,ke ?

      
             Haha... Eh, kenapa aku tulis macam tu pulak ? tak terasa ke dia nanti ? Ah, lantaklah ! Do I care ? I don’t care and never ever care about it !


Eh,bukanlah ! Masalahnya mata saya . Warna mata saya tak sama dengan dia. Hurmmmmmm............... kesiankan dengan saya ?


      Laaa........ yang itu aje,ke? So ? Takkanlah yang itupun rasa macam kecil hati ? lain orang lain warnalah. Tak semua orang mempunyai mata yang sama warnanya laaa......
      Alamak ! Bateri kong la pulak ?  Ah, tak mengapalah,lagipun aku malas nak layan dia ni. Segeraku menaip bait-bait terakhirku kepadanya.


Oh,it’s okaylah awak . Bersyukur ajelah dengan pemberian-Nya. Lagipun, muka dah iras-iras Lee Min Ho pun sudah memadai. Okeylah , saya nak masuk tidur dulu. Assalamualaikum and good night. Don’t forget to wear pampers before you are going off to sleep,eh ? Hehe... Oh by the way,  what’s your name ? Terlupa pulak saya nak bertanya. Again, Assalamualaikum and may have a good day ahead  ya !

Send !

    Beberapa minit kemudian,ia terpadam. Laju langkahku mengecas telefon bimbitku. Setelah kemudian, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata sebelum siang menjelma tidak lama lagi.

****************************************************************

Keesokan paginya .....

      Alamak ! Dah lewat ni. Kuliah Prof  Rozita tinggal lagi lima belas minit saja lagi sebelum bermula. Tergesa-gesa aku bersiap untuk menghadiri kuliah yang amat penting itu.

      Sebaik tiba sahaja di pintu kuliah, aku menguak sedikit untuk menghendap samada Prof Rozita sudah datang atau belum. Belum ? Huh ! Leganya....
.
      Tidak berapa lama kemudian, Prof Rozita pun masuk ke dalam bilik kuliah. But, wait for a while ! I smell somethings fishy. Dia ? Dia pelajar baru , ke? Hurmmm....patutlah aku tak pernah nampak dia sebelum ini. Tapi, dia ni BIADAP sungguh !!

      “Hai,” dia menyapaku. Aku menyepikan diri lalu kemudiannya  membalas  dengan senyuman sahaja.

      Senyum aje ? Tak nak cakap ‘hai’ kat aku,ke? Haishh, sombong gila ! Dia masih terasa pasal kejadian tempoh ,ke ? Takkan dia masih berdendam dengan aku pulak ?

      “Ehem, What’s your name sweetie ? My name is  Muhammad Fakhrul Izzat Syirazi. You can called me Fakhrul or either Syirazi if you want. But I think for you why not you just called me ‘Abang’ because it is the most suit one especially for you,” memaniskan mukanya kepadaku.

      Ish, boleh pula dia berbahasa,eh ? Abang ? Euuwww!! Its too annoying ! Double triple blurkkkk !! Tak ingin aku nak panggil kau dengan gelaran tu. MENYAMPAH ! kau tu bukannya ‘abang’ aku pun. Aku takde abang,okey ? Kau nak jadi abang aku,eh ? Haha.. boleh blah la kau ! Mati hidup balik pun aku seribu kali tak inginlah. Eh, aku  ni mengutuk dalam hati aje melebih kalau cakap depan dia ? HUH ! KECUT PERUT habis ,bebbb !!

    “Assalamualaikum,hai. Nama saya Mia . Abang ?” Nah,ambil kau ! mentang-mentanglah muka kau iras-iras artis korea , sampai lupa hendak memberi salam,eh ? Apa punya orang derrr.......

     “Wa...waa..waalaikumussalam,hai. Yup! Awak panggil aje saya dengan panggilan itu. Sedap,kan ? Haha.. oh by the way , sedap nama awak tu, semanis dan secantik tuan empunya badan. Errr.. errr... awak sudah berpunya atau belum ? Kalau belum bolehlah saya masuk daun,” dia perli aku ,ke ? Fuhh... nasib baiklah sempat cover macho tadi , tidak jatuhlah imej aku sebentar tadi.

     Haha..tahupun tergagap nak menjawabnya. Weyh, seriously lawak gila tengok muka dia apabila menggelabah tak tentu arah. Amboi, pandainya dia mengayat bait-bait itu. Dasar lelaki BUAYA! Huh ~! Daripada buang masa layan mamat buaya ni lebih baik aku beri perhatian kepada Prof di depan sana . Haish,tinggal lagi 5minit aje lagi nak habis kuliahnya. Cepatlah sikit !!

     Sedetik,dua detik,tiga detik,empat detik dan......

          Jyeahhhh ! tamat sudah kuliah Prof Rozita ni . Aku melajukan langkahku berlalu pulang. Eh, boleh pula aku tinggalkan rakan-rakanku dibelakang ? Haha.. lantakkan merekalah. Yang penting aku malas nak layan mamat BUAYA iras-iras Lee Min Ho itu . Bukan aku tak sedar bahawa semasa kuliah tadi, tak henti-henti  dia  dengan sedaya upayanya cuba membawaku berborak-borak bersamanya. Tapi , aku buat derrkk aje dengan dia tu . Tak kuasa aku nak berborak-borak ! Dia ingat aku datang sini nak berborak,ke? Huhhh !! Aku datang sini  untuk menuntut ilmu laa Encik “Lee Min Ho” celop !

          Dalam perjalanan pulang ke kediamanku, telefon bimbitku berdering. Tanpa membuang masa , aku pantas menjawabnya.

        “Hello,Mia. Kau ada dimana ,sekarang ?  Sampai hati kau tinggalkan kitaorang di belakang!,” Haishh,minah sekor ni, tak tahu nak beri salam ,ke ? Kau tunggulah !! senyum sinisku.

          “Waalaikumussalam. Oh , kau Zati. Kau call aku tanya aku ada kat mana , eh ? Aku sekarang ni ada di bahu jalan laaa . On the way nak balik rumah parents aku. Apasal kau tanya ? Eh, aku tak boleh tinggalkan korang,ke ? Suka hati akulah nak balik dulu pun. Lagipun, aku bukannya sengaja tinggalkan korang yang terkedek-kedek umpama itik pulang dipetang hari. I have my own reason !!” meninggikan sedikit suara.

       “Hurmm, iyelah tu ! Weyh, kau kenakan aku , eh ? Haha !! Sorrylah tak beri salam. Biane. Janganlah kau tinggikan suara macam tu. Nanti kang tak pasal-pasal Lee Min Ho kau lari lintang-pukang dek mendengar suara kau ni. Hehe....” Amboi, dia ni. Mentang-mentanglah dia tahu aku minat dan taksub sangat dengan Lee Min Ho,perli pulak ! Ni dah melampau !! Biane ? Haha..

        “Perli aku nampak ! Haha.. takpe kalau dia nak lari pun, abang kedua aku kan ada ? Abang Jung Yong Hwa from CNBlue. Haha.. tunggulah kau. Ada ubi ada batas, ada hari akan kubalas jua. Kejam tak ? dah la weyh, aku sedang drive ni, nanti tak pasal-pasal ada abang pedas,hot sexy and stylo beri surat cinta kat aku. Tak ke haru nanti abang Yong Hwa dan abang Lee Min Ho aku nanti. Oh ya, this weekend kau teman aku pergi MPH boleh tak ? Dah lama aku tak beli novel,rasa gatal pulak tangan aku. See you on Saturday,babeyhh !! Assalamualaikum,” sengal betul punya kawan. Gerutu Izzati dalam hati .

****************************************************************


  Annyeonghaseyo, Lee Min Ho. Aku tunggu kau disana,okey? I’ m so sorry bcoz can’t go there with you but I’m still will wait you over there.Okay,baby?


      Ceh,perli aku lagi! Annyeong ! lain kali sms laa awal-awal. Ni tak, buat aku tunggu kau macam anak patung aje. Kau ingat aku ni tunggul kayu , ke ? Kenapa tak hantar mesej esok hari saja ? takpun, tahun depan . Kan bagus?

Di MPH.......

    “Sorry ,beb! Aku takleh picked up kau tadi. Tiba-tiba aje adik aku suruh hantar dia pergi jumpa kawan dia di sekitar sini.  Pada mulanya, memang aku ingat nak berpatah balik pergi rumah kau, tapi, bila aku fikir masak-masak , buang masa aje , kan ? Kan , kan ? Haha.. again, I am so sorry for that.”

   “It’s okay,dear. Aku tak kesah pun . I don’t mind at all, baby. Dah, jom kita masuk dalam !” aku menarik lengannya masuk ke dalam kedai.

    Wah ~! Rindunya aku pada kedai ini . Rindu sangat-sangat . Rindu juga aku pada novel-novel ini. Rindu yang sehingga menusuk kalbu ini. Haha.. korang ingat rindu pada sang kekasih aje yang boleh sehingga menusuk kalbu ? Rindu pada novel pun ada lerrr..
.
      Aku bergerak pergi ke rak-rak novel . Izzati ? hurmm... biasalah .  Orang dah nak kahwin hujung tahun ni,buku resepilah jadi pilihannya. Lagipun, jarak rak novel dan buku resepi bukannya jauh sangat pun. Aku tak kesah pun ! Dia meluangkan masa  dengan menemaniku ini pun dah lebih daripada cukup.

      Sedari aku melilau sambil jariku gatal memilih novel , tiba-tiba ianya terhenti pada sebuah novel . Yessss !!! Aku sudah menjumpai novel pilihanku ini.  But, wait a minute........ tangan siapa pulak yang dok menggatal pegang novel yang aku pegang ni ?

    “Hai,” dia menyapaku . Oh Shitttttttttttttttttttttttttttttttt !!! Mamat Lee Min Ho celop ! 

  Tak ada orang lain ke dalam dunia ni ? Pergi sana , pergi sini, jumpa dia lagi . Kaum Adam dalam dunia ni dah pupus , ke ? Balik, balik, muka dia ! MENYAMPAH !!

     “Assalamualaikum,oiiiii !! Awak takde novel lain ke nak ambil ? This is my novel and I am the owner soon after I paid for it !! Understood ? Novel ‘Suamiku Ekslusif’ is mine not yours ! Nah, ambil novel ni dan pergi main jauh-jauh,” kataku sambil mengambil novel ‘Mr. Secret Admirer’ lalu memberi kepadanya.
       “Amboi,sedapnya bahasa cik adik !!! Tak padan dengan saiz tubuh badan ! Eh, awak ingat saya ingin sangat dengan novel awak ambil itu, ke ? Huh ! Saya seribu kali tak inginlah !,” dia mendengus .

      Hek eleh, mamat ni. Aku cepuk karang..... Tak ingin? Huh ! kalau tak ingin kenapa kau menggatal ambil jugak ? Tak ke pelik jawapan yang kau bagi itu ? Haha.. ayat tak blah betul mamat ni.

     “Seribu kali tak ingin ? Betul ? Tapi macam mana awak  ambil novel tu tadi ? Is there anything gonna be happen ? Are you well ? I hope so .” tanyaku kepadanya.

      Ish,minah ni. Soal aku macamlah aku ni tak betul ? Dia ingat aku ni ada wayar yang terputus,ke? Eh, tapi betul jugak apa yang dia katakan tadi . Betul ke aku seribu kali tak ingin ? Hehe.. lantaklah !

      “Am I well ? What are you trying to say about ? Am I crazy ? Is that so ? Hello !!! I’m still can thinking with positively . You know ?” huh ! Tapi yang mana satu aku nak ambil ni ? Novel di tangan dia atau yang dia beri kepada aku tadi ? Hurrmm... ambil ajelah yang ada kat tangan aku ni . Novel Secret Admirer pun , Admirer laa.. asalkan ada juga novel yang aku nak baca nanti.

      Eh, macam mana dia boleh tahu ? Dia ni ahli nujum,ke ? Adik-beradik Nujum Pak Belalang ? Haish,pandai jugak teka. Kalau macam ni senanglah sikit kerja aku , takdelah perlu explain banyak kali. Buat kering air liur aje . Iye tak ?

    “Pandainya awak teka. Baguslah kalau awak tahu sebab tak perlulah saya explain lagi . You had make my works better than I thought!  Grazias .” Grazias ? haha...ambil kau, habis terkeluar spanish aku . Kau ingat aku tahu bahasa Malaysia , Inggeris , Cina dan Korea aje ,ke ? Spanish pun aku taulah. Haha..tapi,setiap kali exam spanish aku cukup-cukup makan aje. Hehe..

      Laaa..... dia baru tahu ke yang aku ni pandai ? Ishh,ishh,ishh... kesiannya. Maknanya betullah dia kata aku “crazy” ? Oh Mammaaaaaaa !!!! Takpe kau, today is your day but i don’t think you will get another chances anymore from me.

      “Apa tengok,tengok ! Tak pernah tengok manusia ke sebelum ni ? Cucuk biji mata baru tahu ! Dahlah, nah ! Awak ambil buku novel MSA ni , saya nak pergi bayar novel saya ni . Bye, Assalamualaikum and I hope you will never disturb me anymore ! NEVER !” eh,minah ni . Aku cepuk kau kang !! Kau tengoklah , ada ubi ada batas,ada hari akan kubalas !!!

      Aku melajukan langkah menuju ke kaunter bayaran. Haish,rasa menyesal pulak aku datang sini . Mamat Lee Min Ho celop ni pun satu kes jugak, takde kedai buku lain ke dia nak perginya ? MENYAMPAH aku tengok muka dia !!! Eh, mana perginya Izzati ni ? Tak habis lagi ke memilihnya ? Makk aihh...lamanya. Dia ni pergi pilih ke buat ? Huh ! Ahah! Aku mesej dia ajelah , jumpa di tempat biasa.


   Assalamualaikum, wife-to-be . Kau ni pergi beli buku ke buat ? Lama gilerrr !! Weyh,aku chow dulu!  Kita jumpa kat tempat biasa,okey! Annyeong
                                                        ~Min Ho-wife-to-be

 Send !

       Telefon pintar Izzati bergetar sambil diiringi dengan nada dering yang amat mengasyikkan .. hehe..lagu apa lagi kalau bukan dari kumpulan Forteen.

         Eh,awalnya dia siap beli ? Selalunya aku yang kena tunggu dia berjam-jam beli novel . Ni tak , aku baru aje grab sebuah buku masakan dia dah habis beli ? Impossible . Sihat ke tidak kawan aku yang sorang ni ? Dia demam ke apa ?  Hurmmm.. berita panas ni !!!


      Waalaikumussalam,Min Ho-wife-to-be . Aku baru aje grab sebuah buku ni,hah ! yang kau ni mimpi apa cepat sangatnya beli ? kau ni sihat ke tak ? Oh,okey. Kita met up kat sana . Bye,Annyeong!
                                                          ~ Hafiz-wife-to-be



  “ Stand by me ! nal barabwajwo ajik sarangeul moreujima
  Stand by me ! nal jikyeobwajwo ajik sarange seotuljiman .........”


      Segeraku membaca mesej yang dibalas oleh Izzati . Eh, dia  kata aku tak sihat ? Bertuah punya kawannnn !!!! Ada ke patut ? Hafiz-wife-to-be ? haha.. nak mention la tu yang sekarang ni dia bakal isteri kepada Hafiz lerr tu . Apa-apa ajelah kawan ! Asal kau bahagia sudah .

    Sedang menunggu dia tiba, aku memesan air minuman.

      “Waiter!” dengan segera dia datang ke meja tempat dudukku .

       “Yes, Miss. What would you like to order it ?” dia menanyaku. Makkk aihhh.. handsomenya “waiter” ni. Aku mengelamun seketika. Eh, apa ni !!

        “Oh,yes. I would like to have an orange juice please.  That’s all. Thanks.” ujarku kepadanya.

         Sebaik sahaja dia berlalu, mataku terpandang sepasang kekasih mungkin yang sedang hangat bermesra-mesraan . MasyaAllah, pakai pakaian macam tak cukup kain aje aku tengok perempuan tu . Aku ni nak kata pandai sangat bab agama ni taklah, tapi at least aku takdelah pakai pakaian  sehingga menampakkan lurah berbentuk “v” tu. Tak tahu malu ,ke ? Yang laki tu pun satu , mata tak habis-habis pandangan benda tu . Euuwww!!! Ish,buat apalah aku pandang semua tu , tengok benda lain lagi baguslah.        

         But,wait a minute!!  Bukankah dia Mamat Lee Min Ho celop ? Itu taste kau ke ? Haish,memang betullah firasat aku masa first meet dengan kau dulu.Malang sunggulah isteri kau nanti,weyh!! Tapi, betul ke yang tu makwe dia ? ish,yang aku nak jealous , kenapakah ?
      
       Dia melambaiku? Mengenyitkan matanya yang hazel kehijauan-hijauan kepadaku? Eh ? makwe ada depan mata pun sempat lagi,ke ? Huh! Memang dasar BUAYA DARAT laa kau ni !  Dia mengeratkan lagi kedudukannya dengan perempuan abysmal tu . Kau ingat aku nak cemburu,ke ? Cemburu ? haha.. dalam mimpi kaulah ! Tapi,betul ke aku tak ada sedikit pun perasaan cemburu itu ? Eh, apa ni Mia. Buang jauh-jauh. Tak inginlah kau nak jadikan dia teman lelaki kau. Simpang malaikat empat puluh empat .

       Wahai , Izzati . Cepatlah kau !! aku dah naik menyampah dengan adengan panas mamat Lee Min Ho celop denga minah abysmal ni.  Apasal lambat sangat ? Huh ! Aku keluar dululah ! Jus oren yang baru tiba itu segera kuhabiskan lalu meninggalkan not RM10. Argh ! lantaklah bakinya. Derma ajelah . Aku mengeluarkan telefon pintarku untuk menghubungi Izzati .

           Baru beberapa langkah saja hendak keluar ,kami bertemu.

             “Weyh, kau nak pergi mana ? Kata nak met up kat restoran ni , apasal tetiba aje kau blah ni ? Nanti-nantilah dulu, aku baru aje ingat nak basahkan tekak aku yang kekeringan ni. Please .” dia kehairanan sambil membuat muka meraih simpati . Kau buat ajelah muka simpati macam mana pun, aku takde hairan pun. Tanpa membuang masa, aku mengheret dia mengikutku keluar dari restoran itu.

    “Hey,what was happened ? cuba kau cerita kat aku . Kenapa dengan kau ni ? Angin tak tentu pasal. Kalau pasal aku lambat tu,sorrylah beb ! Biane . Aku tak sengaja nak keluar lambat. Lagipun, ramai sangat orang beratur kat kaunter tadi. Sorrylah,eh ?”dia meleraikan pegangan tangannya dariku.

     “Nothing was happened . Takde apa-apa pun yang interesting nak cerita kat kau. Pasal kau lambat? Taklah,aku tak marah kau pun. Lagipun, memang betul apa ramai orang di MPH tadi ? Sampaikan aku  sendiri pun kena tunggu punya lama tau! Hehe.. dahlah. Aku nak balik. Nak rehatkan minda dengan melelapkan mata buat seketika . Jomlah !” terangku kepada Izzati yang masih terkial-kial menangkap maksudku.

****************************************************************

   Sesampai di rumah,

             Ah,leganya dah sampai rumah.Keluhku seorang diri.Aku mengambil remote television lalu membuka saluran kegemaranku. Hehe.. Saluran apa lagi kalau tak lain tak bukan, Channel 393 ,jawapannya. Korea ! Korea ! Korea ! Yang itu aje yang aku ingat setiap kali menghadap televisyen . Yes!  Cerita Running Man sedang bersiaran lah ! Kali ni ada kumpulan BigBang laa.. Oh,yes ! Makk aihh.. semuanya berpakaian ala kerabat diraja ajelah. Ji Hyo unnie cantik berpakaian macam Cinderella . Hurmm... Haha.. lawak betullah GD ni . Dia tak pernah jumpa sawah padi,ke? Habis satu badan dia dipenuhi lumpur, orang lain takpun ! Tanpaku sedar, aku melelapkan mata , entah berapa lama aku terlelapnya .

           Ah,betapa indahnya mimpiku sekarang ini. Dikelilingi dengan penuh bunga-bunga yang penuh keharuman wangi-wangian. Aku terpaku tatkala melihat seorang jejaka kacak sedang datang kearah ku dengan penuh bergaya. Datang membawa sejambak bunga mawar yang harum semerbak . Seorang jejaka yang mempunyai hidung mancung , mempunyai sepasang mata yang cukup memukau diriku. Semakin lama dia semakin menghampiriku, dan dia datang melututkan lalu melamarku.
 
        “Wahai Cik Mia Adriana Lee , sudah sekian lamanya saya mencari seorang wanita seperti awak , akhirnya saya sudah menjumpai. Andai kata orang yang saya maksudkan itu ialah awak, sudikah awak menjadi suri hati saya buat selama-lamanya ?” terkaku aku . Dia melamarku ? Apa yang harus aku lakukan ? haish, takkanlah sekarang ini juga aku nak menjawab lamarannya.
 
          “Err.... err...” tergagap aku mahu membalasnya. Namun, sempat dia menyekat . Dia meletakkan jarinya dibibirku .

           “Shh.... awak tak perlu bagi jawapannya sekarang . Saya tahu mungkin ianya terlalu drastik dan awak memerlukan masa. Awak ambillah seberapa banyak masa , saya sentiasa menunggu awak . Kalau awak sudah bersedia , nanti saya akan pergi minta kebenaran daripada ibu bapa awak. Okey,sayang ?” dengan nada romantik , hembusan nafasnya yang hampir denganku telah membuatkan diriku semakin tidak keruan. Ditambah lagi dengan panggilan “Sayang”. Ahhhh.. mahu melayangnya aku nanti .
Eh, behave Mia , behave ! nanti apa pulak dia fikir . Aku hanya mengangguk sahaja .

       Disaat bahagia itu , aku merasakan ada seorang wanita datang meluru kearahku .  Laju sahaja langkahnya ibarat ada sesuatu yang dikejarnya . Penting sangatkah ?

      Panggggg !!!!

       Berdesing telinga aku , weyh !! Eh,apasal dengan minah ni ? Hidung tak mancung , pipi tersorong-sorang, tetiba aje datang smash aku ? Aku ada buat salah dengan dia sebelum ni ,ke ?  Taklah kot sebab kenal dia pun tidak  ! Merah jugaklah pipi aku . Fuhh!! Sedap jugak minah ni penampar aku , berapa kilo losyen dia pakai , eh ?

       Mamat tu ? Huh! Buat derrkk aje ! takde sikap GENTLEMAN langsung ! Tapi , kenapa dia nampak lain aje , hah ?

    “Oi, betina ! Kau dengar baik-baik apa yang aku nak beritahu kau . Dia tunang aku dan kami akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi . So, jangan menggedik sangat dengan tunang aku . Kau FAHAM !”  hancur luluh hatiku tatkala mendengar penjelasan yang dikeluarkan oleh wanita itu .

          Astagfirullahalazim , dia tunangan orang ke ? Macam manalah aku boleh terbayang-bayangan masa depan aku dengan si dia . Haish, lebih baik aku padamkan cepat-cepat! Dengan geramnya aku memaki hamunnya . Amboi, sedapnya dia berkata-kata . Bak menanam tebu ditepi bibir . Huh ! Menyampah aku dengan mamat macam ni . Semua lelaki sama aje . tak boleh percaya langsung. Dah ada satu nak pasang lagi satu . Diorang ingat kaum Hawa ni boleh dipermainkan ?

         “Oi,jantan PENIPU BESAR !  dasar BUAYA DARAT memang buaya daratlah engkau . Semua lelaki sama aje. Tak boleh percaya 100% langsung ! sanggup kau buat aku macam ni ? Sanggup ? Arghhh !!! apa punya jantanlah kau ni ! Sudahlah, aku tak perlukan masa pun nak fikirkan lamaran kau tadi, jawapannya TIDAK ! Aku tak inginlah bersuamikan BUAYA DARAT dan tak setia macam awak ni!  Sayang ? Huh ! boleh blah lah kau ! sayang kau takde makna lagi bagi aku . MELAYANG lah kau dengan sayang kau tu .”sinis aku .

       Dia menarik tanganku . Dengan pantasnya, aku menempis . Dia ingat aku ni perempuan murahan,ke? Sesuka hati aje nak pegang . Hello, excuse me. Suami aku aje yang ada hak nak pegang aku,okey !

     “Awak,dengar dulu penjelasan saya,” penjelasan ? Huh ! apa lagi alasan yang kau nak reka kan ? Tak cukup lagi kau tipu aku yang kau ni tunangan orang ? Dasar lelaki ...... Argghhh!!!!
  
     “Hei, awak ! Dengar sini baik-baik ,okey ! Mulai hari ni , jangan ganggu saya lagi. Saya tak suka kalau awak ganggu saya lagi selepas ini.”rayuku kepadanya. Sekali lagi dia cuba mendapatkan tanganku . Aku dengan sedaya upaya cuba menempisnya.

      “Tolonglah,awak.... jangan ganggu saya. Awak jagalah tunang awak baik-baik. Jangan biarkan dia dikebas orang lain.”rayuku sekali lagi seraya  cuba melepaskan pegangan tangannya . Dengan tidak semena-mena ,  dia jatuh terjelopok .

           Debukkkk !!

       Aduhhh !!! Sakitlah ngok ! Ni mesti kes mimpi waktu maghrib lagi ? Haish, Mia, Mia, apa nak jadilah dengan kau. Itulah, aku suruh kau cari pasangan kau tak nak . Bermacam alasan yang kau berikan . Aku tak cukup duit lagilah. Aku takde pasanganlah. Aku tak bersedia lagilah. Nanti-nanti ajelah aku fikirkan. Huh !
 Dah naik menyampah aku dengan alasan dia.

     “Hoi,Lee Min Ho-wife-to-be lah kononnya. Bangun cepat !Apa ni anak dara masih tidur waktu Maghrib ni? Kau mimpi , eh ? Kau mimpi apa tadi ? Dahsyat giler mimpi kau , eh ? Sampaikan kau tolak aku tadi ?” aku merasakan bahawa ada seseorang sedang memanggilku. Eh, aku dimana sekarang ? Dalam rumah ? Hah ? Bukankah tadi aku berada di taman yang indah bagaikan syurga ?

      “Hah ? Awak siapa ? Saya ada dimana sekarang ? Cik, saya ada dimana sekarang ? Cik takde niat nak culik saya,kan ?” mamaiku .

      Eh,apa kena dengan rakan serumah aku ni ? Dia ni betul ke tidak ? Haha.... aku nak culik dia ? Buat apalah aku nak culik kau,weyh ! Takde faedahnya. Aku taulah kau tu anak orang orang kaya, tapi kalau aku nak culik pun aku takkan culik kaulah . Aku culik adik kau si Najmi lagi bagus . Bawa dia lari pergi Siam and then nikah terus kat sana. Haha.. Eh,apa yang melalut ni ? Dapat tahu si Hafiz tu, alahai.... mahu merajuk hampir 2 minggu jugak !

         “Ha’ah, Cik Mia Farah Amielia a.k.a Mia Adriana Lee . Saya nak culik cik adik bawa pergi sempadan negeri . Kalau jual ni mesti laku ,kan ? Haish, kaya saya tak lama lagi,” panas aku . Haha...

          Aku tersedar bahawa aku dipermainkan oleh rakan serumah aku. Eeeiiiiiiii......... geramnya aku. Boleh dia main-mainkan aku,eh ? Kau tunggulah !!! Aku bancuh kau kaw-kaw. Aku menggapai kusyen yang hampir dengan kedudukanku lalu membaling kearah Izzati yang sedang  tersengih-sengih .

    “Oiii, sakitlah ngok ! Dah , kau bangun sekarang. Apa punya orang derr.. Kau tengok televisyen atau televisyen yang tengok kau ? Oh ,ya. Tadi your sweet
heart forever ada call. Dia kata tempoh tu tinggal lagi sebulan aje lagi. What’s up ?Ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku,ke ? Mia, cuba kau beritahu aku.
Tempoh apa tu ?” aku senyum saja.

        Mama telefon ? What ? Alamak, tak sedarlah pulak aku ! Pejam celik pejam celik , sudah dua bulan tempoh itu berlalu. Hurmm...macam mana ni ? Nak aku terima calon pilihan mama atau cari sendiri ? Aku nak cari calon suami sendiri ? Haha.. lawak !

     Takkan punya aku nak cari calon suami sendiri. Nak tak nak terpaksa ajelah aku menyerah kalah. Mungkin jodoh pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik untuk diriku. Alahai, malangnya siapa yang menjadi calon  menantu pilihan keluargaku itu. Iyelah, aku ni manalah pandai masak. Masak telur goreng tu bolehlah. Takkan nanti dia nak makan telur goreng hari-hari ,kot ?  Ishh, ishh, ishh... kesiannya. But why not , aku start belajar masak for the sake of my future soon with him. Eh, jauhnya aku fikir.

       “Takde apa-apalah. Nanti ajelah . Lambat laun kau akan tahu jugak .” jawabku kepada Izzati yang sedari tadi tekun memandangku dengan perasaan ingin tahu. Namun, aku melihatnya seperti tidak percaya apa yang aku terangkan kepadanya.

   “Kenapa pandang aku macam tu ? Betul,aku takde apa-apa. Kau ni , buat aku macam orang bersalah ajelah,” rajukku.

*******************************************************************

     Sebulan sudah berlalu dan aku sudah pun memberi kata putusku kepada ibu bapaku . Biar mereka ajelah yang uruskan. Aku reda dengan ketentuan yang ditentukan oleh-Nya . Mungkin inilah jodoh pilihanku yang terbaik dalam hidupku. Esok merupakan hari pertemuan aku dengan calon pilihan keluarga . Eh, nak kata keluarga atau mama ? Hurmm.. mana-mana pun bolehlah.

          Awak, jangan lambat sampai . Saya tak suka orang yang tidak menepati
 janji. Lambat, saya batalkan pernikahan kita .
-        Your hubby-to-be-soon-

     Nada dering Stand by Me berbunyi. Aku dengan segera membaca isinya. Eh, mamat ni. Belum apa-apa lagi dah nak batalkan pernikahan ? Kau ingat aku ingin sangat dengan kau ? Hei, aku tak inginlah ! Kenal kau pun tidak . Porahh !! Eh, macam mana dia boleh ada nombor telefon bimbit aku ? Deyyyyy !! dia kan calon suami kau mestilah ada. Ngok binti ngek lah kau ni.

     Haha.. tapi, bagusnya dia ni ada nombor aku sedang aku ? langsung tak nak ambil tahu menahu langsung nombor telefon dia . Buat apa aku perlu ada nombor dia ? Aku bukannya nak telefon atau mesej dia pun.

      Dalam aku membebel seorang diri didalam kereta sebentar tadi, akhirnya aku sampai jua . Aku melangkah keluar dari keretaku lalu melangkah masuk kedalam . Aku mengambil tempat yang sudah ditempah khas katanya.

      “See. Kau tengok siapa yang datang dahulu ? Aku yang lambat ke kau ? Suruh datang awal tapi batang hidung pun tak nampak lagi. Tapi, kejap! Macam mana aku nak nampak batang hidung dia. Aku pernah kenal dia pun tidak. Hehe... tapi, apa yang aku tahu dia memakai baju sama warna denganku. Katanya senang mahu kenal. LoL! Statement takleh blah langsung.”gerutuku sambil mataku meninjau akan keindahan restoran serba mewah ini.

        Sedari itu, aku terdengar suara orang memanggil namaku.

       “Excuse me. Are you  Mia Adriana Lee ?” aku mengalihkan badanku untuk melihat siapakah gerangan suara itu.  Aku tergamam seketika. Oh Mama !! Mama takde calon lain ke dalam dunia ni ? Kenapa dia ? Hampir pengsan aku melihat si dia.

     “Err.... err.... yes,I am” tergagap-gagap aku menjawabnya. Dia tersenyum . Oii ,pak cik ! kau jangan senyum lama-lama boleh tak ? Boleh cair hati aku lama-lama. Haish, dia ni kenapakah ? Ada yang tak kena dengan aku,ke ?

      “Hello, awak. Are you still here ?” aku menyedarkan dia. Dah tak betul ke dia ni ? Tersenyum-senyum tengok aku.

     “Haha... saya tak sangka yang awak ni calon pilihan keluarga saya. Kecilnya dunia ni. Saya tak sangka yang awak ni bakal menjadi teman hidup saya sepanjang hayat . Awak ? Saya ? hehe...” sinisnya. Eh,kenapa dengan dia ? Bunyi macam tak suka aje ? Kalau tak suka aku jadi isteri dia , beritahu ajelah keluarga dia. Dia kan lelaki. Senanglah sikit nanti kerja aku nak beritahu keluarga aku pulak!

     “Awak? Saya ? Apa ? Saya tak berapa nak faham apa yang awak cuba nak katakan . Atau awak nak maksudkan yang saya ni pengacau dalam hidup ,kan ? So if that case , why not awak aje yang beritahu parents kita yang kita ni tak boleh hidup bersama. Clear ! Okeylah, saya balik dulu. Malas saya nak layan awak. Kalaulah saya tahu orangnya ialah awak, saya takkan datang kesini. Assalamualaikum,” kataku dengan penuh emosional dengan diiringi airmata.

      “Awak... tunggu dulu. Dengar dulu apa yang saya nak katakan. Awakk........” aku berlalu keluar dari restoran mewah itu.

       Dia menangis ? Sebab apakah ? Dia terasa,ke ? Ya Allah, apa yang aku sudah lakukan kepadanya ? Tak boleh jadi ni. Aku mesti pergi berjumpa dengannya juga. Aku tak nak kehilangannya . TAK NAK ! Ya, aku mengaku . Aku sudah jatuh cinta dengannya sejak pertama kali bertemu dengannya. Aku tidak tahu bagaimana ianya berlaku tetapi sejak peristiwa itu, bayangan dia seringkali aku bayangkan . Aku harus mengucapkan terima kasih kepada ibu bapaku kerana telah menemukan dan menjodohkan aku dengannya. Aku merasakan bahawa akulah manusia yang paling bahagia disaat ini. Syirazi, you can do it !

     “Assalamualaikum. Eh, mana semua orang ? Bikkkkk.... Bibikkkk !!!!” jerit Syirazi memanggil orang gajinya itu.

       “Iya !” laung bibik dari arah dapur. Dengan gembiranya Syirazi melangkah pergi ke dapur . Sesampai aje didapur, dia membuka peti sejuk lalu mengeluarkan botol  jus oren  dan menuangkan ke dalam gelas.

      “Bik,mana semua orang dalam rumah ni ? Sunyi sepi aje ,” soal Syirazi kepada orang gajinya sambil meneguk jus oren yang dituangnya sebentar tadi.

      “Mama kamu baru aje pamit sebentar tadi. Dia bilang mahu ketemu sama... err... siapa entah ? ya, dia bilang mahu ketemu sama bakal besannnya.  Papa kamu seperti biasa ajelah.” Angguk Syirazi sebagai tanda mengerti . Mama jumpa bakal besannya ? Oh yesss !! Nanti dia balik aku beritahu ajelah berita ni. Mesti dia gembira dengan berita yang aku nak sampaikan . Eh, pembetulan. Bukan mama seorang sahaja yang gembira akan tetapi seluruh keluargaku turut tumpang gembira. Maklum ajelah, raja segala buaya nak kahwin juga akhirnya. Eh, buaya sangat ke aku ni ? taklah kot.

 Pada malam itu ,

      “Ma... Pa... Errr....hurm... macam mana ya angah nak terangkan,” tergagap dia . Mama dan Papa Syirazi menoleh melihat anak teruna mereka yang sudah menjangkau 28 tahun ini.

     “Eh,kenapa tergagap ni ? Ada apa sebenarnya anak mama nak beritahu ?” lembut suara seorang ibu menanyakan kepada anaknya.

     “Err... kalau angah beritahu Mama dan Papa ,janji jangan ketawakan,eh ?” apa kena dengan anak aku  ni ? Nak ketawa buat apa pulak ?

    “Cakap ajelah. Buat apa kami nak ketawakan anak sendiri. Kan,Yang?” Papa menyampuk.

     “Err... sebenarnya, Syirazi nak kahwin.”kata-kata itu hampir memeranjatkan semua orang yang ada di ruang tamu itu.

       “Weyh,bro. Cuba kau ulang sekali lagi ? Aku tak salah dengar,kan ? Kau nak kahwin? Dengan siapa ?  Nadia ? Iffa ? Sherry ? Azleen ? tak pun dengan si Myra ?” soal abang sulung.

      Eh,abang aku ni. Bukannya nak sokong adik dia, perli lagilah ada. Huh! Aku taulah yang aku ni kaki perempuan but at least takkanlah aku takleh nak kahwin kot .

      Nadia ? Iffa ? Sherry ? Azleen ?Myra ? Euww.. sorrylah. Dengan minah abysmal tu ? Nak buat bini ? Tak ingin aku ! Bagi percuma pun aku tak ingin !! TAK INGIN ! Mati hidup balik pun, aku tak inginlah beristerikan mereka.

     “Ish, apa Along ni. Tak baik cakap adik awak macam tu. Itu jugak merupakan suatu doa seorang abang kepada seorang adik. Along nak ke adik ipar yang abysmal tu ?”mama bersuara . Oh yes ! Mama menyebelahi aku . Sayang mama ketat-ketat. Muahhhhh !! Along menundukkan mukanya kebawah. Hehe...

      “Okey,cuba anak  mama yang bucuk masam ni explain pada mama. Apakah yang menyebabkan anak teruna mama yang seorang ini terbuka hati nak mendirikan rumahtangga ? Adakah sebab angah sudah  berkenan dengan calon mama ?” mama tersenyum sinis kepadaku. Ish, mama ni macam nak  kenenkan aku aje ? Huhu...

        Aku tersipu-sipu malu. Eh ! yang aku nak tersipu-sipu malu macam anak dara nak kena meminang ni, apakah ? Hehe.. tapi, cepat sungguh mama aku ni tangkap maksud tersirat aku , kan ? Mama siapalah ,eh ?

         “Betulkah apa yang  mama katakan sebentar tadi ? kalau begitu, dengan segera jugak mama dan papa pergi meminang dia untuk anak teruna mama yang seorang ni,” kata mama seraya mengambil remote control untuk mengalihkan siaran yang pada pendapatnya tidak berapa menarik ditonton.

            “Amboi,maaaa.........pasal nak menantu cepat aje , kan ?” Along menyampuk sekali lagi lalu mengambil tempatnya disebelah aku . Sempat lagi dia menyiku aku ? Nak duduk tepi aku duduk ajelah. Yang kau nak main siku-siku aku ni , kenapakah ?

          “ Eh ! apa pulak kamu cakap macam tu , along . Benda baik mana boleh dilengah-lengahkan . Takut nanti disambar helang ,” ujar mama sambil matanya melirik kepadaku.

           “Ha’ah, betul tu mama. Apalah along ni, harapkan besar panjang aje tapi hampeh ! Tapi ,  mama kena tolong angah boleh tak ?” perli aku kepada along. Nah ! ambek kau .Mama mengerut keningnya .

            “Apa?”

          “Mama kena tolong angah pikatkan si Mia . Boleh ke tidak ?” tanyaku kepada mama.
        
            What!!!!!!!!!

     Terkejut semua yang berada disitu. Yang paling terkejut beruk sekali , Along .

  “wo....wo....wo... kau biar betul, angah? Nakkan mama tolong pikatkan Mia untuk kau? Playboy macam kau pun, suruh mama lagi ? since when my younger brother afraid off ?” Ish,along ni . Kang makan free kick nampak !

    “iyelah, angah . Takkan mama yang nak tolong angah pikatkan Mia . Angah kan banyak sangat perempuan until you are known as playboy around us. Sorry. Bab memikat ni , mama tak nak tolong kamu . Betul tak , Abang ?”tanya mama kepada papa. Lantas, papa hanya mengangguk sahaja . Perasan aku pada masa ini adalah.................. entahlah.

       “errr....kalau mama takleh tolong angah takpelah. Nanti akan angah usahakan sendiri. Mama dengan Papa doakan semoga angah dapat memikat hati Mia , eh ? Okeylah , angah minta diri dulu . Angah nak masuk berehat jap. Lagipun, angah belum tunaikan solat Isyak lagi,” pamitku.

          Lebih baik aku blah cepat-cepat , nanti kang tak pasal-pasal dengar ceramah percuma . Papa tu bukannya boleh sangat, pantang anak-anaknya melengahkan solat sikit mulalah membebel. Nampak aje luaran pendiam tapi bila datangnya bab-bab agama.... perghhhh !!! superb ! Apa-apa pun aku bersyukur sangat adanya seorang bapa yang amat mementingkan perihal solat kepada setiap anggota keluarganya.

       “Astagfirullahalazim........ apa nak jadi dengan kamu ni , angah ? Macam mana kamu nak memimpin  keluarga kamu nanti , hah ? Perkara yang mudah pun , kamu melengahkan . Solat itu tiang agama , kamu tahu tak ? Dah, pergi cepat tunaikannya. Maut takkan menunggu kamu punya. Cuba bayangkan kalau tetiba aje datangnya malaikat maut datang mengambil nyawa kamu dan pada waktu kamu tidak sempat lagi menunaikan solat atau lebih jelas lagi , kamu tidak pernah bertaubat untuk mengisafinya................................. ” Well, as I thought it as usual. Dah jelas,kan ?

*******************************************************************

       “What? Cuba mama repeat again . Mia tak bermimpi,kan ?”terkejut Mia tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Sri Azizah .

              Ada orang datang merisik aku  ? Siapakah gerangan jejaka tersebut ? Aku kenal ke dengannya ? Takkanlah dengan .......... Ish, apa ni Mia ! Tak KUASA aku nak jadi isteri dia . Isteri kepada BUAYA ? Entah-entah mamat Lee Min Ho celop tu pun kena paksa kahwin dengan aku jugak  entah . Tengok ajelah cara dia layan aku masa pertemuan dengannya tempoh hari . Entah pada waktu tu dia mahu suruh aku batalkan rancangan mereka entah ? manalah mungkin dia nak kahwin dengan aku ni . Iyelah, aku ni manalah cantik seperti girlfriends dia tu . Hurmm......

     “Apa yang kamu nak terkejutkannya itu , Mia ? Betullah apa yang mama beritahu kamu itu. Kamu tak nak tanya mama , siapakah bakal suami kamu nanti ?”soal Puan Sri Azizah kepada aku yang sedang seperti memikirkan sesuatu di fikiran . Aku tersedar dari lamunan . Betul ? Aku menampar  pipi dengan sekuat hatiku . Adushhh !! sakit gilerrr ! Jadi betullah aku tak bermimpi .

       “Siapa dia ? Mia kenal tak dengan dia ?”laju aku menyoal . Eh ! macam aku setuju sangatlah dengan perkahwinan ini .

       “Amboi , Mia.... dah tak sabar ,ke ? Kot iye pun , sabar ajelah. Dia tak lari mana pun , lagipun dia yang beriya-iya sangat suruh orang tua dia masuk meminang kamu.  Kata  orang tuanya , anak teruna mereka  takut kamu disambar orang nanti jikalau lambat . Mama rasa kamu dah pernah jumpa dengan dia sebulan yang lepas .” ujar Puan Sri Azizah kepada  Mia . Aku menggaru-garukan kepalaku yang tidak gatal ini .
    “Sebulan yang lepas? Siapa dia ?” desakku  untuk merungkaikan soalan yang membelungi  pemikiranku pada masa ini .

    “Aikkk, takkan tak ingat dah ? Ala, kamu ingat lagi tak pertemuan kamu dengan seorang jejaka yang muka dia macam  artis korea kamu tu . Siapa entah  ? MinHo ?”Puan Sri Azizah seakan-akan sedang memikirkan nama jejaka artis korea kegemaran anak daranya itu.

    “ Nama dia Lee Min Ho laa .... apalah mama ni . Takkan itupun tidak tahu . Mia nak merajuklah macam ni.” Rajukku .

     “alolo....merajuklah pulak anak emas mama ni.Takkan itupun sensitif ? Come on lah.  So, macam mana ? Mia dah ingat ?” soal Puan Sri Azizah lagi yang seakan-akan tidak berputus asa mengetahui jawapannya yang ingin diberikan oleh anaknya itu.

     “Muhammad Fakhrul Izzat Syirazi itu ke , mama ?” tekaku acuh tak acuh . Papa tersenyum mendengar tekaan aku itu. Hai, papa... jangan fikir yang bukan-bukan sudahlah.

     “Muhammad Fakhrul Izzat Syirazi ? Amboi, anak mama ni siap hafal nama bakal suami dia lagi .  Kalau macam ni senanglah kerja kita selepas ni kan , abang ?” senyum Puan Sri Azizah. Papa hanya tersenyum aje.

     Mama cakap “senanglah kerja kita selepas ni?” Maknanya betullah aku akan dikahwini dengan mamat Lee Min Ho celop itu ? Oh TIDAKKKKKKKKK !!! aku bermimpi sekali lagi , ke ? Ini tak boleh jadi ni . Aku kena batalkan jugak !

   “Maaf ma, Mia tak setuju dan Mia tolak pelawaan tersebut. Kalau nak Mia kahwin jugak carilah orang lain but please....... jangan suruh Mia kahwin dengan Syirazi ,"rayuku kepada mama .   Harap-haraplah dia memahamiku . Kalau tidak ... huh !

     “No way  , mama tak izinkan !” protes  Puan Sri Azizah .  Aku tergamam . Kenapalah pulak ?

      “Tapi ,ma.. Mia tak....”belum sempat aku menghabiskan kata-kata , mama sudah memberikan isyarat kepadaku supaya mengikut sahaja . Alahai , apalah nasibku ini ? Yang mamat tu pun satu , dah tak suka tu buatlah cara tak suka . Ini tak , suruh parents dia masuk merisik aku . Apakah ? Or he has something in his mind ? Mainan apakah yang kau cuba bawaku sekali ?

      “Hurmm.. alright, its up to you , mom . Mia ikut ajelah apa yang terbaik pada mama dan papa untuk kebahagiaan Mia,” mendatar suaraku. Mama dan papa hanya tersenyum sebaik sahaja mendengar apa yang aku perkatakan sebentar tadi. Senanglah tu mereka . Entah apalah nasib yang bakal kuhadapi nanti. Menjadi isteri dia ?
         Hari ini merupakan pertemuan aku bersama si mamat Lee Min Ho celop tu . Entah kenapa dia hendak berjumpa dengan aku buat kedua kalinya. Adakah dia ingin membincangan mengenai pernikahan kami yang bakal berlangsung pada minggu hadapan ? Ataupun, dia mahu memutuskan tali pertunangan kami kerana tidak tahan lagi mengikut perancangan ibu bapa kami ?

        Ya Allah ,  jika benarlah ianya bakal berlaku Engkau lapangkanlah dada kedua ibu bapa kami agar dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Amin....

         Aku memakirkan kereta sebaik sahaja sampai di tempat yang dijanjikan dengannya . Aku merasa hairan dan aneh sekali . Kenapa dia hendak berjumpa denganku di tempat sebegini ? Ekslusif pulak tu ? Apa motif dia ?  Eh !

         Belum sempat aku melabuhkan dikerusi tersebut , dia terlebih dahulu menarik kerusi itu untukku . Aikk ? Apa kena dengan dia ni ? Sihatkah ? Atau terlebih makan ubat ? Tak pernah dia buat sebegitu .

      “Thanks,” ucapku kepadanya . Dia membalasnya dengan senyuman yang memukaukan . OMO ! cair habis aku .

      “Apa tujuan awak  ajak saya jumpa disini ? Takde tempat lain ke ? ” soalku memecah kesunyian yang menemani kami sedari tadi .

       “Amboi, bunyi macam tak nak berjumpa dengan aku aje ? Tak rindu kat aku ?” dia memandang wajahku sedalam-dalamnya. Rindu ? yucksss ! tak kuasa aku nak rindu kat kau . Buang masa aku aje .

        “Rindu ? takpun. Kenapa ,eh? Awak ada rindu kat saya ? Haha.. kesiannya orang tu , kita tak rindukan dia tapi dia rindukan kita . Hidung tak mancung , pipi tersorong-sorang,” ejekku .  Sabar Syirazi , sabar . Mungkin dia sedang mencabar kesabaran kau.  Takpe , we just wait and see . Hari ni jugak aku nak buktikan semuanya pada dia . Getus Syirazi dalam hatinya.

       “Eleh, orang tu . Cakap aje besar . Tak rindukan kita konon . Kita tak percayalah .” serkap Syirazi .

        “Awak tak percaya sudah !  Itu hal awak  . Okay , straight to the point ajelah . Tak perlulah berbolak-balik pulak . Awak ada apa jumpa saya ? Kalau awak nak membazirkan masa saya , lebih baik saya balik aje . Ingat  saya ni takde kerja nak dibuat ,ke? Saya ada banyak hal nak diselesaikan . Setakat nak layan cakap kosong awak tu , lebih baik awak mesej saya aje . Habis cerita !” geramku.

        “Eh ! awak ni kenapa ? takde angin takde ribut tetiba aje nak marah saya kenapa ? Saya ada buat sesuatu yang menyakitkan hati awak ke sebelum ni ? Cuba  awak beritahu saya semuanya dengan jelas. Kenapa awak tidak suka dengan saya ? Kenapa awak tidak suka dengan pertunangan kita ? ” soal Syirazi  dengan nada yang agak tinggi .

        “ Ya , awak memang ada buat sesuatu yang menyakitkan hati saya .  Dan memang saya tidak suka akan pertunagan kita . Saya terima pun sebab nak menjaga hati parents saya dan ianya bukan sebab saya suka dan cintakan awak . Awak nak tahu apa yang saya tak suka mengenai awak ? ” jawabku dan tidak semena-mena mata kami bertaut . Aku merasa aneh dan perasaan ini tidak pernah kurasa sebelum ini . Apakah ia ? Aku tersedar akan perbuatanku itu , dengan pantasnya aku mengambil telefon pintarku dengan berlagak tidak tahu apa-apa . Dia tersenyum sinis melihat perlakuanku itu.

        “ Apakah ia ? Cuba awak beritahu saya ,” dia mengerutkan dahinya .

        “ Sebabnya , awak tu PLAYBOY , PERAH SANTAN dan ARROGANT ! Orang dah minta maaf pun , awak still dengan sikap sombong awak .  Dah tu , tak pernah bersyukur dengan apa yang dikurniakan . Awak ingat lagi tak ayat awak katakan kepada saya  “TAK BOLEH ! Ini mata aku,kalau kau pinjam nanti aku nak melihat gadis diluar sana guna mata siapa” . Pada waktu itu , saya memang boikot awak! Dan saya fikir , siapalah bernasib malang  menjadi suri hati awak  suatu hari nanti. And the day my parents told me you was that man ...  Saya memberontak ! Dengan sikap awak yang mata jalang , kaki perempuan dan sikap awak........” tak sanggup aku menghabiskan ayatku dan dengan tidak kusedar  airmata semakin lebat membanjiri . Belum sempat aku menyekanya , dia dengan terlebih dahulu menyeka airmataku lalu berbisik sesuatu di telingaku.

      “Shhhh...jangan nangis sayang .Awak tak perlulah menghabiskan ayat awak tu sebabnya saya tahu apa yang awak ingin katakan kepada saya . Salah satu daripadanya awak ada berada di sebuah restoran sebaik sahaja awak selesai membeli novel dan saya tahu awak fikirkan yang bukan-bukan mengenai saya after that incident . Saya janji takkan membuatkan awak menangis lagi melihat perbuatan saya .  I promise and I will throw out  all my bad habits  because of you.” Aku tersentuh mendengarnya.

         Sayang ? Sayangkah dia kepadaku ?  Aku memalingkan wajahku menatap wajahnya demi mencari kebenarannya . Mata kami bertaut sekali lagi . Dan kali ini begitu lama . Sehinggalah  aku mendengar salah sebuah muzik kegemaranku barulah tersedar .  Dia meninggalkan aku keseorangan seraya pergi ke hadapan pentas . Eh ! Apa yang dia hendak lakukan ? Tidak berapa lama kemudian , aku terdengar dia menyatakan sesuatu .

        “ Hi , guys . Tonight I would like to sing this song to my love and  really hope that she will love it .” sambil matanya melirik kepadaku . Dia nak nyanyi ? Bolehkah ? Lunak sangatkah suaranya ? Hurmm...

 Ee sesang malroneun pyo hyeon harsu ga obseo
Kalsu reok beok cha eo reu neun neo reul hyang han nae ma eum
Ee sesang saem eu reo he ah rir seu ga obseo
Deo hae do deo hae man ga neun kkeutt obsneun nae sarang
Keu nu gu deo
Neo mankeum nal uttkae nareul ulkkae han saram obsseosseo
Na dabjin anhjiman

Eo jik neo ha na man bogo deutkeo shippeun geol
Nae anae neoreul salkkae hageo shippeun geol
Nal barabwa
Naui peum euro wa
You're my every
My everything
You're my everything
Love for you ....

       Aku terkaku mendengar nyanyiannya . Hurmm.. boleh tahan jugak suara dia ni . Even he cannot sing as well as MinHo oppa but I love it . Mata kami bertentangan . Entah kenapa malam ini mata kami kerap kali bertaut antara satu sama lain . Perasaannya aneh sama seperti kali pertama mataku bertaut dengannya . Adakah ianya CINTA ? Entahlah , aku sendiri tidak tahu akan perasaan itu .

Eonjaena noege ikyo beon jeoki obseo
Saranghae jimyeon jil seureok nae kaseumeun haengbokhae
Neol hyanghan saranghae yoo hyeogi kani obseo
Manyagae ittageo haedo mannyeonil ttenikka
Himgyeowodo naegyeottae isseojwo
Naui jeonbureul da
Irhneun da haedo neol jikkyo jeul kkoya

Eo jik neo ha na man bogo deutkeo shipeun geol
Nae anae neoreul salkkae hageo shippeun geol
Nal barabwa
Naui peum euro wa           
You're my every
My everything
You're my everything
Love for you ........

        Betulkah aku adalah segala-galanya untuk dia ? Atau ianya hanyalah mimpi belaka ?  Bagaimanakah caranya aku hendak merungkaikan  segala-galanya ? Perlukah aku menyoal dia seperti anggota polis sedang menyoal siasat penjenayah ? Ishh, tak perlulah kot .

I wanna be everything
Eo jik nae kaseumseok juineun neoppeun ingeol
Naegaen choeum ija majimak in geol
Neol bulreobwa seumsuirttaemada neol
You're my every
My everything
You're my everything
Love for you

I love you
You're my everything...


      Dia datang kearahku dan melutut ? Ish , tak malu betullah dia ni .

       “ I wanna be everything for you . I want you be my last love and be my wife . Will you marry me ? ” aku ibarat orang yang kena pukau . He purpose me as his wife ? Am I dream ? Hey, wake up , Mia ! You are not dreaming and it is occurred in real life .

          Dia berbisik sesuatu “ kenapa ni sayang ? awak tak sudi menerima saya sebagai husband awak ? Awak takut saya akan permainankan hati awak sepertimana saya permainkan hati gadis diluar sana ? Don’t be worry my sweetheart . Saya janji saya akan membahagiakan awak dan melindungi awak seperti parents awak . I love you with my full of heart .Nobody can replace you in my heart . Only you . Yes , it is true .” dengan nada romantiknya . Entah bagaimana , aku menerima lamarannya . Adakah aku betul-betul mencintainya ?

       “ Yes ! ” dengan gembiranya Syirazi memeluk Mia . Akhirnya menjadi jugak rancangannya itu . Walaupun , ianya mengambil masa yang agak lama untuknya memikirkan namun ianya mendatang hasil .


       “Ops ! Siapa beri awak kebenaran peluk saya ? Nak peluk saya ke nak pegang saya ke nak  apa-apa ke , tunggu minggu depan ,okey ? Sabarlah sikit . Huh! ” aku meleraikan pelukan itu . Syirazi yang seakan tersedar akan perbuatannya itu dengan sepantas kilat meminta maaf .

   
      “ Maaflah , terlebih excited pulak ! Hehe.. Minggu depan ,eh ? Tak sabarnya saya . Akhirnya , dapat jugak saya memiliki awak .’’ senyum Syirazi dengan maksud yang tersirat akan tetapi ianya dapat dibaca oleh Mia .  Otak kuning punya orang !

******************************************************************

  Suasana pada hari ini amatlah berlainan dengan hari kebiasaanya . Ramai orang membanjiri perkarangan banglo  milik  Dato’ Sri  Kamal bagi meraikan majlis pernikahan anak daranya yang seorang itu iaitu  Mia Farah Amelia ataupun lebih dikenali Mia Adriana Lee dikalangan rakan-rakannya yang lain .

        “Aku terima nikahnya Mia Farah Amelia Binti Dato’ Sri Kamal dengan mas kahwinnya RM 150,000  tunai . ” dengan sekali lafaz aku telah menjadi isteri kepada Muhammad Fakhrul Izzat Syirazi .  Dia mencium dahiku bagi  upacara membatalkan air sembahyang . Ciuman yang hangat itu aku dapat kurasakan sehingga meggocakkan jiwaku .

 Seusai majlis .........

        Aku merasakan ada seseorang  sedang  memelukku dari arah belakang . Tidak berapa lama kemudian , aku dapat merasakan  ada sesuatu yang menjalar di leherku dan pelukkan itu semakin kuat . Dia memalingkan wajahku dan bibir kami bertemu .  Begitu lama  dan akhirnya suamiku tercinta  seperti membisikkan sesuatu .

        “ Terima kasih sayang kerana menerima abang sebagai suami . Abang berjanji yang abang akan menjaga sayang sebagaimana abang menjaga nyawa abang sendiri . Abang takkan membiarkan sayang menangis lagi dan abang yang sentiasa membahagiakan sayang .” arghh ! sungguh romantik  bisikan suaranya .

        “Sama-sama. Saya  pun nak berterima kasih jugak kepada awak sebab terima saya sebagai isteri . Saya berjanji yang  saya  akan menjadi isteri  yang terbaik untuk awak dan ibu untuk anak-anak kita nanti .” balasku sambil sedaya upaya melepaskan diri daripada pelukkannya tapi ianya tidak berhasil . Semakin aku cuba melepaskan diri semakin kuat pelukkanya .

      
   “ Jangan harap abang nak lepaskan sayang .  No more “awak” “saya” .  Sayang panggil dulu “abang” baru boleh abang lepaskan.” tegasnya. Aku cuba membuat muka kesian akan tetapi tidak menjadi .

   “Please…..”rayuku.

   “ I won’t !” tegasnya lagi .

“Huh!  Abang tak sayangkan Mia , kan ? Lepaskanlah abang oii… orang  nak masuk tidur dahlah .”

 “Jom ! ” dia mendukungku . Eh ! Hubby aku nak bawa aku pergi mana pulak ? Siap dukung bagai . Dia merebahkan aku atas katil lalu diikuti dengannya. Haish, lain pula yang difikirnya . Aku ingat  dengan alasan tu  bolehlah aku melepaskan diri tapi tidak !

   “Apa yang abang nak buat ni ?” soalku dengan lagak bodohnya .
 
     “ Buat anaklah. Sayang tak nak anak , ke ?”jawabnya dengan selamba badak .

     “Amboi, dia….. pasal tu laju giler . TAK NAK !” jawabku menguji dia .  Terbantut perbuatan Syirazi sebaik sahaja mendengar jawapan isteri tercintanya itu . Alahai, sabar ajelah.

     “  Aikk ? sebelum kahwin hari tu kata  “after we got married” , abang boleh buat apa-apa saja . And now , why I cannot do it ?” rajuknya.

       “Alolo…. Comelnya dia buat muka masam macam tu .  Sayang tak nak selagi abang tak ceritakan “bila abang jatuh cinta dengan sayang ?” After that , abang nak buat ikut sukalah . Nak buat projek abang sampai esok pun boleh . I’m yours now .” jelasku kepadanya .

    “ Cakap ajelah awal-awal . Ni tak , abang hampir-hampir nak merajuk dengan sayang  tahu ? Jawapannya senang aje .  When was the first time I fall in  loved with you ? Abang jatuh cinta dengan sayang sewaktu first met kita di  U dulu. Masa tu sayang kelam-kabut sangat sehinggakan abang yang kacak macam Lee MinHo pun sayang tak sedar. And  bila abang dapat tahu abang satu kuliah dengan sayang , abang mula tackle sayang tapi hampeh ! sayang buat dunno aje kat abang . But I won’t  gave up .  Masa kita met di MPH dulu , abang  sengaja mengambil novel yang sayang pegang tu . At that day , masa abang keluar dari MPH abang terjumpa kawan  kak Wannie  . Kebetulan pula dia baru aje pulang dari US  and she still  mencari kerja . Abang planned dengan dia supaya buatkan sayang jealous dan ternyata sayang jealous giler .  Waktu tu abang yakin sangat ! And bila mama abang set the date , ianya membuatkan peluang abang semakin cerah and finally  , I purposed you as my wife. Clear ?” khusyuk benar aku mendengar penjelasannya. Aku rasa malu apabila terkenangkan perbuatanku di restoran tersebut . Rupa-rupanya , ianya hanyalah sebuah rancangan yang kononnya hendak memancingku? Aku mengangguk perlahan-lahan .

      “Oh ya , before that abang nak sayang tahu yang abanglah hantar mesej kepada sayang setiap malam . From where I got it biarlah  rahsia .  So , shall we ?” dia mengeyitkan matanya .

    “ Eeeeiii… gatalnya !” dia tergamam sebaik sahaja aku yang memulakan terlebih dahulu . Akhirnya , aku terlelap dalam dakapan hangat suamiku .


      Ya Allah, Engkau kekalkanlah kebahagiaan  rumahtangga kami . Kurniakanlah kami permata hati yang soleh dan solehah . Aku berasa amat bersyukur sangat kerana diberikan seorang suami seperti dia meskipun dia bukanlah Lee MinHo yang aku idamkan .  Akhlak dan sahsiah peribadi seseorang boleh diubah dari seorang yang perangai buruknya kepada baik  asalkan mempunyai kesabaran dan kesungguhan .


P/s : Saya ingin meminta maaf sekiranya cerpen saya ini tidak menyeronokkan dan ianya dianggap sebagai pembazir masa anda . Sekali lagi , saya minta maaf sangat diatas cerpen saya yang pertama ini. Segala kritikan anda yang buruk mahupun baik akan saya terimanya dengan hati yang terbuka serta akan memperbaikinya . Assalamualaikum J





   


     

     
        

      

 
 










           

   
   


















      




















      




























Ulasan

  1. wahh.. best la cerpen aka nie.. GoodJob (Y)
    sy pun minat Lee Min Ho jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye ke ? Sederhana jelah. Takdelah setaraf penulis-penulis lain yang sedang mencanak naik. Terima kasih sudah baca. :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CARI SEMANGAT DENGAN LAGU THAI Soo Sah! สู้ซ่า #OSTMYTEE

Assalamualaikum, semua! Sihat ke? Dah lama rasanya aku tak membebel kat sini, kan? Nak kata sibuk tu tak tahulah nak express macam mana. Kalau cakap tak sibuk, orang cakap bohong. Kalau cakap sibuk, orang cakap aku propa. Habis tu nak aku cakap macam mana? 😏 Tambahan pula sejak PKP ni, aku rasa makin bertambah beban. Kalau cerita ni, sah-sah orang cakap mahasiswa lembik. Ini bukan lembik ke manja ke apa tapi internet tak bagi kerjasama especially kuliah dari 8 pagi sampailah 5/6 petang. Setiap kuliah ambil kehadiran, aku ni boleh kira dengan jari berapa kali aku sempat isi kehadiran. Iyelah, tiap kali pensyarah bagi QR Code untuk kehadiran atau password mesti dia loading kemain lama eh. Cukup-cukuplah video kuliah kat Webex je 'lag' takpun freeze lama gila! Kadang tu aku terlepas no pin atau password kehadiran 😂😂 Aku rasa dah setahun belajar odl ni macam-macam ragam pensyarah dengan groupmates aku jumpa. Bohonglah kalau takde options boleh balik ke desasiswa (bahasa mudah or