Langkau ke kandungan utama

Life and Love only once


          Life and Love only once
I'm here never far astray,

The sadness life never will,
Raising hopes towards the end,
It will born the new soul ,
Two souls were bond together ,
As it will go around , everywhere ,
Instead never say never, I'll be ,
Forever after you and me ,
As the rhythm of love comes ,
It also vanish all around with be ,
I didn't know anything but love ,
Life would be happier than always ,
Born to die or born to live ,
I hopes you'll always remember me ,
Because the ratio will always remain ,
Anything than a word nor proof ,
I cried whenever I was ,
Fake smile appear without smiling ,
Miss me once if I lost my way ,
Amidst to gather around always ,

Look at the sky when you miss me

I'm here never far astray,

The sadness life never will,

Maksudnya aku sentiasa ada bersama kawan-kawan ku , keluargaku atau pun orang yang dikasihi. Aku juga akan sentiasa membantu mereka tanpa rasa penat dan jemu sampai mereka berpuas hati dengan ku . Aku takkan meninggalkan kawan-kawan aku apa cara sekalipun . Perasaan sedih yang terbuka semuanya telah dibuang begitu saja demi menjaga persahabatan yang dibina setelah sekian lama .

Raising hopes towards the end,

It will born the new soul ,

Aku mengharapkan sesuatu namun aku tidak mendapatkannya . Aku hanya berharap hingga akhirnya aku menemukan kekecewaan dan kesedihan yang terlampau . Namun semua ini memberi aku kekuatan untuk terus menghadapi hidup yang agak tercabar ini . Permulaan hidup baru sentiasa bermula apabila kita temui jalan buntu . Sesungguhnya Allah sentiasa disisi kita untuk membimbing kita ke jalan yang lurus .

Two souls were bond together ,

As it will go around , everywhere ,

Dua jiwa yang dah terikat bersama bagaikan isi dengan kuku seperti tali persaudaraan , persahabatan mahupun percintaan yang kadangkala memberikan kita kemurungan yang teramat . Ikatan ini tiada pemisah kecuali dengan hasutan syaitan . Dengan ini , ke mana sahaja kita pergi ikatan itu akan tetap kekal walaupun kita berada jauh beribu batu sekali pun kerana kita memerlukan sahabat dari kekasih untuk membantu kita

Instead never say never, I'll be ,

Forever after you and me ,

Apabila berlaku pertelingkahan pendapat , seseorang mesti mengalah untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan . Maka, aku ada disini untuk mengalah demi menjaga ikatan persahabatan yang akrab ini . Percintaan antara manusia mempunyai banyak rintangan dari segi pergaulan , tingkahlaku , emosi dan sebagainya . Persahabatan ini akan kekal hinggakan ke akhirat kelak dengan izin Allah . Dengan restu Allah , persahabatan ini dapat dikekalkan .

As the rhythm of love comes ,

It also vanish all around with be ,

Rasa cinta dan sayang juga timbul selepas adanya ikatan persahabatan yang akrab antara lelaki dan perempuan . Namun berkemungkinan besar ianya hanya timbul sementara jika tidak dijaga dengan hati yang ikhlas dan murni . Hati manusia mudah berubah sama sekali . Allah telah menyuntikkan rasa cinta hanya sementara untuk kita merasainya dengan penuh keikhlasan . Cinta kepada Allah , alam , binatang dan manusia . Hargailah rasa cinta ini sebelum ianya ditarik kembali seperti apa yang aku alami sekarang .

I didn't know anything but love ,

Life would be happier than always ,

Aku tidak mahir dalam makna cinta mahupun sayang ini . Yang aku tahu hanyalah rasa suka , duka , marah , dan sebagainya . Allah meminjamkan aku rasa ini sebentar sahaja sebelum dia datang menjemputku . Hidup mungkin bertambah indah jika tiadanya aku di bumi yang indah ini . Keadaan akan bahagia seperti sediakala dimana bumi masih lagi aman dari segala bencana

Born to die or born to live ,
I hopes you'll always remember me ,
u . Aku berharap agar kawan-kawan aku sentiasa sihat dan selamat di mana sahaja mereka berada Ibubapa yang mencorakkan moral anak-anak mereka . Bayi yang baru sahaja dilahirkan dianggap seperti kain putih kerana mereka suci dari sebarang dosa ataupun anasil anasil jahat . Walaupun aku sudah tiada , aku mahu rakan rakan ku sentiasa mengingati aku walaupun mereka telah sampai ke puncak dunia . Anggaplah kita tiada jodoh untuk berkawan kerana Allah lebih sayangkan ak
.

Because the ratio will always remain ,
Anything than a word nor proof ,

Apa pun berlaku mereka tetap rakan karib ku , saudara mara ku . Nisbah kehidupan akan tetap sama walaupun aku sedih dengan keadaan sekeliling ku . Aku beranggapan bahawa biarkan benda yang telah terjadi . Usah dikenang kerana ia akan membuatkan hati ini berasa sakit . Biarlah lidah dianggap lebih tajam dari mata pedang asalkan tiada bukti dihadapan ku yang menyatakan bahawa mereka mendustakan aku . Biar bodoh dia mata manusia asalkan Allah mengetahui segalanya.

I cried whenever I was ,
Fake smile appear without smiling ,

Aku sentiasa menangis jauh didalam lubuk hati yang luhur ini mengharapkan sesuatu yang mungkin tidak akan berlaku lagi . Dimana sahaja aku berasa , pasti aku akan menangis mengenangkannya . Adakah mereka ingat siapa diri ku ? apakah jasa ku terhadap mereka ? Senyuman yang terukir mungkin tidak dapat digambarkan dengan mata kasar kerana aku suka menyembunyikan perasaan aku walhal aku sedang menangis

Miss me once if I lost my way ,
Amidst to gather around always ,

Rindukanlah diri ku sebagaimana aku merindui diri mu . Sekali aku tersilap langkah , tolong bimbing aku untuk mencapai kecemerlangan dan keredhan Allah . Mulakanlah langkah awal kita dengan Basmallah , sudah pasti Allah akan melindungi kita . Aku berharap agar dalam tempoh masa 10 tahun akan datang , aku akan dapat bertemu sahabat sahabat ku walaupun kami masing-masing berada jauh di segala pelusuk dunia

Look at the sky when you miss me

Lihatlah langgit yang biru jika aku sudah tiada . Langgit akan sentiasa menghubungkan kita walaupun kita berada di alam yang berlainan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN : ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?

          CERPEN ABANG IPAR KAYA IS MY NAUGHTY AND BUBBLY BOO ?     “Mia, bangun cepat ! Kamu  sudah terlambat hendak ke sekolah.” Itulah aktiviti  harian mamaku setiap hari. Pantang sekali kalau anaknya terlewat ke sekolah. Haish... macamlah aku  ni anak kecil lagi yang perlu dikejutkan untuk pergi ke sekolah.       Tapi,hari ni aku betul-betul tidak tersengaja terlewat bangun. Aku tidak sedar bunyi loceng jam aku  itu. Bukan apa,mungkin disebabkan semalaman  hujan..Ya,aku sudah terlewat hendak ke sekolah. Jam di meja sebelah  katilku segeraku  kerling.        “Hah !

CARI SEMANGAT DENGAN LAGU THAI Soo Sah! สู้ซ่า #OSTMYTEE

Assalamualaikum, semua! Sihat ke? Dah lama rasanya aku tak membebel kat sini, kan? Nak kata sibuk tu tak tahulah nak express macam mana. Kalau cakap tak sibuk, orang cakap bohong. Kalau cakap sibuk, orang cakap aku propa. Habis tu nak aku cakap macam mana? 😏 Tambahan pula sejak PKP ni, aku rasa makin bertambah beban. Kalau cerita ni, sah-sah orang cakap mahasiswa lembik. Ini bukan lembik ke manja ke apa tapi internet tak bagi kerjasama especially kuliah dari 8 pagi sampailah 5/6 petang. Setiap kuliah ambil kehadiran, aku ni boleh kira dengan jari berapa kali aku sempat isi kehadiran. Iyelah, tiap kali pensyarah bagi QR Code untuk kehadiran atau password mesti dia loading kemain lama eh. Cukup-cukuplah video kuliah kat Webex je 'lag' takpun freeze lama gila! Kadang tu aku terlepas no pin atau password kehadiran 😂😂 Aku rasa dah setahun belajar odl ni macam-macam ragam pensyarah dengan groupmates aku jumpa. Bohonglah kalau takde options boleh balik ke desasiswa (bahasa mudah or

CERPEN : Suamiku Bukan Lee Min Ho

     “Tak nak !”jeritku kepada adikku,Najmi. Eh,silap! Bukan aku seorang sahaja yang menjeritnya,si Najmi ni pun ikut serta menjeritnya.    “Astagfirullahalazim..apa yang korang dua beradik menjerit tu ? TAK NAK apanya?” Alaaa.....